Abah, adik-adik dan adik ipar makan malam di teratak saya 25 hb Oktober lalu.. Bukan selalu kami dapat bersama begini.. Iyelah kan, masing-masing bekerja dan ada rutin perbadi sendiri.. Rumah saya yang biasanya senyap sunyi, meriah malam tersebut..
Hidangan ketupat, sayur lodeh, rendang daging lembu, ayam masak merah, sambal tumis dengan telur, sambal goreng kicap dan kek pisang. Sungguh bukan saya yang masak semuanya.. hihi.. saya order dengan Kak Yah iaitu seorang yang sentiasa bersedia menerima order saya. Kecuali sambal goreng kicap, adik saya Sabarina yang kami panggil Mummy sediakan.. Saya? Buat air panas.. hihihihihi..
Sambal goreng kicap ni kegemaran anak saya Adam. Saya tak pernah cuba resepi ni. Resepi ni dari Arwah Mak. Kalau anak saya atau family nak makan ni, cari Mummy :)
Kanan sekali, adik saya Nanang @ Eddy..
Kanan sekali, adik saya Mummy yang memangku Amirul..
Dari kiri: Yana (isteri Boy) dan Ila (isteri Nanang), adik ipar saya.. Dok sedap menyuap tu adik bongsu saya Mak Dik..
Adik saya Boy @ Joe.. balik kerja terus ke rumah saya.. Boy makan malam dekat jam 1:00 pagi.. erkkk! Boy sekeluarga, Mummy dan MDik tidur di rumah saya.. Bestlah!
Mama dia makan.. Atok kena tolong jaga..
Abang Adam pulak yang nampak comel Danish.. hihi.. Danish lom pandai posing laaaaaa.. :D
Bijakkkkkkkkkk!
Kepenatan dak bijak ni..