Wednesday, August 25, 2010

Kenapa tak cakap

Perasan tak ada perkataan atau ayat yang kluar dari mulut orang dewasa.. tak 'seswai' untuk jadi halwa telinga budak-budak khasnya anak-anak.. kalau 'benda' yang sama kluar dari mulut bebudak atau anak-anak.. kata diaorang ni 'kuang hajo' (mahap cakap)..

Macam ni hah..

"Aku susah-susah ngajo ko!!.."  kenapa tak cakap.. "Mak sungguh-sungguh ajar "(sebut nama anak)"

"Kain kat ampai tu tak reti-reti nak angkat!!" kenapa tak cakap.. "Tolong angkat kain kat ampai"

"Perangai ko ni sama ngan 'sipolan'" kenapa tak cakap.. "Mintak janganlah sama perangai dengan 'sipolan'"

"Nape lambat balik!!" kenapa tak cakap.. "Baru sampai, kenapa lambat"

"Ni kang! ade kena ni kang!!" kenapa tak cakap.. "Nanti kena marah nanti"

"Dah! tak payah!!" kenapa tak cakap.. "Janganlah"

"Dah! tak nak sudah!!" kenapa tak cakap.. "Tak nak takpe"

"Dari celik mata tengok tv je keje nyer!!" kenapa tak cakap.. "Sudah-sudahlah tengok tv tu"

"Ape keje yang dibuat nyer tuh!!" kenapa tak cakap.. "Tengah buat ape tu"

"Tak habis lagi ngadap mendealah tu!!" kenapa tak cakap.. "Tak siap lagi ke tu"

"Lembab! Cepatlah!!" kenapa tak cakap.. "Boleh cepat sikit"

Senangkan.. tak payah laa naik tegang urat leher.. naik  sakit anak tekak..
Takat ni dulu la.. renung-renungkan.. selamat beramal..

Aku taknak

Aku taknak jadi manusia yang tak bahagia..
Aku taknak jadi manusia yang berdendam siang dan malam..
Aku taknak jadi manusia yang gagal memberi maaf..
Aku taknak jadi manusia yang gagal melupakan salah orang pada aku..
Aku telah memilih untuk memaafkan.. Alhamdulillah.
Bahagia yang aku cari..
Ketenangan yang aku ingin..

Telling Story Contest

Adam masuk Telling Story Contest kat sekolah ari ni.. Semangat menghafal cerita ngalahkan nak masuk pertandingan syarahan he3.. Sambil tu tak puashati pulak dah 14 hari puasa baru dapat juzuk ke 3.. Hai Adam.. Adam.. Ok tajuknya "Big Little Hippo".. Menang atau kalah bukan perkara utama.. Yang penting Adam confident on stage dan enjoy.. Support punyer pasal, Mama pon dah balik budak semula training Adam kui3.. What ever lah kan..


Fetch dia nanti dah boleh dengar 'radio Adam'.. Lagu nyer 'rancak' kerr.. 'Meruntun jiwa' kerr.. Tungguuuuuu..

Sebak arr..


video


video

Sebak arr teringat hebatnya kasih sayang "Mak"..
Sebak arr teringat hebatnya kasih sayang "Abah"..
Saaaaaayang Mak..
Saaaaaayang Abah..

"Ya ALLAH! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidik ku di masa kecil"
Amin.