Selamat tengahari.. Isteri-isteri solehah.. Anak-anak gadis.. Anak-anak bujang.. Barangkali juga suami-suami.. semua sedang bersilat didapur ye tak..
Aku masih di pejabat.. Sibuk tidak.. Macam bekerja pon tidak.. Boleh dikatakan sekadar menghadirkan diri di pejabat.. untuk tidak dikategori 'unpaid leave' hehe..
Ya enoki mushroom.. Ni antara cendawan kegemaran juga.. Adam lagi la suker.. Mari kenali cendawan ni dan cara masaknya..
Resepi yang mudah.. yang sempoi hanya dari blog Oeya kui3.. Mari kita...
|
Foto Google |
|
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com |
|
Cendawan enoki dengan udang masak bening / tumis air.. Senang kan hehehe.. Yang penting rasa enoki terpelihara.. Pilihan perkataan kekadang 'over' heheh.. Pilihannya selalu masak ni la sebab nak layan kenyal enoki tu.. Udang buat menambah rasa je tu.. Kalau tak letak takpe..
Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Udang
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis
Air
Cara-cara
Alaaaaaa.. macam tak biase jerk.. Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan air. Masukan udang. Masukan enoki. Kemudian garam secukup rasa. Aku masak dalam 5-7 minit jerk hehe.. Takmau terlalu lama masak kerana takmau udang keras dan enoki terlalu masak.. Ilang rasa kenyal.. jadi benyekkk he3.. Tak shukerrr..
|
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com |
Ini enoki juge.. Cara masak lain sikit heheh.. Iye laaa.. Kita buat dia kannn.. Meh layan..
Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Lobak merah
Capsicum Hijau / Lada Bengala
Capsicum Merah / Lada Bengala
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis
Cara-cara
Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan lobak merah. Kemudian semua capsicum. Enoki masuk last sekali. Tak perlu terlalu lama tumis. Sebabnya sama seperti yang tersebut di atas..
"Sangat mudah untuk dicuba"