Saturday, August 20, 2011

Ben Ashaari nak blog dengan segera

 Ringkasnya mari join Ben Ashaari nak blog dengan segera 
Saya kongsikan di sini post dari Facebook wall seorang sahabat Nur Fadzilah Muhamad Akir.
Ringkas tapi cukup meninggalkan 'bekas'..
Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK..
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG...
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH..
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR...

Spaghetti @ Spageti

Penangan godaan Pasta goreng C'Mat Gebu heheh.. saya dengan skill yang terbatas usahakan nakkk buattt jugakkk kui3.. cari punya cari, takde pulak pasta dalam simpanan.. nan ado ni hah.. spageti yo.. tu pun balance tak sampai separuh heheh..
Makanya gunakanlah saya apa yang ada dalam simpanan.. Oleh kerana tidak dalam rancangan awal menu spageti ni.. apa adanyalah saya manfaatkan hik3.. Ikut selera saya bolehlah.. Jengahlah hasil tak semengah saya ni ye..

 
Bahan-bahan dan cara-cara menghasilkannya kalian rujuk pada yang arif C'Mat Gebu, K'Ummi Home Sweet Home, Kak Ina KL dan ramai lagi ye.. Bukan apa.. saya selera saya simple saja.. takut tak sesuai selera kalian hihihi..



Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna

Oleh NASRI JAMALUDIN dan MUHAMMAD ZIKRI


KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.



JOHOR BAHRU - Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari.
Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor.
Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
"Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam.
Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.


KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.



Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.
Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya.
"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.
Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.
Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.
Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

Sumber: Kosmo!