Wednesday, March 23, 2011

Mihun senanggg..

Meh layan mata dengan resepi mihun senanggg.. aku ni beginilah.. yang senang ni pon kadangkala kandas kui3.. bila Adam request yang simple.. aku pasti tersenyummm heheh.. senanggg maaa.. kali ni betol-betol dia request yang simple.. itu ari dia punye simple.. 'nasi + siakap steam + kucai goreng'.. besau mata aku.. tapi aku buat gak laaa.. terkezuttt jerk dengar dia punyer 'simple' heheh..


Bahan-bahan
Mihun
Kucai
Carrot
Goji (rendam)
Telur
Bawang hijau / Bawang India
Bawang putih
Serbuk lada sulah
Minyak untuk tumis
Garam

Cara-cara
Tumis bawang hijau dengan bawang putih hingga kekuningan. Masuk telur diikuti kucai dan carrot. Kemudian mihun dan goji. Tambahkan serbuk lada sulah dan garam. Sedia dihidang.

Ayat untuk aku pagi ni..

Salam. Dipagi Rabu yang cerah.. Perasaan tidak gundah.. Semangat harus tidak lemah.. Senyuman mengiringi doa untuk diri sendiri.. Membahagiakan diri sendiri sudah pasti..
Seperti lazimnya aku ini kan.. Memotivasi diri.. Kerana gerak geri sentiasa diperhati.. Agar tidak timbul persoalan dari seorang anak bertuah yang sangat sensitif.. Aku elakan soalan darinya tidak berjawab..
Tidak mudah menjadi aku.. Tapi untuk aku.. bukan sesuatu yang sukar.. Mahu atau tidak mahu.. semuanya harus dilalui.. Pilihan sangat-sangat penting.. Plan B tidak lagi boleh dilewatkan.. masa tidak berhenti menunggu aku.. itu sangat-sangat pasti..
Moga urusan sepanjang hari ini dipermudahkan.. tanpa kesulitan yang menghalang kelancaran.. Moga hari ini juga lebih baik dari semalam, Amin.