Saya didatangi kawan lama di depan pejabat petang semalam.. Saya akui sudah lebih lima kali menolak pertemuan dengannya.. Saya gelarkan saja dengan Cik Single.. Seorang IBO sebuah syarikat al-kaafiruun terkemuka..
"Oeya, senang tak 16 haribulan ni?" "Eh! Sorrylah! Aku ada barang nak buat." Jawab saya.
"Kau ni bilalah senang. Manjang tak senang." Saya senggih saja.
"Kau ni takde impian ker?! Takan taknak 'hidup senang'?! Tak fikir masa depan ker?!" Perrgghh..!! Tegak saja dia sound saya.
Sungguh! Saya tak gemar paten Cik Single yang 'takde bahasa'.
"Sorrylah! Anak aku nak exam, start 12 haribulan." Terus terang saya.
"Alah! Habis! Kau sampai bila nak kerja ni?! Kalau kau tak masuk A*****, sampai bila-bilalah 'hidup macam ni'. Aku tak. Aku nak hidup senang lenang. Dengan A***** aku boleh hidup senang lenang."
Sungguh! Saya mulai panas hati. Saya marah! Melampau sungguh fikiran negatif Cik Single terhadap 'hidup' saya. Kalau tidak, takan macam tu sekali dia sebut 'hidup macam ni'..!! Hidup macam mana saya ni..?! Berkerjaya, berumah, berkereta, biaya anak, biaya seluruh keperluan di bahu sendiri.. mana salah saya hidup begini..?! Saya ulang sekali lagi, iye apa yang saya 'ada' sekarang mungkin tak seberapa bagi orang lain, tapi cukup untuk saya dan anak. Sesedap mulut Cik Single bercakap..!
Bercakap macam tak berTuhan! Tak sedar gaknya rezeki dari Allah. Lupa gaknya cari berkat dari rezeki. Ada ker kerana A***** baru boleh hidup senang lenang. Duit dah beraja di hati gaknya!
Saya pinggirkan soal menjaga hati. "Sorry..! Aku nak ambil anak aku." "Apalah! Macam ni je kau potong..?!" Saya biarkan saja Cik Single merungut, membebel entah apa. Geram betul saya! Saya marah! Sebab itu segera saya beredar supaya mulut pemidato saya ini tidak menambah dosa saya.
Saya usaha cari kesenangan dan kemewahan, bezanya cuma 'cara'. Takan seluruh 'luar-dalam' saya nak jaja..?! Takan saya 'mesti percaya' yang syarikat al-kaafiruun saja yang boleh beri rezeki pada saya seperti 'pegangan' Cik Single..?! Huh..!!!
Maaflah Cik Single, anda tidak akan berada didalam senarai jemputan teman-teman bersantai dan majlis saya. Saya tidak rela emosi ini diganggu sewenang-wenangnya. Saya juga tidak rela keselesaan teman-teman yang saya undang diorak-arik oleh anda.
Sesedap mulut bercakap..! Saya ni bukan budak! Awak tu pun, bukan muda sangat Cik Single oiii..! Akai tarak..! Takde bahasa..!
Bagusnya saya ini, orangnya mampu kawal kemarahan. Tiada istilah orang sebelah kenan tempias. Meski emosi terganggu, terpukul, tersentap, saya adalah pengawal stereng kereta terbaik..! Iyelah! Saya kan nak ambil anak.. Fuh! Gilosss terbaik terapi diri hahahahaha..
Ok..! Sekarang saya mau hantar anak ke Sekolah Agama. Kemudian saya mau enak-enak menikmati Teh C Kosong.. Muahhh..!!