Saya jarang sangat masak daging lembu.. Anak saya Adam memang rasa terpaksa betul kalau saya suruh makan daging lembu.. Kalau ayam tak pernah menolak.. Tak payah pelawa pun dia ngappp!.. Puas juga saya pujuk Adam rasa masakan saya ni.. Tapi kalau dah dia tak suka, penat saya pujuk entertain sikit je dia..
Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris kecil dan nipis)
Halia*
Bawang kuning/Holland
Bawang putih*
Lada hitam* (Saya guna serbuk)
Daun bawang
Kicap soya pekat
Sos cili
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis
*dibahagi dua iaitu sebahagian ditumbuk dan bakinya dihiris kecuali lada hitam.
Cara-cara: Perap daging dengan bahan yang ditumbuk iaitu halia, bawang putih dan lada hitam (Saya perap 1 jam). Panaskan minyak dan goreng daging (hingga lembut/empuk). Tambah sedikir air dan masak hingga sedikit kering dan pekat. Kemudian masukan halia, bawang besar, bawang putih, lada hitam (optional, kalau rasa dah mencukupi tak perlu tambah), kicap soya pekat, sos cili, garam dan gula. Kacau sebati. Akhir sekali masukan daun bawang.