Tuesday, May 31, 2011

Global Penpower Jr.

Berkongsi gembira anak mokcik Muhammad Adam Lutfi bila dapat hadiah idamannya.. Lebih bahagia mokcik ini bila dapat melihat kegembiraan Adam.. Melihat insan kesayangan gembira, bahagia kannn.. Sengih memanjanggg Adam.. Sebenarnya ni barang idaman Adam yang menambah kegembiraan sambutan Hari Lahir ke-10 tahun ini..
Mokcik kongsikan disini juga sebagai rujukan kepada kalian yang menghantar anak-anak ke sekolah 'Jenis Kebangsaan'.. SJK (C)... 



Global Penpower Jr. diberi nama.. Asian Handwriting Recognition System.. Super accurate Chinese/Japanese/English handwriting.. Convenient conversion between simplified and traditional Chinese.. Fourteen beautiful traditional and simplified Chinese fonts.. Bidirectional English and Chinese translation..
More details rerajin ler google eikkk.. mokcik share sikit.. Bertahun dah dia kecek kat mokcik heheh..

Monday, May 30, 2011

Nike Dance Shoes for Zumba Fitness

Google

Google

Nike Musique IV
or
Nike Musique VII SL

Zumba Fitness
 
New hobbies yeahhh!!

**! Keep the sea clean !**‏

video

Kalau kat Malaysia atau seluruh dunia ni..
benar-benar terjadi seperti ni.. huh!!..
Ibarat dapat 'bayaran cash' kannn..
Renunggg renunggg kannn..
dan
Selamat beramal..

COACH Collections

  
Don't miss it..
Special savings on special collections..
Madison, Puppy or Audrey collections..
Madison for me.. uuuhhh!!..
Details visit COACH Malaysia

Sunday, May 29, 2011

Birthday Adam

Assalamualaikum. Sihat hendaknya semuanya ye.. Mokcik baik-baik ajaaa.. Hanya yang terbaik untuk kalian mokcik doakan, Amin.
29 Mei 2001 lalu.. jam 10.43 pagi.. mokcik selamat melahirkan seorang bayi sihat dan tembam seberat 3.18kg di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. 
Dan pagi ini 29 Mei 2011.. setelah sepuluh tahun berlalu.. Anak mokcik yang diberi nama Muhammad Adam Lutfi menyambut kelahirannya yang ke-10 tahun.. Anak tunggal yang 'segalanya' untuk mokcik..
Sebentar tadi dia menyambut kelahirannya bersama kawan-kawan yang menurut Ustazah lebih kurang 60 orang di Kelas Fardhu Ain.. Alhamdulillah..
Hidangan Mee goreng dan Mihun Goreng bersama sambal tumis.. Karipap.. Apam Sambal.. Kuih Lapis.. Nugget.. Tembikai dan minuman F&N Oren mengiringi Kek bertema Panda.. Asalnya Kek Transformers menjadi pilihan mokcik.. apakan daya.. masa kek itu boleh diambil tidak menepati masa mokcik.. "Bersyukur Mama" kata Adam.. Alhamdulillah..
Hidangan tersebut seluruhnya mokcik order dari Kak Yah.. Kak Yah yang sudah acap kali menyiapkan hidangan untuk sebarang majlis mokcik.. Tak sempat capture tadi..  Mokcik tengok bebudak ramai cenggitu udah fenin hik3.. Semua hidangan diuruskan oleh Ustazah-ustazah dengan bantuan murid-murid.. Mokcik dengan Mak Dek tengok ajaaa..
Disini mokcik kongsikan sedikit sambutan ringkas yang baru saja berlalu..




Kawan-kawan Adam iaitu sebahagian pelajar yang hadir

Disebelah kanan Ustazah Fauziah dan Ustazah Masitah di sebelah kiri Adam



Yang manisnya juga untuk Adam tahun ini.. Pada hari Khamis iaitu 26 Mei 2011 lalu.. 3 hari sebelum sambutan Hari Lahir nya.. mokcik menerima 'SMS'.. yang menjadi HAK ADAM sudah mulai diberi.. meski bukan seperti dijanji.. Minggu hadapan baru mokcik akan 'pastikan' benarnya kandungan SMS tersebut.. Mokcik mohon yang terbaik dunia dan akhirat untuk Adam.. 

Tanggungjawab dan kasih sayang.. hadiah yang setiap hari Mama beri pada Adam..

Saturday, May 14, 2011

Charles R. Swindoll

Google

 Ketawa selagi kita bernafas
dan
Berkasih sayanglah selagi kita hidup

-Charles R. Swindoll-

Wednesday, May 4, 2011

Roti jala dan Kari ayam

Sungguh!!.. Sungguh!!.. sungguh mokcik tak buat hidangan ni.. heheh.. mokcik order dari kawan untuk Azie dan Imas.. mokcik order dengan Kak Sal.. terima kasih ye kak.. len kali order lagi.. Kak Yah takde Kak Sal ade heheh..


Menarik!! Tertarikkk!!



 

 

Kecurrr takk??!!.. Sedappp tawww!!.. Puas makannn!!..

Chicken Drummet

Selain tu untuk Azie dan Imas mokcik dengan baki lemahlembut yang ade telah menjodohkan Farm's Best Chicken Drummet dengan Nasi goreng.. hik3.. Menghasilkannya hanya perlu beli, baca arahan, ikut dan siap.. ngeee..


Uuiiihhh.. lama betol mokcik tak beli.. makan taon lama nyerrr.. criusss.. bukan ape.. dak Adam ade tonsil.. jadi tak boleh kerap hidangkan makanan yang bersekutu dengan nih.. siankan dia..

Macaroni Salad

Lagi persembahan mokcik iaitu macaroni salad.. bahan dan caranya klik sini untuk Azie dan Imas.. Apa yang ade lah kannn..

 

Cepat rase kenyang makan ni.. tapi.. jap lagiii.. nafsu lapar kembali.. kui3

Nasi Goreng

Nasi goreng simple yang amat mokcik hidangkan untuk Azie dan Imas tempohari.. Biasalah mokcik ni kannn.. heheh..


Bahan: Nasi (ecobrown), isi ketam, sosej, kacang buncis, kobis, lobak merah, bawang hijau, bawang putih, garam dan minyak masak

Cara: Tumis bawang hijau dan bawang putih hingga kekuningan. Sambil tu celur isi ketam dan sosej 5 minit. Kemudian masukan sayur dan kacau. Diikuti nasi dan garam secukupnya. Senang kannn..

Tuesday, May 3, 2011

Azie dan Imas

Menerima kunjungan Azie dan Imas semalam.. Besar rasa hati bila ada kawan-kawan nak datang rumah kan.. Mokcik yang tak berapa mahir silat di dapur diterima seadanya oleh mereka.. terima rela atau terpaksa tak tau laaa hik3.. Alaaa.. melayari hari-hari separa bujang seperti mokcik nih biasa laaa kui3..

Perbualan pelbagai topik.. hilai ketawa makcik-makcik kalau dah jumpe ki3.. Jenggah sat ketika mereka menjamu mata dan selera..


Hidangan ringkas je mokcik jamu mereka.. Nasi goreng.. Makaroni Salad.. Drummet goreng.. Roti jala dengan kari ayam.. dan.. Old Town White Coffee..
Choooooppp!!.. Bukan semua mokcik masak tawww!! Dilain post mokcik ceta k..


Baby Nisa pon dibawa berkunjung oleh Mummy nyerr.. Comeyyy tolll.. 

Maaf dari Oeya ye sekiranya ada kesilapan tika melayani kalian.. Dilain masa jemput datang lagi.. Sesape sudi nak datang uma mokcik roger dulu ye :)

*pssssstttttt!!! Zie.. "Uma macam surau!".. wahahahahaha :D

Perkahwinan 1Malaysia

Mokcik menghadiri Majlis persandingan anak saudara 13 hb Mac 2011 lalu di Ledang, Johor. Meraikan Nur'asyikin Binti Ahmad dengan Muhammad Adam Chiew Bin Abdullah. Masa menghadirinya mokcik ade juge bergambar dengan pengantin.. Tak tahu pulak kegembiraan tersebut dikongsikan pada umum.. Sehinggalah di e-mail oleh pengantin sendiri kepada mokcik.. Wahhh meriahh gitu.. Beberapa keping foto mokcik kongsikan di sini ye..




Berita mengenai perkahwinan mereka dikongsikan di akhbar Sinar Harian keluaran Selasa bertarikh 22 hb Mac 2011..



Doa mokcik agar diberikan kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengunjung ke 888888 blog Kak Ina KL

Assalamualaikum
Mari tuan puan dengar ini cerita
heheh!!..
Singgah jenggah blog Kak Ina KL ye!!




Wa ho mau tulu seleta ini pengunjung ke 888888 wo!
Sume olang aaaaaaaa mali tulu seleta wokey!
Haliah ale.. tapi aaa itu Kak Ina ho bulum kasi tau!
Wa ho tak mau kesa itu ape haliah!
Wa lapat ho sula! Wa tatak kesa ma!
Mali! Mali!