Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Kacukan Kuda Belang dan Keldai

Pada 3 Julai, seekor binatang kacukan kuda belang dengan keldai dilahirkan di Zoo Xiamen, provinsi Fujian China. 

Ibu kuda belang bersama anak kacukan itu. 

Pelancong menyaksikan binatang kacukan yang comel itu.

Sumber: CRI Online

Wednesday, June 29, 2011

Genius Extra Mind & Soul

Mokcik dihulurkan keratan ini semalam..


Fokus mokcik pada keratan tersebut pada bahagian ni..

  
Mokcik bulatkan merah tu sebab ayat tersebut mengundang perhatian mokcik sungguh heheh.. 


 
Choooppp!!! Jangan fikir mokcik tolong promosi ok.. Sorry lima lori..

Macam-macam ada..

Meh jengah blog ni

Tuesday, June 28, 2011

Black Garlic juga

Yang ni Black Garlic atau Bawang Putih Hitam milik mokcik.. Sebelum post yang pertama tentang ini, belum di capture, jadinya pinjam laa gambar untuk post Black Garlic sebelum ini..


Psssttt!!.. Ada orang memang tak suka bau bawang putih ni kan heheh.. tapikan.. Mokcik lebih rela bau bawang putih dari bau durian.. berdesuppp menusuk idung erkkk!!.. Asal yang kita suka kita kata lebih sedap laa kannn hik3..

Monday, June 27, 2011

Black Garlic

Bawang putih hitam atau black garlic.. Pertama kali mendengar dan mengetahuinya dari Abah dan Wak Leman.. Wak Leman adalah bapa saudara mokcik yang merupakan Abang kepada Abah mokcik.. Mendengarnya biasa saja seperti mokcik berhadapan dengan pengamal 'direct selling' atau 'MLM' atau agen produk tertentu yang biasanya akan 'membaguskan' khasiat sesuatu produk by air lioq pastinya ermmm.. Mokcik tak fokus pada 'perniagaan' yang dijalankan..
Yang mengundang perhatian mokcik ialah khasiat bawang putih hitam tersebut.. Mokcik ni kategori penggemar bawang putih.. Jadi bila dimaklumkan ada 'bawang putih yang hitam'.. mokcik google untuk mencari kepastian setiap persoalan yang menerjah fikiran sendiri..
Andai kalian berhajat mengetahuinya lebih lanjut layari  Black Garlic ni.. atau Wikipedia.. Untuk makluman.. mokcik bukan pengedar tegar bawang tersebut.. pemunya blog ini pun tak suruh mokcik promote bawang dia.. dan lagi mokcik tak dapat apa-apa bayaran pun untuk melakukan post mengenai bawang ni.. Tiada tuduhan atau salah faham hendaknya ye..


Black Garlic blog




Google

Mokcik sudah mulai suka.. Mokcik makan terus pun tekak ini boleh terima heheh.. Mokcik ni 'antoo bawang putih' jadi senang nak layannn hik3.. Semalam untuk sarapan mokcik buat Nasi Goreng dan guna bawang putih hitam ni tanpa bawang lain.. Macam takde beza rasanya.. Rasanya macam bawang putih biasa juga.. bezanya cuma warna dan harga.. tapi.. tak murah laaa.. sehingga bila poket mokcik boleh bertahan dengan harganya tak tau laa kui3..

Wednesday, June 22, 2011

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)


Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)

Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Program ini akan berlangsung di Persada Johor pada 23 Jun 2011 sehingga 26 Jun 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK  (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim)

Monday, May 30, 2011

**! Keep the sea clean !**‏


Kalau kat Malaysia atau seluruh dunia ni..
benar-benar terjadi seperti ni.. huh!!..
Ibarat dapat 'bayaran cash' kannn..
Renunggg renunggg kannn..
dan
Selamat beramal..

COACH Collections

  
Don't miss it..
Special savings on special collections..
Madison, Puppy or Audrey collections..
Madison for me.. uuuhhh!!..
Details visit COACH Malaysia

Saturday, May 14, 2011

Charles R. Swindoll

Google

 Ketawa selagi kita bernafas
dan
Berkasih sayanglah selagi kita hidup

-Charles R. Swindoll-

Friday, April 29, 2011

Epal Hijau @ Green Apple

Memang sedap makan epal kan.. Disamping tu ada khasiat yang kita perolehi.. Mokcik sesebok menggoogle tentang epal pagi ni.. Kerana mokcik sedang menghadapai satu masalah.. Masalah 'mendapatkan berat badan ideal'..
Gerak tumpu menurunkan berat badan sejak Februari lalu.. GAGAL!.. huk3.. Camno?!.  BMI = Overweight.. Bodyfat = Normal.. dan.. Body Water = Above.. Jawapan yang pasti Fitness Program Recommended.. Mengaku tidak melakukan senaman.. sekadar regangan waktu bangun tidur.. ermmmmmm.. 
Mokcik tak bermaksud yang makan epal hijau ni dapat selesaikan masalah mokcik.. tapi sebab nak ingatkan kembali khasiat epal hijau + seleri yang mokcik amalkan.. sesuatu yang jadi amalan harian atau mingguan buat mokcik lupa khasiatnya dan kenapa mokcik amalkannya.. wokey..
Dalam Saji Online dapat info ni dan mokcik share juge untuk semua..

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

~ Untuk ayat ni "Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya." ..
Yang ni mokcik biasanya tak buat.. sebab mokcik bimbang sedikit.. sebab mokcik terbayangkan semburan racun serangga yang melekat kat kulit buah tu.. bukan mesti laa.. dah mokcik tak nampak.. mokcik bimbang aje ye.. pilihan ditangan kita kan.. terserah pada individu ye..

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Mangga FAMA Negeri Johor



Dimaklumkan Pihak FAMA Negeri Johor akan menganjurkan Pesta Mangga pada 27 hingga 30 April 2011 bertempat di Tapak Pasar Tani Datin Halimah bermula jam 4.00 ptg hingga 9.00 malam.

Antara komoditi buah-buahan yang akan dijual adalah seperti mangga sala, durian muosang king, durian D24, durian IOI , malay apple, king guava dan lain-lain.

Kualiti terjamin, harga istimewa dan segar dari ladang.

Marilah beramai-ramai mengunjungi Pesta Mangga diatas. Jumpa di sana......dan tolonglah hebah-hebahkan.

Makanlah Buah-buahan tempatan.Pilihan tepat dan berkhasiat.

Terima kasih. 

Mohd Sharizan B. Mansor

Pejabat FAMA Negeri Johor