Monday, November 15, 2010

aaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!



"******* nak tau.."DIA" dah ade 'facebook' tau!!!"
aaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!
"bende-bende ni "DIA" tau!!!"
ye itu bukan hak aku!
bukan urusan aku!
ye! ye!
hal lain sebok!
hal anak aku!!!

Ya ALLAH! Berilah 'petunjuk' kepada "DIA" ni.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

 

Siapa penyanyi lagu ni bukan keutamaan aku.. Alaaa mokcik bukan tau sangat pon.. mintak mahap la yerk.. Aku sekadar suka je lagu ni.. Jamu mata dah selalu.. Petang ni jamu telinga..

Bubur?!!

Aku memang suka sikit buat perangai.. ahakkksss.. Choooppp!! dalam mengubahsuai makanan ikut selera sendiri.. Boring sendiri aku ni kalau layan sama je.. aku kan hamba yang bernafsu makan.. jadinya terserah kat aku nak masak apa.. kui3.. asal boleh je aku ni.. aku panggil 'bubur' je masakan ni.. pada korang 'bubur' ker?.. terserah.. layan mata je la ye..


Bahan-bahan
  • Kacang hijau
  • Barli
  • Lotus seeds / biji teratai (basah)
  • Fox nuts / Gordon Euryale seeds
  • Yam (fresh)
  • Gula batu / Rock Sugar
  • Air

Cara-cara
Rebus kacang hijau, barli, biji teratai, fox nuts dan yam selama satu setengah jam atau hingga kembang yang dikehendaki atau lembut yang dikehendaki. Boleh direndam dulu kalau tidak mahu terlalu ambil masa ketika merebus. Kemudian masukan gula batu kadar manis yang disukai. Aku layan panas-panas.. makan dengan roti pon mokcik sukerrr..

Mihun pantang

Layan mihun pagi minggu.. ni mihun pantang.. ahaksss.. bukan ape.. takde bahan istimewa pon.. sekadar sarapan biase kerana Adam bakal menghadiri jamuan yang mungkin nanti makanannya lebih hebat dari biasa.. gaknye le.. tapi biasanya macam tu la.. Mak Dik tak berapa gemar sarapan macam ni.. 'tawar'.. hahahaha.. tapi sambal kicap 'import' dari rumah Abah aku sajikan pada Mak Dik untuk menjemput selera dia.. Baru boleh makan dia.. hahahaha sian sungguh..


Bahan-bahan
  • Mihun
  • Kucai
  • Lobak Merah
  • Goji
  • Telur
  • Bawang putih
  • Sesame oil
  • Garam
  • Minyak
  • Air

Cara-cara
Rendam mihun. Tumis bawang putih. Masukan telur. Kemudian masukan lobak merah dan kemudian kucai. Diikuti goji. Tambahkan sesame oil. Kemudian barulah masukan mihun dengan sedikit air dan tambahkan garam secukupnya. Senangkan..

Dessert Cendawan Putih, Biji Teratai, Kurma Kering, Goji, Longan Kering

Adeiii.. nak buat 'Cucur Nasi' C'Mat Gebu pon lom dapek.. aku jarang dapat memenuhi keinginan makan orang lain.. kesibukan menghalang.. ahakss.. ngalahkan Menteri Pembangunan Wanita aku ni busy nyerrr hehe.. lagi pon apa sangat la masakan / resepi yang aku tau.. mau takde orang sudi jamah kui3..  dalam ertikata lain.. kalau kat rumah Abah.. hasiltangan aku pasti gagal memenuhi selera family wakakaka.. ni Mak Dik request tika dia sedang sebok ber'facebook'.. emang tak padan Mak Dik nih.. perintah ko!!.. iyolah Mak Dik.. layannn resepi ulang tayang eikkk..






Bahan-bahan
  • White fungus / cendawan putih (kering)
  • Lotus seeds / biji teratai (basah)
  • Red dates / kurma kering (tanpa biji)
  • Goji
  • Longan kering
  • Yellow Lump sugar / gula batu (kuning)
  • Air

Cara-cara
Rendam semua bahan hingga kembang dan lembut. Rebuskan white fungus, lotus seeds, red dates dan longan kering dalam 30 minit atau hingga lotus seeds lembut. Kemudian masukan goji. Selepas 10 minit dan pasti goji lembut, masukan gula batu mengikut manis yang disukai. Kali ni layan panas-panas almaklum la hari hujan..
Aku mulakan pagi Isnin ini dengan senyuman.. kesihatan aku kekal baik hari ini.. aku mulakan hari ini dengan kesungguhan memulakan tugasan.. aku mohon juga kebahagiaan tika ini kekal.. aku semakin bersemangat sekarang.. Alhamdulillah.. Moga hari ini lebih baik dari semalam, Amin.
Sabtu lalu dengan aktiviti yang penuh.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. tanpa kesulitan.. tanpa gangguan..
'Malam Aneka Ragam' di sekolah Adam tamat jam 10.40 malam.. yang pasti Adam sangat enjoy.. Syukurlah merasai kegembiraan yang diingini anak aku yang istimewa ini.. Mak Adik menemani aku.. Thanks Mak Dik..
Aku buat yang 'termampu' dan sebolehnya 'sehabis baik' untuk Adam.. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk aku melaksanakanya.. Ujian dari-Nya pasti ada.. aku amat percaya "Tuhan tidak menguji lebih dari apa yang aku mampu tanggung"..
Pagi minggu ni sarapan 'mihun goreng' hasil tangan sendiri.. Tak la gi cari Teh C + Roti bakar.. Jam 11.00 pagi.. aku hantar Adam ke sekolah.. jamuan khas pelajar yang terlibat dengan persembahan.. program yang diatur oleh cikgu hingga jam 1.30 petang..
Sementara menanti masa fetch Adam.. aku layan diri.. massage 2 + 1.. foot + shoulder.. nak massage full body tak dapek.. tukang massage full.. Mak Dik sorang yang massage full body.. takpelah aku lain kali..
Sampai masa fetch Adam.. hujan pulak terlalu lebat.. takdelah program yang diatur.. bimbang kalau memandu tika hujan terlalu lebat..
Hujan renyai.. jam 6.00 petang aku ke balik kampung.. hehe balik lagi.. dengan pisang goreng panas.. keropok lekor.. cekodok.. yangggggg dibeli.. heheh..