Thursday, July 7, 2011

4 Julai 2011

Tiga hari berlalu.. tarikh mokcik dilahirkan cuma tahun saja berbeza.. Alhamdulillah.. masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa.. Menjalani hidup dan kewajipan sebagai hamba-Nya.. Sekadar mencoretkan bahagia di hati kecil mokcik ini..
Ucapan dari anak tunggal tercinta, Muhammad Adam Lutfi mokcik terima dari 1 hb Julai hingga 4 Julai yang sepatutnya.. selama hari tersebutlah mokcik senyum dan ketawa kecil dengan Adam ni.. terlebih excited.. macam dia yang akan dirai.. begitulah Adam..
Birthday Bonus dari syarikat sudah tentu ada heheh.. dan yang pasti amaunnya tidak berubah kui3.. Kira ok apa dari takde hik3..
Nak tujukan ucapanlah kui3.. Terima kasih anak.. boss.. keluarga.. ipar-duai.. anak-anak saudara.. saudara-mara.. dan.. sekalian sahabat.. yang mengirimkan ucapan serta doa buat mokcik melalui SMS dan FB wall.. Amin dan terima kasih.. Mokcik reply by SMS saja untuk kedua-dua saluran tersebut.. itu pun yang contact number mereka ada dalam simpanan mokcik.. yang takde maaf ye.. mokcik tak dapat online FB setakat hari ni.. Terima kasih juga buat si cantik molek Azna Rizan yang tolong mokcik sampai-menyampaikan ucapan terima kasih mokcik kepada kenalan yang tidak dapat mokcik hubungi.. Ucapan dan doa Nita buat mokcik terharu huk3.. Lin dan Azie.. tawaaa laaa.. tawaaa laaa.. korang dua orang noti eikkk :D

Google
Boss!!.. Birthday Bonus next year ya!!
Uuuuuuiiiiiihhhhhh!!
Kalau rezeki mokcik laa kannn!!..
Meriahhh!!! :D


Yaaaaaa!!.. Ini dari M'Dik ku sayanggg!!..
 
Alhamdulillah.. Mewah rezeki M'Dik.. Amin. Makan-makan dan gathering tak dapat dilaksanakan.. ialah hari bekerja kannn.. lagipun mokcik belum ada kelapangan.. bila dah tertunda ni.. faham-faham ajelah hik3.. takde kot heheh..

Hor Fun

Sedikit kecepesss atau maksud asalnya lari plan sebenarnya.. Mokcik siapkan bahan-bahan untuk goreng saja hor fun ni meski tak banyak beza dengan menghasilkan hor fun ala-ala 'Ipoh Hor Fun' heheh.. dek kerana Adam buat kesian dengan gunakan ayat power "I thought you want to make soup Hor Fun' dan beredar.. e'elehhh macam mokcik tak faham.. makanya.. mokcik ubahlah serta merta dan asal boleh yo kui3.. jadinya taugeh dan fish cake perlu disimpan saja.. alaaa usah pertikai.. mokcik memang ringkas begini :)

Bahan-bahan: Hor fun, kucai, lobak merah, bebola ikan, udang, air, susu segar, bawang hijau/India, garam dan minyak untuk menumis.

Cara-cara: Tumis bawang hijau/India. Masukan air (tak perlu banyak kerana akan dicampur dengan susu segar) hingga didih, diikuti kucai, lobak merah, bebola ikan dan udang. Kemudian tambahkan garam. Akhir sekali masukan susu segar dan hor fun. Sedia dihidang.

Hor Fun tanpa susu segar


Hor fun dengan susu segar