Seorang jururawat di Hospital Sakit Jiwa nampak seorang pesakit sedang menulis surat.
Jururawat : "Ko tulis surat kat sapa?"
Orang Gila : "Aku tulis surat untuk diri aku sendiri."
Jururawat : "Jadi.. apa yang ko tulis?"
Orang Gila : "Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, barulah aku boleh baca."
Monday, September 6, 2010
Tolong
Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat selepas hantar Adam ke Kelas Fardhu Ain, aku terpandang di suatu selekoh yang bakal aku lalui.. Dan ketika ini seorang lelaki muda berbangsa India memotong kenderaan aku.. Macam terkejar masa juga pemuda India ni pada pandangan aku.. Atau dia memang biasa menunggang laju begitu.. Dan rasanya dia bukan nak masuk selekoh tersebut.. Aku pasti dari gaya tunggangannya..
Di situ sorang pemuda Cina terjatuh.. Aku tak pasti samada jatuh sendiri atau ada kenderaan lain terlibat.. Yang pasti aku cuma nampak dia sorang yang cuba bangun sendiri..
Pemuda India yang memotong aku tadi tiba-tiba dengan mengejut berhenti di selekoh.. Makkk!!.. Terkejut aku.. Mana taknya aku perlu brek mengejut elakan dia.. Nasib baik belakang kenderaan aku tak ada kenderaan lain.. Dia terus turun dari motor dan bantu pemuda Cina tadi dirikan motornya.. Aku yang agak terkedu.. perhatikan saja gelagat pemuda India ni.. Dari pintu kenderaan aku tanya mereka "Everything ok?" Pemuda Cina jawab "Ok.. Ok.. Thanks" Dia memang tolong pemuda Cina tu.. siap lapkan helmet lagi.. Kemudian mereka bersalaman.. Kad nama dihulur oleh pemuda Cina.. Tak banyak mereka berbual.. Terharu pulak aku tiba-tiba.. Pemuda India kemudian menuju jalan lurus dan pemuda Cina melalui selekoh tersebut..
Ye.. maknanya mereka bukan kenalan.. Mereka bukan sebangsa apatah lagi seagama.. Aku terharu.. Masih ada lagi pemuda berhati mulia begini..
Subscribe to:
Posts (Atom)