Assalamualaikum.. Dihari Jumaat yang mulia semoga semua sihat sejahtera.. Saya sedikit terkejut dengan kenyataan "Takde kad, takyah gi".. Ni mengenai kad jemputan atau undangan..
Oh! Gitu pulak?!.. Mesti jemput pakai kad.. Baru kira dijemput eikkk.. Pulakkk!.. ermmm.. Janganlah macam tu.. Ada kelapangan.. Kesihatan mengizinkan.. Pergilah.. Penuhilah undangan tu.. Apalah nak berkira sangat.. Orang ada hati dan ingat nak jemput kita.. Jemput mulut, telefon atau wakil tak kesahlah kannn.. Besar hati dia kalau kita tunaikan undangan mereka.. Penting sangat ker kad tu..
Dua minggu lalu.. Kawan beritahu saya dia lupa sampaikan kad jemputan perkahwinan seorang lagi rakan, sedangkan dia menelefon saya jam 11.30 pagi pada hari majlis berlangsung, alhamdulillah.. jam 3 petang saya sampai ke majlis tersebut.. Mujurlah dekat.. Saya tak cerewetlah dalam hal ni.. Sekarang lagi senang dapat undangan melalui Facebook saja, InsyaAllah saya penuhi..
Pada saya.. yang mana boleh kita lebih kurang.. lebih kuranglah ye.. Macamana kalau orang tau perangai kita macam ni dan langsung tak jemput kita.. uuuiiihhh macam hidup tak berkawan..
Rasa diingati bila diundang.. Dikelilingi ramai kenalan dan kawan buat saya bahagia :)
*pssttt! Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam..