Pagi ni seperti pagi-pagi biasa, saya memandu untuk ke tempat sarapan kegemaran.. Saya peminum Teh C tegar hihi.. Susuk juga sudah segebu roti haha.. Saya sihat dan sangat happy walaupun pasti BMI sudah tidak normal lagi huhuuu..
Nak cerita kesah dua orang lelaki.. Kenderaan perlahan kerana lampu trafik bertukar merah.. Depan saya sebuah kereta kelisa yang dipandu seorang lelaki.. Kami di laluan kedua (tengah-tengah).. Dalam keadaaan majoriti kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba kereta Kelisa tersebut mahu menukar arah ke laluan kiri kami.. Eh?!!.. Sabo je la?!!.. Bayangkan.. Cari pasal kan!.. Dalam masa yang sama, sebuah motorsikal juga ditunggang seorang lelaki, lalu disebelahnya.. Dan.. Hah!!.. Tangan si penunggang terhimpit.. Dikibas-kibas tangannya.. Sakit! Tangannya sakit!.. Hampir saja penunggang tersebut terjatuh.. Ape lagi.. Kereta Kelisa kembali ke laluan asal dan konon takde masalah la kan.. Oh! Tidak.. Sangat salah pemikiranmu itu hai pemandu.. Penunggang yang nampak cool berhenti, ditongkat motosikalnya betul-betul sebelah pemandu.. Cermin kereta Kelisa yang comel diketuk.. Si pemandu akur, cermin kereta diturunkan.. Sangat bekerjasama pemandu ini kata hati ku hihi.. Dan.. Bukkk!! Sekali.. Bukkk!! Kali kedua.. Dushhh!!! Tumbukan padu terakhir si pemandu terima.. Dan.. Penunggang tersebut dengan coolnya juga.. beredar.. Pemandu?!!..
Errrrkkkkkk!!! Fuhhh!! Gilerrr sungguh sarapan mata saya pagi ini.. Menikmati sarapan pagi dengan Teh C dan roti gandum penuh dengan margerin dan kaya, sambil imaginasi menerawang berulang-ulang insiden ini.. Berhati-hati memandu semua.. Fikirkan jugalah pengguna jalanraya yang lain ya :)))