Salam.
Pada 28 September 2010 bersamaan 19 Syawal 1431H jam 9.30 malam, ibu Oeya iaitu 'Norrani binti Koming' telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih kepada Azna Rizan binti Mohamad atas inisiatif beliau memaklumkan kepada sahabat melalui Facebook wall.
Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara yang menelefon, SMS dan hadir.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Terima kasih kepada Guru-guru dan pelajar di Sek. Agama Taman Johor Jaya atas kiriman Al-Fatihah beramai-ramai.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger atas ucapan dan doa.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger atas ucapan dan doa.
Terima kasih semua yang mengirimkan ucapan takziah dan Al-Fatihah melalui Facebook, SMS dan menelefon Oeya.. Oeya mohon keikhlasan dari semua.
Oeya mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat melayani setiap puluhan panggilan.Tak dapat juga Oeya membalas setiap ratusan SMS. Juga bagi ucapan, kiriman dan doa sahabat-sahabat di comment Facebook. Bukan niat dari hati Oeya tetapi situasi Oeya tidak mengizinkan Oeya memenuhi keperluan kalian. Maaf sangat-sangat.
Semoga 'ganjaran terbaik' mengiringi kalian dari ALLAH swt di dunia dan akhirat.
Semoga roh ibu Allahyarhamah 'Norrani binti Koming' dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin.
Al-Fatihah.