Monday, October 11, 2010

Rose Tea


Aku suka gak layan Rose Tea ni.. Bau rose yang harum tu je dah memberi terapi pada aku.. Tenang je rasa.. Tapi sememangnya kalau menikmati apa-apa jenis teh panas pun memang nyaman kan.. Nak buat pun senang.. Mari cuba..



Foto Google
Lebih jelas dari yang aku capture..

Hakmilk mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni rose yang aku punya..

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni Rose Tea yang sedia diminum..
Boleh disejukan sebelum minum juga.. Aku suka minum pakai mangkuk ni heheh :).. Punye la nak menikmati hehe :).. Jemput minum..

Ba Zhen Tang

Mari layan ikan haruan lagiii.. Kali ni masak Ba Zhen Tang.. Nak tau klik sini. Aku akan makan waktu malam yakni sebelum tidur.. Chooop!! Tanpa nasi.. Meh tengok cara macamana aku hasilkan..
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ba Zhen sebelum dimasak
 
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini kaedah double boil.. Masukan Ba Zhen dengan 500ml air ke dalam 'ceramic pot' atau 'double boil jar' dan double boil selama 2 jam...

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Setelah double boil 2 jam.. Ba Zhen akan jadi seperti ini..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Keluarkan Ba Zhen dan asingkan ia dari sup..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini rupa sup yang diasingkan tadi.. Tapis waktu asingkan sebab sup aku akan hirup sampai habis..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Kemudian masukan semula sup ke dalam 'ceramic pot' dan ikan haruan.. Double boil lagi selama 30 minit saja..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini hasilnya selepas 30 minit..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia untuk dinikmati.. Habiskan ikan dan supnya sekali.. Kasi licin :)
Selamat mencuba..

Juice Apple

Kadang-kadang aku ni 'malas' melampaui batas penat.. Dan bila penyakit 'malas' ni datang menghantui diri, aku taklah nak capai buah-buah segar bersama juicer nyerr.. Jadi aku dengan pantas akan mendapatkannn.. yaaaaaa ini dia.. Bukan mesti dari keluaran yang sama selalunya jadi pilihan aku.. Ada beberapa yang aku yakin je aku beli.. Kerapnya aku ini akan pilih yang 'NO PRESERVATIVES' dan 'NO ADDED SUGAR'

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

Berpeluh-peluh cik botol nak mengayakan juice kui3.. Alaaa.. Ni sebenarnya pencapaian tahap malas dah memang 'over' le ni.. Sampai dah tak sempat nak lap-lap dulu sebelum capture :D