Saturday, October 23, 2010

Apa ada di Gerai Along Tmn Johor Jaya

Mengenali Kak Long dan Abang Long melewati 15 tahun.. Gerai dan masakan Kak Long sudah lama dikenali.. Mereka juga memberi khidmat penghantaran.. Jarak jauh penghantaran makanannya kenalah tanya mereka sendiri hehe..
Mereka ni la yang diberi tanggungjawab oleh aku untuk menyediakan makanan tengahari  pada setiap hari persekolahan masuk tahun ketiga anak ku Adam..  Tak perasan masa cepat berlalu..
Sedikit sedutan untuk yang belum pernah kesini.. Aku tak dapat nak capture kesemua menu.. Maaf laaa banyakkk..
Untuk makluman.. Aku telah dapat keizinan Kak Long dan Abang Long untuk berbuat begini.. Sila ke Gerai Makanan Along andai jengah ke Johor ye.. Mari jengah apa ada di Gerai Along..





All foto belongs to ohoeya858.blogspot.com and Gerai Makanan Along

Berikut senarai makanan di gerai ini.. Andai ada yang tertinggal maaf ye Kak Long dan Abang Long hehehe..

NASI
NASI AYAM
NASI AYAM SAMBAL
NASI AYAM LADA HITAM
NASI AYAM PENYET
NASI AYAM MENANGIS
NASI DAGING MENANGIS
NASI SOTONG MENANGIS
NASI UDANG MENANGIS
NASI GORENG KAMPUNG
NASI GORENG CINA
NASI GORENG KICAP
NASI GORENG AYAM KUNYIT
NASI GORENG MADU TIGA
NASI GORENG PAPRIK
NASI GORENG PATAYA
NASI GORENG HONG KONG
NASI GORENG HAILAM
NASI GORENG CENDAWAN
NASI GORENG DAGING MERAH
NASI GORENG AYAM MERAH
NASI GORENG LADNA
NASI GORENG KERABU DAGING
NASI GORENG KERABU AYAM
NASI GORENG KERABU SOTONG
NASI GORENG AYAM SAMBAL
NASI GORENG KERANG
NASI GORENG PETAI
NASI GORENG IKAN MASIN
NASI GORENG NANAS
NASI GORENG PARU
NASI GORENG USA
NASI GORENG KETAM
SOTO NASI
BAKSO
SOTONG GORENG TEPUNG

LAIN-LAIN
SAYUR CENDAWAN
SAYUR CHAP CHAI
SAMBAL PETAI

BUBUR
BUBUR NASI
BUBUR AYAM
BUBUR DAGING
BUBUR TELUR
BUBUR SAYUR
 
MEE / MIHUN / KUEY TEOW
SOTO
GORENG
GORENG MAMAK
GORENG BASAH
GORENG KERANG
BANDUNG
HAILAM
HONG KONG
LADNA

TELUR
MATA
DADAR
BISTIK
BUNGKUS

TOMYAM
NASI PUTIH
CAMPUR / AYAM / DAGING / SOTONG / UDANG
MEE / MIHUN / KUEY TEOW

SUP
AYAM / CENDAWAN / AYAM /SAYUR
MEE / MIHUN / KUEY TEOW

ROJAK
BUAH
TAUHU
PETIS

AIS
ABC
KOKO
AIS BLENDED

Memperkenalkan gerai ini tidak memberi pulangan atau sebarang bentuk ganjaran kepada Oeya.. Sekadar berkongsi dengan semua..

"Jemput datang"

Udang

Makan malam yang bakal tidak mengizinkan aku untuk menurunkan berat badan hehe.. Layan udang.. Masak pun ikut gerak hati.. Tapiiiiii.. menggoda hasilnya he3.. Sesekali 'perasaan' kui3.. Jom layannnnnnn..

Bahan-bahan
Udang
Tomato
Capsicum Hijau / Lada Bengala
Capsicum Merah / Lada Bengala
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Sos cili
Garam
Olive butter
Minyak untuk goreng udang
Air

Cara-cara
Goreng udang (kaedah deep fried).. Asing dan toskan. Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter. Kemudian masukan sos cili. Tambah sikit air. Kemudian masukan bawang besar dan capsicum. Kacau dan masukan tomato. Kemudian masukan udang dan garam secukupnya. Sebati udang dengan bahan lain, hidang dan sedia dinikmati.

Enoki mushroom

Selamat tengahari.. Isteri-isteri solehah.. Anak-anak gadis.. Anak-anak bujang.. Barangkali juga suami-suami.. semua sedang bersilat didapur ye tak..
Aku masih di pejabat.. Sibuk tidak.. Macam bekerja pon tidak.. Boleh dikatakan sekadar menghadirkan diri di pejabat.. untuk tidak dikategori 'unpaid leave' hehe..
Ya enoki mushroom.. Ni antara cendawan kegemaran juga.. Adam lagi la suker.. Mari kenali cendawan ni dan cara masaknya.. 
Resepi yang mudah.. yang sempoi hanya dari blog Oeya kui3.. Mari kita...

Foto Google

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Cendawan enoki dengan udang masak bening / tumis air.. Senang kan hehehe.. Yang penting rasa enoki terpelihara.. Pilihan perkataan kekadang 'over' heheh.. Pilihannya selalu masak ni la sebab nak layan kenyal enoki tu.. Udang buat menambah rasa je tu.. Kalau tak letak takpe..

Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Udang
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis
Air

Cara-cara
Alaaaaaa.. macam tak biase jerk.. Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan air. Masukan udang. Masukan enoki. Kemudian garam secukup rasa. Aku masak dalam 5-7 minit jerk hehe.. Takmau terlalu lama masak kerana takmau udang keras dan enoki terlalu masak.. Ilang rasa kenyal.. jadi benyekkk he3.. Tak shukerrr..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini enoki juge.. Cara masak lain sikit heheh.. Iye laaa.. Kita buat dia kannn.. Meh layan..


Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Lobak merah
Capsicum Hijau / Lada Bengala
Capsicum Merah / Lada Bengala
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis

Cara-cara
Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan lobak merah. Kemudian semua capsicum. Enoki masuk last sekali. Tak perlu terlalu lama tumis. Sebabnya sama seperti yang tersebut di atas..

"Sangat mudah untuk dicuba"

Apa nak buat.. Eh!! Sekarang Tidak Lagi..

Perasaan aku sedikit kecewa ketika membaca kenyataan demi kenyataan yang dibuat Rooney ni dalam minggu ni.. Apa pon hanya Rooney yang tau dia fikir dan nak buat untuk masa depan dia ermmmmmm..



Ehhh!! Sekarang tidak lagiii.. Rooney dah beri kenyataan pasti lagi rasmi heheh..

All foto by Harian Metro

Macam tu laaaaaa..

Teh Sabah

Selamat pagi.. Moga sihat semua.. Moga hati diuliti bahagia.. Dah minum?!.. Mudahnya entri pagi ni aku mulakan dengan antara teh kegemaran aku.. Bukan maknanya aku tak boleh memilih jenama lain atau tak mahu minum minuman teh dari jenama lain.. Aku ada sebab tersendiri kenapa memilih Teh Sabah ini.. Aku seorang pengguna.. Maka aku suka menggunakan hak aku hehe..
Memilih Teh Sabah ni setelah membaca disini. Menghasilkan minuman ini juga aku memilih untuk diberi kemanisan dari gula ini juga setelah membaca disini. Tahniah kepada beliau atas penulisannya..



Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Sekarang takyah susah-susah nak gi Sabah untuk menikmati Teh Sabah ni hehe.. Dah terbang sampai sini dan dimana jua anda berada..

"Jemput minum"