Thursday, November 25, 2010

Cuaca dan kehidupan..

Pagi ini.. tengahari ini.. cuaca agak panas..
Sekarang ini.. hujan lebat.. angin pun kuat..
Aku jalani kehidupan.. begini jugalah..
Tak menentu..
Yang disangka.. tak disangka..
Yang dirancang.. tak dirancang..
Apa saja boleh berlaku.. tak gitu?!..

Berubahlah..

Senangkan.. mencari salah orang untuk menutup kesalahan.. kelemahan.. dan kekurangan sendiri..
Berhentilah.. usahlah diamalkan lagi tabiat ini.. usia bukan semakin muda.. masa tidak menunggu kita..
Berusahalah untuk menjadi lebih baik.. selagi ada peluang.. usah ditangguh lagi..
Jangan lagi orang lain dipersalah..
Assalamualaikum. Selamat pagi.. Cergas pagi ini.. Alhamdulillah kekal sihat aku hari ini.. Tidak lupa memulakan hari dengan senyuman untuk diri sendiri.. senyuman untuk anak tunggal.. senyuman memulakan tugas.. aku lebih bersemangat.. pagi ini urusan tidak terlalu awal.. kerana anak aku tidak menghadiri Kelas Tambahan di sekolah.. akan mula semula 29 November nanti.. Malam tadi idea yang datang tidak cukup memberangsangkan.. tapi aku tidak kesal.. harapnya idea hari ini lebih baik.. rezeki lebih baik.. dan moga segalanya lebih baik dari semalam, Amin.