Friday, September 11, 2009

Menu Tengahari


Menu tengahari bagi saya selalunya mempengaruhi aktiviti bekerja saya setiap hari dan pengambilan menu juga bergantung kepada aktiviti saya pada hari tersebut. Saya tidak mengambil makanan terlalu berat kerana bimbang terlalu kenyang yang akan membuatkan rasa mengantuk ketika menjalani kesibukan saya.

Berikut menu tengahari saya ketika hari bekerja:-

1) Secawan White Milk Tea panas
2) Satu keping roti bakar bawang putih (garlic bread)
3) Satu keping Brown Thick Toast / 2 biji telur rebus (saya akan habiskan keseluruhan putih telur tetapi hanya makan satu biji kuning telur)
4) 500ml air kosong

Kadangkala saya tukar menu tersebut kepada:-

1) Secawan Lime Juice / Epal Juice / Orange Juice
2) Mihoon sup / Kue Teow Sup / Nasi + Sayur + Ayam / Nasi + Sayur + Ikan / Nasi Ayam
3) 500ml air kosong

Sarapan pagi



Sarapan pagi amat penting bagi saya. Saya berusaha untuk tidak gagal mengambil sarapan pagi.

Berikut adalan menu sarapan pagi yang saya amalkan:-

1) Satu mug susu soya bersama protein
2) Dua keping roti gandum penuh (sederhana toast) bersama mentega minyak zaitun (Olive Butter) dan St. dalfour Wild Blueberry Jam
3) 7 bji kismis atau 2 biji kurma
4) Satu mug air suam

Jika pagi tersebut saya ingin ubah menu sarapan pagi saya, saya akan pilih:-

1) Satu mug susu soya bersama protein
2) Secawan Teh 'C' / Air soya panas
3) Satu keping roti gandum penuh bersama kaya dan peanut butter yang di stim
4) Satu mug air kosong

Bagi saya menu ini sangat membantu dari segi memberi tenaga, tahan lapar dan berkhasiat.