Semalam terima e-mail dari anak saudara di Jordan.. Dari Izyan Saleha binti Ibrahim yang aku panggil Adek.. Bakal Doktor anak ini.. Mengirim dokumen untuk permohonannya menjalani posting elektif di sebuah hospital di Malaysia.. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu.. Adek sudah tahun ke lima di Jordan University of Science & Technology.. Aku tumpang gembira dan bahagia.. Kali terakhir kami jumpa pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan sempat mengabadikan kenangan bersama.. Tika bercuti dan balik ke Malaysia, Adek tak pernah lupa memberikan cenderahati untuk aku dan Adam anak ku.. Begitulah Adek.. Doa untuk Adek agar terus berjaya dalam pelajaran dan karier, Amin.
Friday, February 18, 2011
Semangat yang tidak pudar..
Salam. Di pagi Jumaat yang mulia.. Kekal sihat aku pagi ini.. Doaku kalian juga begitu.. Senyuman hadiah untuk diri sendiri terlebih dahulu.. Perlu bagi aku memotivasi diri.. Kesibukan yang membangunkan semangat.. Sungguh aku bersemangat pagi ini.. Semangat aku yang tidak pudar.. Aku mohon dipermudahkan urusan sepanjang hari.. Mudah-mudahan hari ini juga lebih baik dari semalam.. Mohon kebaikan sepanjang hari yang ku lalui..
Subscribe to:
Posts (Atom)