Thursday, July 29, 2010

Sahabat Blogger

~gambar profile the secret medicine~

Kali terakhir pada Mei tahun ini blog yang aku ikuti the secret medicines tak ada new post.. Tertanya-tanya juga hati ini kenapa eik?!!.. Masih bermasalah dengan 'Jalur Lebar Tanpa Wayar' nya ker saudara tu.. Blog ini la antara yang menyedarkan aku banyak perkara. Aku suggest korang layari blog ni dari awal. Memang blog ni mempengaruhi aku tukar banyak benda di dapur he3.. Yang baik kita ikut bagus kan.. Bila aku derhakakan (words CMG) yakni gunakan semula keperluan dapur seperti asal... nahhhhhh!! Kadar timbang berat badan 'naik' tak agak-agak waaaaaa... dah satu keje lagi pulak nak abiskan stok yang sediada sebelum ikut semula dan turunkan berat badan huk3.. Ni namanya 'sendiri cari pasal' hik3.. Eksperimen kunun..
Apa-apa pun aku doakan sahabat blog ini berada dalam keadaan sihat dan boleh terus meng'post' yang dapat kita kongsikan sama-sama, Amin.

Penjagaan Tumit Kaki

~gambar dari google~


1) Rendam kaki dengan air suam
2) Guna 'batu pumis' untuk melicinkan kulit kasar
3) Keringkan kaki dengan tuala bersih
4) Sapu krim rawatan intensif tumit rekah seluruh kaki kecuali antara jari-jari kaki
5) Setelah krim sudah meresap pakai stoking sebelum tidur

Aku dapat cara-cara ni dari sebuah majalah tapi lupa majalah apa dan keluaran bila. Tapi aku tak pakai krim yang dimaksudkan dalam majalah tu kerana aku ni pun bukan rajin sangat nak menggilap kaki sendiri he3.. Aku tukar dengan toner yang dikhaskan untuk membersih muka ha3.. Kalau dah memang malas cam aku ni gini la kui3.. Kekadang bila ada kelapangan dan rezeki lebih aku gi saloon je modal RM30.00 untuk cuci kaki.. Lagi senang, tinggal duduk je he3..

Harusss bertatarias..

- gambar dari kazee hair studio -
Sudah masuk bulan ke 4 tak repair rambut he3.. Pergi ke Hair Saloon pun utk cuci dan treatment saja.. Awal bulan Ogos ni rasanya kena jugalah dekorasi sikit rambut nih. Fesyen?!! Ermmm.. taklah.. repair biasa saja.. Aku selalunya akan ke kazee hair studio
Aku suka ke sini sebab selalu perkhidmatannya memuaskan hati aku.. Orang lain tak taulah kan.. Boss saloon ni sangat muda, Kelvin namanya. Dia punya kesungguhan memang mengagumkan aku. Yelah.. kalau tengok umur dan saiz dia cam tak sepadan dengan kejayaan di saloon dia.. Macam aku selalu cakap "tak sepadan badan".. Bagus kalau lebih ramai anak-anak muda macam dia..
Baru-baru ni dia ke Melbourne, Australia menghadiri Revlon Professional Artistic Members Training di Ozdare Academy. Haaaaaa... tu diaaa.. Bagus kan Kelvin ni. Assistant dia pun tak menyentapkan jiwa.. Aku suka juga pada Yuriko.. Cantik dan bijak..
Sebenarnya dia tak tau pun aku tulis ala ala promote dia kat blog aku ni.. Kalau dia ada hati nak buka blog aku ni pun, lom tentu dia faham apa yang aku dok 'up' dia he3.. Aku pasti ke sana..