Friday, September 9, 2011

Vegetarian Prawn (Vegetarian Chai Har)

Vegetarian Prawn (Vegetarian Chai Har) ni melengkapkan menu ketika berbuka di rumah Abah saya Ramadhan lalu..

Vegetarian Prawn saya goreng terlebih dahulu sebelum dituangkan sos ke atasnya.. Terlupa capture sebelum ia di masak..
Bahan-bahan sos : Tomato buah, bawang besar, bawang putih, sos cili, garam, gula, minyak untuk menumis.

Cara-caranya : Tumis bawang putih hingga kekuningan diikuti bawang besar. Kemudian masukan tomato dan semua bahan lain. Kacau hingga masak dan culup rasa. Tuangkan keatas vegetarian prawn yang telah digoreng dan sedia dihidang.


Kari Kambing

Memenuhi permintaan Abah saya Ramadhan lalu.. Sedap sungguh.. Disediakan oleh adik saya.. Mummy @ Sabarina..

Makan bersama nasi putih.. atau roti potong.. atau roti jala.. atau jemput-jemput kosong.. semuanya selera..

Ikan Tenggiri Masak Kicap dan Kobis Goreng

Layannn mata aje..


Yang mudah begini saja saya tau..

Ringkas..
Sedap..
Suka..

Puding roti gulung blackcurrent


Ramadhan ke-27 lalu.. saya usahakan juga buat resepi Puding roti gulung blueberry bersos kastad. Resepi dan cara menghasilkanya saya rujuk di blog Sariyusa dan Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home.


Berikut di bawah ini saya copy paste dari blog Sariyusa :)

Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* jem blueberry secukupnya (saya guna jem blackcurrent)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional) (saya tak letak)

* Bahan C-kuah (saya tak buat dan hanya jodohkan dengan Hershey's Syrup)

* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

* parutan keju (optional)

Cara-cara

1. Sapukan setiap kepingan roti dengan jem blueberry, gulungkan dan susun dalam loyang. Tuangkan susu dalam loyang dan rendam selama setengah jam. (Saya rendam sekejap jer sambil sediakan bahan B)
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam. Jirus-jirus sedikit supaya agak sebati.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.

Cubalah..!!