Friday, November 12, 2010

Malam ni nak jumpa Abah..

Mokcik nak balik keje dah ni.. Dah plan dengan Mak Dik nak 'balik kampung' lepas keje ni jumpa Abah.. Macam jauh sungguh je yang dipanggil 'kampung' nih ahaksss.. Andai ade le ipar-duai.. sedara mara.. kawan-kawan yang maklum aku nak balik kampung.. terkekek-kekek diaorang ketawa.. wakakaka.. 
Dapat gak hari ni meriahkan blog sendiri.. Alhamdulillah.. Iye la manyak 'post tertunggak'.. Balik dulu.. Salam

Sotong nih!

 

Bahan-bahan 
  • Sotong
  • Capsicum / Lada Bengala (Hijau & Merah)
  • Tomato
  • Bawang besar (Hijau) / Bawang India
  • Bawang putih
  • Kicap soya pekat
  • Jus Lemon
  • Sos cili
  • Garam
  • Olive butter
  • Air

Cara-cara 
Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter. Kemudian masukan bawang besar. Masukan tomato dan kacau. Kemudian masukan sos cili dan kicap soya pekat dengan tambah sikit air. Barulah dimasukan sotongnya. Diikuti capsicum dan kacau. Tuangkan jus lemon dan tambah garam secukup rasa.


Aku masak asal boleh je nih.. kalau tak confident sila 'rujuk pada yang pakar' eik.. aku yang lain-lain memang sorry tak tau.. cuma yang pasti "Selamat untuk dicuba"

"Bakal"

Dah biasa sangat aku dengar..
bakal graduan..
bakal menantu..
bakal mentua..
bakal taukeh..
bakal haji..
yang buat aku termanggu bila aku dengar..
"tuan-tuan.. puan-puan.. kita ini adalah 'bakal-bakal jenazah'.."
banyak-banyak ayat pembukaan.. sebaris ayat ni 'membangunkan' aku..

Aku baru tau..

Setahu aku..
Wanita yang tidak bekerja yakni sepenuhnya menguruskan rumahtangga adalah 'suri rumah'.. Suri ni kalau tak silap makna antara lainnya adalah 'ratu'.. Kira boleh kita sebut 'ratu rumah' la eik.. Wahhh bunyinya macam berkuasa penuh jerk..

Aku baru tau..
Lelaki yang tidak bekerja dan sepenuhnya menguruskan rumahtangga juga ada panggilan.. Dikalangan mereka ini disebut 'sura rumah'.. Haaaaaa gitu..

Tahniah anak!!

Tahniah untuk semua anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang UPSR semalam.. Mokcik tumpang gembira.. Tahniah juga kepada semua ibubapa yang pastinya pendorong utama kejayaan anak-anak.. Syabas semua.. Semoga kejayaan lebih besar akan terus dikecapi kalian atas setiap usaha dan kesungguhan, Amin.

Tahniah!

Mari ber'sanggul'





Bahan-bahan 
  • Mi sanggul
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Udang
  • Bawang putih
  • Garam
  • Sesame oil
  • Minyak
  • Air
Cara-cara
Celurkan mi sanggul. Angkat dan asingkan. Bilas dengan air sejuk sebelum ditos. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan sayur diikuti udang. Tambahkan sesame oil. Masukan mi dan garam.

Suka sejukkk macam ni?

Bahan-bahan
  • White fungus / cendawan putih (kering)
  • Lotus seeds / biji teratai (basah)
  • Red dates / kurma kering (tanpa biji)
  • Goji
  • Longan kering
  • Yellow Lump sugar / gula batu (kuning)
  • Air
  • Ais

Cara-cara
Rendam semua bahan hingga kembang dan lembut. Rebuskan white fungus, lotus seeds, red dates dan longan kering dalam 30 minit atau hingga lotus seeds lembut. Kemudian masukan goji. Selepas 10 minit dan pasti goji lembut, masukan gula batu mengikut manis yang disukai. Sejukan. Hidang bersama ketulan ais dan sedia dinikmati.

Se'bening' senang nihhh!

'Bening'.. 'Tumis air'.. Lauk yang amat  'sinonim' dengan aku.. ada Oeya" ada bening!.. ahaksss.. tak sukerrr?.. takpe.. mokcik sukerrr bangettt..

Bahan-bahan
  • Kentang
  • Soo hoon
  • Goji
  • Daun sup
  • Bawang hijau / bawang India
  • Bawang putih
  • Garam
  • Minyak untuk tumis
  • Air

Cara-cara
Rendam goji terlebih dahulu. Tumis bawang putih dan kemudian bawang hijau. Tambahkan air secukupnya. Masukan kentang. Setelah empuk masukan goji. Diikuti soo hoon dan daun sup. Sedia dihidang.

    Tempe wowww!

    Jom layan tempe goreng.. Takde name commercial lain la eik tempe nih heheh.. Kalau nak ikutkan.. Dah biasa sangat kita ni kan dengan yang namanya 'tempe' nih.. Tapi bila dah capture.. Di upload pulak dalam blog nih.. Fuhh!!.. Nampak terlampau pulak 'aksinya' kannn.. Wowww!!!


    Takde la dapat aku nak huraikan macamana hasil kejadian tempe ni.. Pssssttttt!! Aku dulu penah jadi anak seorang penjual tempe taw.. haaaaaa jangan tak tau.. Tapi yang di atas ni aku beli je..
    Aku layan tempe ni dengan 'Sambal Kicap' (dalam mangkuk) yang aku import dari rumah Abah wakakaka.. 
    Yang satu lagi tu lain sikit.. Itu 'Sambal Kicap Adam' diberi nama..


    Bahan-bahan 'Sambal Kicap'
    • Bawang putih
    • Cili padi
    • Gula
    • Kicap
    Cara-cara : Tumbuk semua bahan dan akhir sekali tuangkan kicap.


    Bahan-bahan 'Sambal Kicap Adam'
    • Sos cili
    • Kicap soya
    Cara-cara : Campurkan sos cili dengan kicap dan kacau.

    "Mudah untuk dicuba"

    Luahan..

    Sihat hendaknya semua pagi ini.. Senyum di pagi hari.. Minum sebelum memulakan tugasan.. Nikmati santapan pagi yang membantu semangat..
    Jumaat pagi yang nyaman.. Tenang rasanya hari ini.. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam.. Kesibukan tidak mampu menyembunyikan rasa rindu.. Rindu untuk bersama.. Bersama sahabat..
    Panggilan dari sahabat lama petang semalam.. 'Haniza Misran'.. Lebih 15 tahun lamanya tak jumpa.. Aku sayang ko Nis.. Perbualan yang singkat.. Janjitemu bakal dirancang Aidiladha nanti.. Moga dipermudahkan urusan untuk pertemuan kami..
    Malam.. aku bertanya khabar sahabat lama 'Fizwani Sharqawi'.. Kali terakhir bertemu pada 1 Mei lalu.. Beliau sangat sibuk ketika ini.. Sebagai penanda kertas jawapan PMR.. Airmata mengalir jua tika meluah rindu pada Noni.. Aku pendekkan perbualan kami.. Emosi..