Wednesday, August 10, 2011

Macaroni @ Makaroni

Sejak mula berpuasa tiada hidangan berbuka saya post kan.. Tapi kali ni jamu mata dengan tambahan hidangan iftar 6 lalu di rumah Abah saya.. Simple saja makaroni saya.. Yang dari saya beginilah.. Lebih dari itu maaf saya tak tau :-)



Bahan-bahan:
300 gm Makaroni
1 ikat sawi
300 gm taugeh
1 batang lobak merah
10 biji tomato buah (kecil)
300 gm udang (kopek kulit)
300 gm sotong
8 tangkai cili kering (blend) *tambah untuk yang suka lebih pedas
2 ulas bawang merah (blend)
5 biji bawang putih (blend)
3 sudu sos tiram
garam
gula
minyak masak

Cara-cara: Rebus makaroni, tos dan ketepikan. Tumis bahan blend. Masukan sos tiram, garam dan gula. Kemudian masukan udang dan sotong dan kacau. Diikuti sawi, taugeh, lobak merah dan tomato . Kacau sebentar dan masukan makaroni, kacau lagi. Siap dihidang dan dinikmati.

*p/s: Saya memang suka lebihkan bawang putih dalam masakan. Maung?!! Entah! Capture dari kuali Abah ni heheh..

Pulut Inti

Pulut inti menggantikan bunga telur ketika Majlis Cukur Jambul anak saudara saya Muhammad Danish Harith Bin Junaidi yang berlangsung pada 23 Julai 2011. Majlis ringkas dan meriah. Jujurnya kali ini kali pertama saya nampak pulit inti begini heheh.. Jakun!. Begini rupanya..

Anyaman bakul kertas

Saya merakamkan aktiviti Anyaman Bakul Kertas ketika berlangsungnya Seeds Of Hope Exhibition Malaysia di Giant, Plentong.


M'Dik (berdiri) kagum melihat mereka tekun menganyam.