Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Sunyi..

Sunyi..
Makanya, layan diri..
Apa yang nak disibukan hari ni..
Tambah sajalah kalori..
Yang penting happy..
Muehehehe

Saturday, March 3, 2012

Insiden Bukkk!! Bukkk!!.. Dushhh!!!

Pagi ni seperti pagi-pagi biasa, saya memandu untuk ke tempat sarapan kegemaran.. Saya peminum Teh C tegar hihi.. Susuk juga sudah segebu roti haha.. Saya sihat dan sangat happy walaupun pasti BMI sudah tidak normal lagi huhuuu..
Nak cerita kesah dua orang lelaki.. Kenderaan perlahan kerana lampu trafik bertukar merah.. Depan saya sebuah kereta kelisa yang dipandu seorang lelaki.. Kami di laluan kedua (tengah-tengah).. Dalam keadaaan majoriti kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba kereta Kelisa tersebut mahu menukar arah ke laluan kiri kami.. Eh?!!.. Sabo je la?!!.. Bayangkan.. Cari pasal kan!.. Dalam masa yang sama, sebuah motorsikal juga ditunggang seorang lelaki, lalu disebelahnya.. Dan.. Hah!!.. Tangan si penunggang terhimpit.. Dikibas-kibas tangannya.. Sakit! Tangannya sakit!.. Hampir saja penunggang tersebut terjatuh.. Ape lagi.. Kereta Kelisa kembali ke laluan asal dan konon takde masalah la kan.. Oh! Tidak.. Sangat salah pemikiranmu itu hai pemandu.. Penunggang yang nampak cool berhenti,  ditongkat motosikalnya betul-betul sebelah pemandu.. Cermin kereta Kelisa yang comel diketuk.. Si pemandu akur, cermin kereta diturunkan.. Sangat bekerjasama pemandu ini kata hati ku hihi.. Dan.. Bukkk!! Sekali.. Bukkk!! Kali kedua..  Dushhh!!! Tumbukan padu terakhir si pemandu terima.. Dan.. Penunggang tersebut dengan coolnya juga.. beredar.. Pemandu?!!.. 
Errrrkkkkkk!!! Fuhhh!! Gilerrr sungguh sarapan mata saya pagi ini.. Menikmati sarapan pagi dengan Teh C dan roti gandum penuh dengan margerin dan kaya, sambil imaginasi menerawang berulang-ulang insiden ini.. Berhati-hati memandu semua.. Fikirkan jugalah pengguna jalanraya yang lain ya :)))

Friday, February 17, 2012

Pemula hari

Tentunya sarapan yang membawa emosi nyaman sebelum memulakan tugas..


Teh C, roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya serta yam cake..


Mulakan segala perkara dengan بسم الله الرحمن الرحم

Thursday, February 16, 2012

Pagi tadi

Sarapan pagi saya hari ini.. Boleh juga untuk menu minum petang..


Teh C, roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya serta chee cheong fun..


Makan chee cheong fun yang ditaburi bijan dengan sweetened soy sauce.. 
Saya tak gemar tuang sos di atasnya kemudian gaul sebelum makan.. Manisss..
Saya makan kaedah cicah saja.. Sekadar saya kongsikan di sini :-)

Friday, February 10, 2012

Solat Jumaat

Pergilah bersiap untuk Solat Jumaat wahai kaum Adam..

Pagi yang bahagia

Sarapan pagi saya yang membahagiakan..


Teh C, roti kosong stim dan roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya..

Tuesday, January 31, 2012

Milikku kini..

 
Akhirnya..
 
Abang baru??!!!.. eh!.. Oven baru Sari.. hihi

Monday, January 30, 2012

Semangat! Semangat!

Assalamualaikum. Selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera dan bahagia. Hari pertama bekerja setelah bercuti seminggu.
Hendaknya semangat kerja bersungguh-sungguh. Segar bugar. Tidak dipengaruhi hati dan diri dari malas dek rehat yang panjang. Tersusun sudah kerja-kerja yang patut diuruskan kerana waktu sedang bercuti juga panggilan saya jawab untuk tidak terlepas job hihi.. Rezeki..
Doanya hari pertama sekolah untuk anak-anak juga semangat. Kembali dengan tanggungjawab, tumpuan dan kesungguhan yang tinggi. Semoga dipermudahkan menerima ilmu di sekolah serta cemerlang dalam pelajaran anak-anak kita semua, Amin.

Saturday, December 24, 2011

Pagi yang sedap

Sarapan pagi ni..


Teh C.. roti kosong.. mushroom soup..


Layan diri..

Friday, December 23, 2011

Sendiri

Assalamualaikum.

Malam tadi sebelum tidur kami saling berpelukan dan bercium sentiasa sambil menonton.. Simpan 'bau'.. Berbual apa saja.. Juga mengenai rasa jiwa.. Tangan digenggam erat bersama.. Tidur pun tak mau renggang.. Satu katil bujang berdua dimuatkan.. Hati selesa je berdua.. Sayangnya tidur tak nyenyak.. Bangkit dan cium lagi.. Lena kejap, bangkit dan cium lagi.. Allah!

Memandu ke pejabat sorang je pagi ni.. Mungkin esok pagi pun sama.. Sarapan hambar.. Takde orang mintak sikit sarapan saya.. Takde orang mintak sikit Teh C saya.. Tengahari nanti?.. Malam nanti?.. Aduhhh!! Saya tak biasa begini.. 

Berapa hari nak macam ni?.. Oh! Tak nyaman fikiran hari ini..


"Saya nanar tanpa anak"

Friday, December 16, 2011

Teman Pilihan

Inilah teman pilihan saya dan Adam musim cuti sekolah kali ni..


Lagi buku-buku pilihan Adam.. Untuk bacaan di pejabat saya..


Boleh layan jiwa sambil enak-enak dengan minuman panas..


Melepak sajalah di mana-mana asal selesa.. 


Adam.. Asal boleh.. 



*pssttt! Saya capture Adam membaca masa tengah 'macet' hihi.. jammed.. 'Jangan tiru aksi ini'

Wednesday, December 14, 2011

:: Melerai resah ::

Cuaca sangat cerah.. Sudah mulai panas.. Pagi-pagi sudah bertegang urat.. Beginilah situasi bekerja.. Jangan ada silap.. Penerangan tak jelas.. Tak bijak jawapan.. Tak logik alasan.. Intonasi semakin meninggi dan meninggi.. Urat-urat leher dipaksa-paksa menegang tanpa diminta persetujuannya.. Tak bagus.. Kerja jadi tak syok.. Tarik nafas dalam-dalam.. Hela  nafas jadi berat.. Hati jadi penat.. Capai air.. Seteguk dua minum.. Tarik nafas dalam- dalam sekali lagi.. Hela nafas lembut sedikit.. Ok.. Lega sikit..

Masing-masing bertanggungjawab..  Bila ada rasa tanggungjawab melunaskan kerja.. Masing-masing tak mau buat silap.. Masing-masing tak mau kena marah dengan Boss.. Masing-masing tak mau buat kerja yang sama berulang-ulang.. Lebih tak suka bila kerja yang asyik perlu modified.. Kerja jadi lambat.. Masa dibazir.. Costing.. Masing-masing nak siapkan projek yang sedang berjalan secepatnya..  Projek berikutnya.. Situasi kerja sama juga.. Kontraktor beginilah.. Syok bila projek beres.. Hebat pekerja begini.. Bertuah syarikat.. 

Semangat bekerja tidak pernah padam.. Tanggungjawab.. Amanah.. Ikhlas mendapatkan rezeki.. Perlu untuk teruskan kehidupan.. Kita punya tanggungan.. Wajib.. Semoga kita semua sungguh-sungguh melunaskan tanggungjawab dan mendapat rezeki yang berkat.

Tuesday, December 13, 2011

:: Seminggu sekali

Bila seseorang berhasrat mengenali.. Ria sedikit rasa hati.. Meski suka belum tentu lagi.. Ada saham lagi.. Bisik hati.. Perasan.. Sekali-sekali hihi.. Tentunya sudah dintai-intai kita ini kan.. Barulah datang rasa ingin tahu.. Ingin kenal..

Pendekatan awalnya.. Bertanyakan soalan mengenai diri kepada yang kita kenal dan yang kenal kita.. Jadilah kawan seorang itu 'posmen' tak bergaji hihi.. Masih mood ria saja.. Jemputan makan tengahari.. Oh! Pasti.. Biasalahkan.. Pancing.. Pertama kali diundang.. Maaf saya tak free.. Ah! Kerek.. Biarlah.. Itu pilihan kita.. Diminta nombor handphone.. Oh! Biasalah.. Pancing lagi.. Pertama kali minta.. Diam.. Ah! Macam kita tak tahu.. Contact number diri dan details syarikat sudah dalam simpanannya.. Saling berurusan.. Taktik..

Diundangnya kita lagi.. Makan tengahari.. Oh! Tidak juga jawapan dari kita.. SMS diterima.. Tiada balas.. Handphone berdering.. Bersyarat.. Hanya waktu pejabat.. Beri sedikit bahagia kepadanya hihi.. Pahala.. Beberapa minit cuma.. Cukuplah.. 

Begitulah berulang-ulang kaedahnya.. Berlarutan.. Beberapa bulan.. Kekal mood ria juga.. Honda City putih.. Oh! Memikat.. Tidak juga petah.. Oh! Oklah.. Intonasi tidak mencuri perhatian.. Tidak berdegar-degar.. Oh! Selesa..

Makan bersama.. Oh! Belum ditunai.. Kenapa hasrat tidak ditunai?.. Undangannya.. Undangan makan tengaharinya sudah mengundang tawar.. 'Masuk waktu'.. Tanpa si pengundang sedar.. Hari undangannya sudah dicam.. Ya.. kena tangkap liow.. Hari Jumaat.. Begitulah kaedahnya.. Berulang-ulang.. Hari yang sama dilain minggu.. Diangkat handphone berdering.. Meriah bunyi pin bowling menumbangkan badan..  Sudah masuk waktu.. Oh! Di sini ya kamu.. Seminggu hanya sekali.. Tidak diisi.. Tidak direbut.. Ditinggalkan sudah pasti.. Baiklah..

Di pihak sana bukan hanya suka.. Sudah berputik kasih.. Untuk di sini hanya ria.. Hati belum berputik suka.. Tawar kekal memuat rasa.. Kamu baik hati.. Sampai di sini saja ya.. Kekal saling kenal.. Masih berurusan..

Bukan sedang diulit.. Cuma kelapangan ini menunai hasrat.. Peristiwa awal tahun ini.. Disember sudah hampir ke penghujung.. Semoga ada yang lebih baik untuknya.

Google

"Perlukah kita menoleh kisah lampau setelah cahaya-Nya menerangi jalan di depan?"






*pssttt! Saya tahu anda silent readers blog saya ;-)

Oh! Bertemu Cupcakekasih


Oh! Bertuahnya diri.. Bertemu Kak Jun cupcakekasih.. Teruja.. Temunya tanpa dirancang.. Tangan berjabat.. Sambut.. Senyum.. Mesra.. Kak Jun lembut tingkahnya.. Tersusun kata.. Sangat membahagiakan pertemuan dengan beliau.. Masih terngiang-ngiang.. Oh! Bertuahnya saya..


Terima kasih Kak Jun.. Sudi bertemu dengan Oeya.. dalam mimpi.. Sedarnya 2.37 pagi.. Aduhhh!.. Apalah saya ni hihi.. Sampai jumpa lagi Kak Jun..

Saturday, December 10, 2011

:: Semudah rasa

Letih betul keluar dari pintu pejabat petang semalam.. Hujan pun lebat.. Call MDik temankan saya yang konon mau enek-enak menikmati kopi panas Mc D (Saya mudah terikut-ikut dengan kesukaan orang yang saya sayang).. Ermmm.. MDik lebih rela menyiapkan kertaskerja di pejabat guamannya berbanding memilih menemankan saya.. Faham.. Dia maklum gaya saya yang boleh duduk 2 jam dengan secawan kopi sambil membaca.. Tiada bicara.. bosannya dia hihi.. Kempunan dululah kopi Mc D petang semalam..

Memuatkan masa dengan hati selesa menyelak helaian buku.. Dengan secawan kopi panas.. Asal saja tempat dipilih berhawa dingin.. Senyap tidak sepi.. Tenang.. Meladeni kerja yang tak pernah sudah.. Memenatkan.. Kasihan diri.. 

Memandu terus ke rumah Abah saya.. Masih hujan.. Hampir Maghrib.. kurang beberapa minit.. Handphone berdering.. Deringan hingga terhenti tanpa saya jawab.. Berulang empat kali.. Biarkan saja.. Maghrib.. Waktu ini sangat pendek.. 

Hentikanlah amalan menelefon waktu si penerima panggilan tak boleh jawab..

Friday, December 9, 2011

:: Sebentar cuma

Sibuk!!.. Minggu yang sibuk untuk saya.. Rezeki dari-Nya.. Alhamdulillah.. Tuntutan kerja yang perlu diberes.. Mana perlu diberes, dibereskan segera.. Ada pilihan ditangguh, ditangguh sesedap rasa saya hihi.. Itulah antara yang saya seronok melakukan kerjaya saya..

Persiapan sekolah.. Baju Melayu putih untuk Sekolah Agama yang perlu ditempah, nun jauh di Kuala Lumpur tukang jahit kegemaran anak saya, diuruskan sudah.. Hari ni beli Kitab di Sekolah Agama.. Tarikh beli ikut surat makluman pihak sekolah.. Urusan beli buku dan buku latihan sebelum cuti sekolah bagi SJK (C).. Senang kerja saya.. Taklah kalut kalau nak settle satu masa kannn.. Ya.. sudah lunas juga.. Giliran kelengkapan sekolah yang lain selepas ini.. Kemeja putih, seluar panjang biru, kasut sekolah, stokin, beg sekolah.. Kecuali beg, yang lainnya perlu disediakan lebih sepasang.. Ya.. Wajib lengkap sebelum sekolah mula..
















Hellllllllllllllllllllllllllllllo! Takde rasa kerrr?!!..

Tuesday, November 29, 2011

Oh! Hujan

Hujan lebat kat Taman Johor Jaya ni.. Kerja banyakkk.. Urusan luar pejabat jadi perlahan.. Mata ni pun bukan terang sangat memandu dalam hujan begini.. Bertambahlah perlahan.. Alon-alonnn..

Hujan-hujan gini sedapnya apa?.. Tidurrr.. krokkk!.. krokkk!.. Dengkurrr!.. hihi.. Hujan-hujan gini sedap pekena kopi pekat panasss.. Hujan-hujan gini sedap layan jemput-jemput ikan bilis cicah sambal tumisss.. Hujan-hujan gini enak-enak layan ubi rebus dengan ikan kering dan sambal tumis ikan bilisss..

Aaaaarrrgggghhh!! Semua takde sekarang nih!.. Takde yang menyedapkan tekak.. Takde yang mengenakan rasa.. huhuuuuu..

Sunday, November 20, 2011

Syair: Puteri Bongsu

Tersebutlah kisah suatu cerita,
Puteri Bongsu cantik jelita,
Sangat dikenali rakyat jelata,
Nasibnya malang berdukacita.

Puteri Bongsu hendak dijodohkan,
Dengan Putera Indera Kayangan,
Pinangan ditolak apa gerangan,
Putera Raja bukannya pilihan.

Bersama Inang melarikan diri,
Akhirnya sampai di sebuah negeri,
Bertemu pemuda bijak bistari,
Kacak dan tampan wajah berseri,

Puteri Bongsu berasa gembira,
Rupanya pemuda seorang Putera,
Mereka pun berkahwin hidup sejahtera,
Tinggal di Istana Tiga Menara.



Bagi Allahyarham Guru Bahasa Malaysia saya Cikgu Ismail Yunus, syair Puteri Bongsu ni, killer syair bagi saya ketika menyertai pertandingan pentas sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah daerah Johor Baharu.. hihi.. Lamanya tidak berlagu-lagu.. tidak bersyair.. hihi.. Sekarang? Boleh lagi ker? Takut si katak lebih mendayu-dayu alunan kwanggg kwanggg nyer dari saya.. ekekekeke :D

Friday, November 18, 2011

Takde Kad Takyah gi!

Assalamualaikum.. Dihari Jumaat yang mulia semoga semua sihat sejahtera.. Saya sedikit terkejut dengan kenyataan "Takde kad, takyah gi".. Ni mengenai kad jemputan atau undangan.. 
Oh! Gitu pulak?!.. Mesti jemput pakai kad.. Baru kira dijemput eikkk.. Pulakkk!.. ermmm.. Janganlah macam tu.. Ada kelapangan.. Kesihatan mengizinkan.. Pergilah.. Penuhilah undangan tu.. Apalah nak berkira sangat.. Orang ada hati dan ingat nak jemput kita.. Jemput mulut, telefon atau wakil tak kesahlah kannn.. Besar hati dia kalau kita tunaikan undangan mereka.. Penting sangat ker kad tu..
Dua minggu lalu.. Kawan beritahu saya dia lupa sampaikan kad jemputan perkahwinan seorang lagi rakan, sedangkan dia menelefon saya jam 11.30 pagi pada hari majlis berlangsung, alhamdulillah.. jam 3 petang saya sampai ke majlis tersebut.. Mujurlah dekat.. Saya tak cerewetlah dalam hal ni.. Sekarang lagi senang dapat undangan melalui Facebook saja, InsyaAllah saya penuhi..
Pada saya.. yang mana boleh kita lebih kurang.. lebih kuranglah ye.. Macamana kalau orang tau perangai kita macam ni dan langsung tak jemput kita.. uuuiiihhh macam hidup tak berkawan..
Rasa diingati bila diundang.. Dikelilingi ramai kenalan dan kawan buat saya bahagia :)



*pssttt! Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam..

Sunday, November 13, 2011

Hari Raya Qurban 2011

Assalamualaikum. Salam sejahtera.. Cerita Hari Raya Qurban lalu belum habis untuk saya.. Cuti pun panjang.. Hari-hari cuti, balik kampung, berkumpul adik beradik, makan-makan.. Abah saya berkorban 2 ekor lembu.. Seekor untuk empat orang anak lelaki dengan tiga orang cucu lelaki dan seekor lagi untuk Arwah Mak, tiga anak perempuan dan tiga menantu perempuan.. Alhamdulillah dengan limpahan rezeki dari-Nya.. Seekor lembu Abah sedekahkan di sebuah masjid dan seekor lagi dilapah di rumah sebelum dibahagikan.


Abang sulung saya, Din.. Kami panggil Pak Long je..


Tengok tu anak saya Adam.. Berani-berani takut.. Bukan sentuh pun tuuu.. hihi..





Abah saya.. tajam sangat parang yang dipegang tok..


Abah saya.. Guna kapak pula.. pro lah Atok..


Mak Mah dan Cik Nab tolong timbang dan bungkus.. Cik Sal dengan Lin pun ada..


Adik saya Boy @ Joe..


Di depan, adik saya Nanang @ Eddy dengan Jeman @ Katik.. penghantaran..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih Abah.. Korban untuk saya dan anak juga..

Semoga dilimpahi rezeki dan kesihatan untuk Abah.

Amin.