Saturday, September 4, 2010

Rokok dan Takbir

Aku ke premis 7 Eleven mendapatkan majalah Millenia Muslim.. Masa beli Jelita, belum sampai.. Kena la cari inisiatif di tempat lain.. Masa aku masuk ada sorang pemuda 'Melayu'.. Sedang aku belek-belek majalah lain.. biasanya aku memang begini.. dapat yang dituju belek juga majalah yang lain.. kadang-kadang memang ada yang berkenan..

Pemuda tadi selesai memilih 'makanan ringan'.. menuju kaunter.. aku entah kenapa.. pandang pulak muka dia.. alamakkk.. dia sengih kat aku.. "sorry beb gua malas layan lu".. ayat nyampahhh ni pulak keluar di hati aku.. Dah gitu.. pilih 'rokok' pulakkk!!.. lagiii.. dia dengan bangganya ber'takbir raya'.. dia dengan tak peduli apa 'takbir raya' lagiii.. dia terus menerus 'takbir raya' sampai keluar pintu.. 

Dua orang petugas kaunter, sorang lelaki dan perempuan 'Melayu' merunggut.. keluar dari mulut yang perempuan "kuang hajo"!!..

Aku ke kaunter.. bayar dan keluar..

Di luar premis.. pemuda tadi dan kawan-kawannya seramai 3 orang.. 'merokok dan makan'!!..

Aku pandang diaorang dari dalam kenderaan.. "Anak sapa la ni".. 'Lelaki' lagi tu.. Bakal jadi imam.. Bakal jadi ketua keluarga.. Adoiai adik-adik.. Hancur luluh hati makbapak diaorang kalau nampak..

Moga mereka akan mendapat hidayah, Amin. Moga dijauhkan anak-anak kita juga dari bertingkahlaku sebegini, Amin.

Love

Love give me strength to live
Love give me air to breath
Love give me the joy to be happy
And
I give all of the love for those who really know how to appreciate my love

Baris-baris ayat ini diluahkan oleh seorang 'suami' yang amat kecewa dengan kecurangan 'isterinya'.. Setelah diceritakan oleh beliau bagaimana 'perpisahan' terjadi juga.. Yang harus beliau terima dengan redha..
Aku percaya.. bukan membuka pekong pasangan niat beliau.. Meluahkan kekecewaan dan pengalaman diri adakalanya dapat mengingatkan dan memberi pengajaran..
Diamati bait akhir luahannya betapa aku dapat merasakan kali ini beliau amat terguris.. Suatu perasaan kecewa yang amat dalam dan pedih..
Moga kebahagiaan yang melimpah bakal dinikmati beliau selepas ini dan kita semua juga, Amin.

C'Mat Gebu

Terbaru kreativiti CMG  membuat biskut raya menjadi tatapan pembaca Jelita September 2010.. Tahniah C'Mat..

Foto dari majalah Jelita keluaran September 2010

Setakat ni la kan.. aku lom dapat jamah di alam realiti masakan CMG ni.. Asyik saje menjamu mata di alam maya.. Kalau orang ngidam mau dia terjah CMG nih he3.. apa pun aku tumpang bangga dengan C'Mat.. Semoga beliau akan terus berkarya melalui masakan dengan jayanya, Amin.