Monday, October 31, 2011

Bunga Kucai dengan Kupang

Juga menu makan tengahari hari minggu semalam. Kupang pemberian adik saya Mummy.. Sangat-sangat segar.. Mummy beri yang segar dan Abah tolong rebus untuk saya hik3.. Maaflah.. Saya tak pernah mengendalikan kupang.. Lepas ni bolehlah saya cuba heheh..
Saya gandingkan kupang dengan bunga kucai.. Biasanya saya masak bunga kucai ni dengan udang.. Kali ni ubah selera.. Saya masak awal kerana anak saya Adam mau bermain badminton lepas Zohor. Kalau kekenyangan macam mana nak main kan..
Gambar bunga kucai sebelum dimasak seperti di bawah ini dari blog Sis-Lin..



Bahan-bahan: Kupang (yang telah direbus), bunga kucai, bawang kuning/Holland, bawang putih*, halia*, cili padi*, air panas, garam dan minyak masak.

:: Bahan bertanda * ditumbuk.
:: Bunga kucai dibahagikan kepada 2 iaitu dari pangkal hingga ke tengah (separuh) dan sebahagian lagi dari tengah hingga ke hujung.

Uuuiii berasap-asap..!! Tirrrgudaaaa takkk..!! :D 

Cara-cara:  Rendamkan bahagian yang dari pangkal hingga ke tengah dengan air panas dan tepikan. Bahagian ini saya rendam dahulu kerana ia lebih keras dan lama sedikit dimasak untuk melembutkannya. Jadi ia juga cara saya mengelakan bahan-bahan lain dimasak terlebih lama. Tumis bahan yang ditumbuk, diikuti bawang kuning/Holland. Kemudian masukan bahagian bunga kucai yang direndam dan kacau. Masukan pula baki setengah bahagian bunga kucai tadi bersama kupang. Ketika ini kupang akan mengeluarkan airnya sendiri dan tambahkan garam. Kacau dan sedia dihidang.



*pssttt! Maknanya sehari ini saja sudah empat biji cili padi melengkapi menu kami heheh ;-)

Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun

Tu diaaa.. Serabut nampaknya gambar yang diambil terus dari kuali :D


Assalamualaikum. Semoga semua sihat sejahtera.. Sengaja mahu tayang hasil tangan tersangat sederhana.. Minggu lalu sangatlah sibuk dengan kerja.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan bertambah rezeki saya, Amin. Sarapan pagi minggu semalam bihun goreng.
Al-kisah nak berkongsi cerita.. Saya sebenarnya nak masak Nasi Goreng Kampung kerana malamnya masak nasi lebih sikit konon nak buatlah pagi minggu semalam. Tanpa tengok dulu periuk nasi, saya siapkanlah bahan, apakan daya baki nasi yang tinggal terlalu sedikit.. makanya berubahlah menu tapi kekallah bahan yang sedia ada..
Saya ni dah tak cukup memberi tumpuan ker..?, tanya sendiri.. Sampai perkara yang perlu di buat dulu diabai dan sibuk tumpu perkara kemudian..?
Saya ni beginilah.. Kalau sesuatu yang kecil begini saya tersedar, saya akan cepat bertanya sendiri dan mencari punca.. Kemudian sematkan dalam hati dan ingatan agar tak berulang.. Lecehkan saya ni heheh.. Ini perkara kecil, tapi besar pada diri saya..




Bahan-bahan:
Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun
Sawi
Carrot
Taugeh
Cili padi*
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Ikan Bilis*
Garam
Minyak Masak
Air

:: Bahan bertanda * ditumbuk bersama

Cara-cara: Celurkan bihun hingga lembut, tos dan asingkan. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukan bihun diikuti sawi, carrot dan taugeh. Masukan garam dan kacau hingga sebati dan sedia dihidang.


Baru mau ngap..! Anak saya Adam mau saya sediakan dua biji telur goreng hancur.. Alasannya kerana bihun goreng saya tiada seafood.. Sebenarnya saya sengaja tak masukan bahan-bahan lain selain sayur kerana  untuk menu makan tengahari saya sudah rancang nak masak kupang :)



*pssttt! Jangan pertikai kenapa bihun saya tak menampakan adanya cili padi meski dalam senarai bahan-bahan tertera 'cili padi' ya.. Kerana saya hanya letak 2 biji hik3.. Jadi taulah kannn! Nasi Goreng Kampung saya kalau jadi pun tak semengah pedasnya kui3.. lalalalalalalala