Thursday, July 28, 2011

Jersi

Google

Jersi skuad 'Harimau Malaya' yang menjadi idaman saya dan anak.. Kami hanya pendamkan saja idaman tersebut ketika ini kerana ia dijual pada harga RM199 sehelai.. Saya berpendapat belum patut bagi anak saya Adam menyarungkan baju berharga sedemikian pada usia 10 tahun.. Saya tidak mahu jadi serbasalah menyarungnya tika Adam hanya melihat.. Dia hanya akan membuat andaian Mama nya tak adil.. Mengalahlah saya meski hati memberontak ingin memilikinya..

Harimau Malaya

Saya pasti mendoakan kemenangan kepada pasukan bolasepak negara 'Harimau Malaya' yang bakal bertemu Singapura malam ini dalam perlawanan timbal balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014..

Google

Harapan tinggi kepada setiap pemain dalam skuad 'Harimau Malaya'..

Google

Saya mahu kegembiraan seperti foto di atas ini berulang

Amy Search

Google - Zonartis.com

Selamat Hari Lahir kepada Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.. Beliau dilahirkan pada 28 hb. Julai 1958.. Semoga dipanjangkan usia.. Kekal sihat dan bahagia.. Mewah rezeki dan diberkati..


Satu-satunya kenangan bersama Amy 14 tahun lalu..







Tiga foto terakhir ini saya dapatkan dari sini, merupakan blog yang mengenengahkan kebanyakan aktiviti yang berlaku dan dijalankan di SDJ.. yang mana Amy dan Awang BPR pernah menjadi sebahagian pelajarnya.. Lawatan oleh Amy dan Awang setelah mereka turut menghadiri sambutan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.. Semoga kalian terus beroleh beroleh kejayaan..

Anak bulan

Google

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

Sumber: Wikipedia


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)