Wednesday, June 22, 2011

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)


Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)

Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Program ini akan berlangsung di Persada Johor pada 23 Jun 2011 sehingga 26 Jun 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK  (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim)