Wahhh!! Terkecur!! Ter!! Ter!! hihi.. Sejak dilahirkan tahun 1976 hinggalah 3 hb Mac 2012, Sabtu lalu, saya buat julung kalinya menghasilkan Karipap Rapuh Inti Keledek, nama macam tak agak-agak kan.. heheh.. Saya tak ubah sedikit pun nama tersebut kerana saya ikut sepenuhnya seperti resepi yang didapati dari dapur blogger masakan terkemuka, Masam Manis.. Sangat molek hasil karipap Kak Ita di blognya, itulah kononnya saya ni nak mencuba dari yang tersohor hihi..
Aduhai nak dikesahkan.. Saya menguji diri sebenarnya.. Kebetulan juga ada kelapangan kerana anak saya Adam tiada Kelas Fardhu Ain petang tersebut.
Saya buat inti dulu Jumaat malam sebelumnya.. Sungguh-sungguh ni.. Baunya sedap betul.. Imejnya pun nampaklah macam inti hihi.. Nampak menjadi.. Cewah! Perasan!.. Kita sorang je yang tau hihi..
Hari menguli tepung pula.. Untuk doh atau kulit karipap.. Lebih bersemangat ni hihi.. Seterusnya bermulalah kaedah menghasilkan doh ya tuan-tuan dan puan-puan.. Disukat.. Ditimbang.. Dikacau.. Diuli.. Nah.. Permukaan doh dah nampak licin.. Nampak menjadi juga nih.. Arererere!.. Senggih sendiri.. Tiada yang mengetahui lalalalalala.. kata hati..
Sekarang mencanai pula.. Canai-canai.. Melekat!.. Canai-canai lagi.. Tepungnya tak bersatu.. Canai-canai lagi.. Tak mau juga.. Teringat Arwah Mak dulu ada tabur sikit tepung waktu mencanai, untuk apa saya tak ambil peduli waktu itu ermmm.. Akak pun buatlah dek walaupun Kak Ita tak pula tulis hihi.. Eh! Ok juga ni.. Teruskan mencanai.. Dapat 5 keping yang sendiri agak-agak boleh sumbat inti.. Teraplah dengan cetak karipap.. Nak menangis tepung tu akak kerjakan hihi..
Dah ada 'rupa' macam karipap, sepantasnya saya goreng (yang 5 keping tu je).. Oleh kerana saya tak tahu tahap 'minyak betul-betul panas dan api tidak terlalu besar', saya pandai-pandai sendiri.. Ikut suhu 180'C (Ini pun teringat goreng Dindings Tempura Chicken Nuggets) hihi.. Hasil kesabaran dan ketekunan saya, nah...
Hancur berderai ketika dibalik-balikan.. Hanya ini yang masih berbentuk.. Yang boleh di angkat.. Bila dimakan.. Aduhhh! Tak nyaman.. Memang berlaku kesilapan menghasilkannya.. Imejnya begitulah.. Tak semenggah.. Saya tak teruskan mencanai.. Rasa inti tak enak setelah semalaman dan potongan dadu yang sebesar-besar saiz dadu Ketua Penyamun hihi.. Saya guna sudu yang terbesar sekali di dapur comel saya kerana lupa sendiri ada sudu sukatan.. Jadi lebihlah margerin.. Sukat minyak pun begitu juga.. Dengan adik saya, Mummy dan kawan-kawan lain saya cerita, tanya dan segala-galanyalah..
Tengok betapa molek hasil Kak Ita.. Sangat mengecurkan.. Persembahan dah tentulah kan..
Saya akan buat lagi.. Hingga menjadi Karipap Rapuh Inti Keledak sebenar. Usah putus asa.. Teruskan usaha.. Pasti kejayaan bersama kita :)))