Friday, October 29, 2010

Terasa Rindu?!.. Meh ubatinya..

"Siakap Kukus Rindu Terasa" aku beri nama untuk masakan kali ni.. ahaksss.. Masa masak ni tengah rindu sangat dengan kawan-kawan.. rindu nak jumpa gader-gader.. tu jadi namanya begini hik3.. iye la kan.. orang sedang menanggung rindu.. Lagi makin tak jadi laa nak kurangkan berat badan eiii..


Bahan-bahan
  • Seekor ikan siakap
  • Tomato
  • Capsicum Hijau / Lada Bengala
  • Capsicum Merah / Lada Bengala
  • Bawang besar (Hijau) / Bawang India
  • Bawang putih
  • Kicap soya pekat
  • Jus Lemon
  • Sos cili
  • Garam
  • Olive butter
  • Air

Cara-cara
  • Kukus ikan. Toskan jus ikan (air yang keluar dari ikan semasa kukus). Jus ikan diasing (jangan dibuang).
  • Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter.
  • Kemudian masukan bawang besar dan tumis lagi.
  • Masukan tomato.
  • Kemudian masukan sos cili dan kicap soya pekat. Tambah sikit air.
  • Akhir sekali masukan capsicum dan kacau.
  • Tuangkan jus ikan dan jus lemon.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Kemudian tuangkan kesemua bahan ke atas ikan.
"Mari dengan hati yang rindu menikmatinya"

    No comments:

    Post a Comment