Friday, February 18, 2011

E-mail dari Jordan..

Semalam terima e-mail dari anak saudara di Jordan.. Dari Izyan Saleha binti Ibrahim yang aku panggil Adek.. Bakal Doktor anak ini.. Mengirim dokumen untuk permohonannya menjalani posting elektif di sebuah hospital di Malaysia.. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu.. Adek sudah tahun ke lima di Jordan University of Science & Technology.. Aku tumpang gembira dan bahagia.. Kali terakhir kami jumpa pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan sempat mengabadikan kenangan bersama.. Tika bercuti dan balik ke Malaysia, Adek tak pernah lupa memberikan cenderahati untuk aku dan Adam anak ku.. Begitulah Adek.. Doa untuk Adek agar terus berjaya dalam pelajaran dan karier, Amin.

Semangat yang tidak pudar..

Salam. Di pagi Jumaat yang mulia.. Kekal sihat aku pagi ini.. Doaku kalian juga begitu.. Senyuman hadiah untuk diri sendiri terlebih dahulu.. Perlu bagi aku memotivasi diri.. Kesibukan yang membangunkan semangat.. Sungguh aku bersemangat pagi ini.. Semangat aku yang tidak pudar.. Aku mohon dipermudahkan urusan sepanjang hari.. Mudah-mudahan hari ini juga lebih baik dari semalam.. Mohon kebaikan sepanjang hari yang ku lalui..

Sunday, February 13, 2011

Oeya belajar buat Cup Cake?!!!

Hah?!!!.. Choooppp!!!.. boleh ker?!!!.. tangan keras kekonggg boleh jadi ker?!!.. soalan yang aku takde jawapan!!!.. tapi hati kuat mau lakukan.. mencari jalan untuk memulakan.. percubaan yang tidak boleh mengganggu urusan dan kewajipan harian.. bila aku tidak menguji kebolehan sendiri.. harinya hampir pasti.. moga dipermudahkan usaha ku, Amin.

Ape kaki-kaki nih?!

'Dua kaki' lebih baik dari 'Empat kaki'
'Satu kaki' lebih baik dari 'Dua kaki'
'Tiada kaki' lebih baik dari 'Satu kaki' 

Ape saje laa dak Oeya ni kan.. dah lama tak menge'post'.. 'kaki' pulak disajikan heheh.. berkongsi pengetahuan saja niat aku ni.. disampaikan dari seorang rakan..

Katanya dalam amalan pengambilan makanan..
* sekiranya  merancang untuk memilih haiwan berkaki empat.. lebih baik memilih haiwan berkaki dua.. 
* sekiranya  merancang untuk memilih haiwan berkaki dua.. lebih baik memilih sayuran berkaki satu.. 
* sekiranya  merancang untuk memilih sayuran berkaki satu.. lebih baik memilih yang tiada kaki..

Lebih jelas aku tafsirkan begini..
~ kalau aku nak makan daging kambing, lebih baik aku pilih daging ayam..
~ kalau aku nak makan daging ayam, lebih baik aku pilih cendawan..
~ kalau aku nak makan cendawan, lebih baik aku pilih ikan..


Salam..



Lama menyepi bukan bererti melupai.. rindu pada semua.. kesibukan menghalang.. moga masih diingati.. terima kasih pada yang masih sudi menjengah.. sayang semua..