Tika baru sampai di Tesco Jalan Kota Tinggi.. aku terserempak Cikgu Norarzila Abdullah.. Sahabat ku semasa di Sek Dato' Jaafar Johor Bahru.. kini beliau mengajar di Sek Permas Jaya.. membawa anak-anak beliau berjalan-jalan di sini sempena cuti sekolah katanya.. wahhh! Cikgu cuti lama kannn.. ada sebulan lagi.. syok nyerrr jadi Cikgu.. aku biasa dengan panggilan Zila saja dengan beliau.. Zila bersama dua orang rakannya.. bertanya khabar tentu sekali.. ringkas perbualan kami kerana aku sedang punya urusan.. aku berterusterang dengan Zila yang aku punya urusan.. dia faham.. kami saling berharap akan bertemu lagi..
Sunday, November 28, 2010
Ada kerja hari ni..
Selepas menyediakan sarapan.. aku bersiap.. ada kerja perlu dilakukan hari ini.. timbul pertanyaan dari Adam.. "Today Sunday maa.. going to work meh?!".. jawapan ringkas.. mudah dari aku.. "I got work to do".. "Ok.. carefull aaa.." Jam 9 pagi aku mulakan kerja.. sambungan semalam.. semangat bekerja datang tanpa diundang.. kerja yang aku telah mulakan setahun lalu.. beberapa perkara aku tumpukan hari ini.. jam 2 petang.. terasa letih.. tika ini aku ingatkan diri.. memulakan bukan mudah.. menghasilkan juga tidak mudah.. Jam 3.05 petang.. keluar mendapatkan roti sapuan margerin+kaya steam dan teh-C panas.. selesai.. ke Tesco Jalan Kota Tinggi.. Hari ini kali pertama aku jejakan kaki di Tesco ni.. bukan untuk bershopping.. aku ada urusan kerja juga di sini.. Moga dipermudahkan urusanku.. Amin Ya ALLAH..
Mi Tanpa Goreng..
Hidangan yang mudah untuk disediakan.. masa penyediaannya pun singkat.. aku kala keletihan pon pilih masak ni aje.. bahan-bahan lain yang boleh membantu kesedapan menu ni terpulang nak ditambahkan appa saje ye..
Bahan-bahan
- Mi tanpa goreng
- Kucai
- Lobak Merah
- Udang
- Sesame oil
- Kicap soya pekat
- Bawang besar hijau / bawang India
- Bawang putih
- Garam
Cara-cara
- Celur mi. Sebelum tos celupkan dalam air sejuk biasa seketika dan asingkan.
- Goreng udang. Tos dan asingkan.
- Tumis bawang.
- Masukan kucai dan lobak merah.
- Masukan mi diikuti udang, sesame oil, kicap soya pekat dan garam.
* Memandangkan mi ni tak pedas, boleh dimakan dengan sambal tumis atau apa saya yang sedap yang boleh dijadikan 'lawan'
Subscribe to:
Posts (Atom)