Thursday, October 21, 2010

Nak jugak wajah begini ketika meniti usia 40 tahun..




All foto by Harian Metro 20-10-2010
'NASHA AZIZ' Chantekkk!! Usia meniti 40 tahun tuuu.. Macam baru 30 tahun je.. Lain-lain sudut atau kriteria tentang diri Nasha ni aku tak nak sentuh.. 'Lain-lain' jangan tengok hehe.. Hanya fokus pada 'kecantikan zahir' si pemunya nama Nasha Aziz ni..
Kagum aku bila dikalangan wanita mampu kekalkan kejelitaan pada usia sebegini.. Aku positif.. Bukan sebab dia ni artis.. Bukan sebab aku minat dia.. Siapa pun dia.. Aku sekadar ingin kita sama-sama kembali tengok diri sendiri.. Bukanlah aku suruh semua wanita jadi Nasha.. Beliau salah sorang yang dikenali ramai yang aku jadikan contoh kali ini..
Memang akan ada suara-suara seperti "alah dia kan artis".. "alah dia anak dara".. "alah dia boleh la duit banyak".. Macam-macam alah laaaaa nak cari sebab yang sebenarnya 'bukan jawapan'.. Perlu ker segala 'alah' ni?!.. Jangan lagi laaa..
Aku suker dan tumpang bahagia bila wanita berusaha kekalkan anugerahNYA.. Disamping menunaikan kewajipan harian.. Kesibukan berurusan.. Bukan untuk orang lain.. Untuk diri sendiri.. Untuk Cik Suami..
Kan best bila kita nampak lebih muda dari usia.. Tanpa disedari ada doa dari orang yang memerhati.. Pujian tentu sekali.. Tapi bukan untuk meninggi diri.. Tak salah kan..
Aku faham.. Kadang-kadang bukan tak nak jaga.. tapi tak sempat.. tu yang bila dah selalu sibuk terlupa 'belai diri'.. Terleka menitikberatkan soal kecantikan diri kan..
Aku pasti ramai dikalangan wanita amat menitikberatkan kecantikan kan.. Yang jadikan aktiviti facial, massage atau memanjakan diri di spa suatu kemestian bulanan kan.. Ada yang lebih hebat bila lakukan sendiri di rumah.. Tahniah.. Tahniah..
Semoga kita juga kekal jelita dan beroleh kesihatan yang baik..

No comments:

Post a Comment