Monday, April 16, 2012

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua.. Semoga sedang diulit kebahagiaan kita semua.. Pagi Isnin yang cerah tempat saya ini.. Semalam saya buat julung kalinya mencuba Oreo Cheese Cake (Resepi II) dari Kak Ummi Kuantan empunya blog Home Sweet Home.
Lama saya peram resepi ni.. Bukan resepi ini saja, banyak resepi sebenarnya saya peram.. hihi.. Sebagai percubaan pertama, saya hanya buat separuh dari bahan-bahan di bawah (tulisan berwarna merah) kerana bimbang tak menjadi.. Setelah mencuba, beginilah hasilnya.. Alhamdulillah. Untuk melihat hasil yang lebih baik, kalian rujuklah blog Home Sweet Home ya..
Saya kongsi di sini resepi berserta cara membuatnya yang saya copy paste sepenuhnya dari blog beliau di sini..


OREO CHEESECAKE - RESEPI II
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)

" Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan"

Sangat sedap :-))