Thursday, October 21, 2010

Nak jugak wajah begini ketika meniti usia 40 tahun..




All foto by Harian Metro 20-10-2010
'NASHA AZIZ' Chantekkk!! Usia meniti 40 tahun tuuu.. Macam baru 30 tahun je.. Lain-lain sudut atau kriteria tentang diri Nasha ni aku tak nak sentuh.. 'Lain-lain' jangan tengok hehe.. Hanya fokus pada 'kecantikan zahir' si pemunya nama Nasha Aziz ni..
Kagum aku bila dikalangan wanita mampu kekalkan kejelitaan pada usia sebegini.. Aku positif.. Bukan sebab dia ni artis.. Bukan sebab aku minat dia.. Siapa pun dia.. Aku sekadar ingin kita sama-sama kembali tengok diri sendiri.. Bukanlah aku suruh semua wanita jadi Nasha.. Beliau salah sorang yang dikenali ramai yang aku jadikan contoh kali ini..
Memang akan ada suara-suara seperti "alah dia kan artis".. "alah dia anak dara".. "alah dia boleh la duit banyak".. Macam-macam alah laaaaa nak cari sebab yang sebenarnya 'bukan jawapan'.. Perlu ker segala 'alah' ni?!.. Jangan lagi laaa..
Aku suker dan tumpang bahagia bila wanita berusaha kekalkan anugerahNYA.. Disamping menunaikan kewajipan harian.. Kesibukan berurusan.. Bukan untuk orang lain.. Untuk diri sendiri.. Untuk Cik Suami..
Kan best bila kita nampak lebih muda dari usia.. Tanpa disedari ada doa dari orang yang memerhati.. Pujian tentu sekali.. Tapi bukan untuk meninggi diri.. Tak salah kan..
Aku faham.. Kadang-kadang bukan tak nak jaga.. tapi tak sempat.. tu yang bila dah selalu sibuk terlupa 'belai diri'.. Terleka menitikberatkan soal kecantikan diri kan..
Aku pasti ramai dikalangan wanita amat menitikberatkan kecantikan kan.. Yang jadikan aktiviti facial, massage atau memanjakan diri di spa suatu kemestian bulanan kan.. Ada yang lebih hebat bila lakukan sendiri di rumah.. Tahniah.. Tahniah..
Semoga kita juga kekal jelita dan beroleh kesihatan yang baik..

Ginseng Flower Tea

Mari cuba teh yang satu ni.. Boring gak kan kalau sama je.. Kali ni aku pilih 'Ginseng Flower Tea'.. Aku tak pilih yang uncang.. Suker gigit sikit-sikit sambil minum hehe.. Mari berkenalan dengannya..

Foto Google
 Ginseng Flower yang sudah dikeringkan

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia diminum..

Aku nikmati ketika ia masih suam.. Biase le aku ni.. Minum pakai mangkuk untuk menikmati hehe.. Tanpa gula ye.. Nak pekat masukan lebih ginseng flower.. Ikut selera.. Aku akan minum waktu malam sebelum tidur atau 2-3 jam selepas makan.. Senang je kan nak sediakan.. Try la eik..

Salmon Steam

Selamat tengahari.. Segar.. Sihat.. Bahagia.. Wahhh!! Hebat perasaan begini.. Menu ringkas makan malam.. Senang je nak menyediakannya.. Maaf laa.. Aku ni memang begini.. Simple bangett heheh.. Berikut cara menyediakannya..



All foto belongs to ohoeya858.blogspot.com


Foto Google

Bahan-bahan
Ikan Salmon
Halia
Bawang putih
Garam
Kicap Kikkoman

Cara-cara
Sapu garam pada ikan. Hiris halia dan bawang putih kemudian bahagi 2 bahagian. Tabur 1 bahagian hirisan halia dan bawang putih atas bekas steam, kemudian letakan ikan dan bakinya tabur atas ikan kemudian steam. Ikan salmon ni sangatlah mudah masak dan aku steam hanya selama 8 minit. Sedap juga cicah kicap kikkoman..

"Selamat untuk dicuba"

Ular ANACONDA

Foto Google
Geliii??!!!.. Takottt??!!!.. Hehehe.. Aku takat tengok gambar atau TV berkenaan ular ok lagi.. Tapi mengaku yang aku takottt!!.. Semestinya la akan terperanjat yang amat kalau terjumpa.. Mintak dijauhkan la jumpa ular nih ishhh.. Iye sebab keupayaan membelit.. berbisa.. Yang pasti 'saiz'nya..  
Dulu masa ada filem ni macam tak caya je memang wujud anaconda ni.. Bila dah tau erkkk serammm.. Harap tak jumpa la ular anaconda ni..
Dari info yang aku dapat, ular anaconda di Amerika Selatan boleh membesar sehingga 10 meter panjang dengan berat 136 kilogram.
Sesapa ada bela ular?.. Kena patuk ular?.. Mimpi ular? hehe.. Penah mimpi ular warna putih.. Dapat boypren  pon kulit putih heheh.. Alahhh cerita bebudak sekolah.. Ehhh!! Berkenaan ker??!! kui3..