Friday, July 29, 2011

Panduan khatam al-Quran di bulan Ramadan

Saya pasti ramai mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan al-Quran. RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran. Kita digalakkan khatam al-Quran sebanyak mungkin sepanjang Ramadan ini. Di sini saya selitkan sedikit panduan bagaimana cara supaya kita mampu khatam al-Quran pada Ramadan yang saya rujuk di sini.

Saya mengetahuinya juga melalui bacaan di tulisan Ustazah Dr Masitah beberapa tahun lalu yang saya tidak dapat ingat bacaan melalui saluran apa. Kemudian saya berusaha dengan panduan tersebut. Saya hanya dapat mengikut panduan tersebut pada hari cuti saja kerana pada hari bekerja saya hanya berpeluang melakukannya selepas Isya'. Kiraan bilangan muka dibaca juga berbeza kerana saya perlu mengira 'cuti' bulanan saya. Dengan izin ALLAH dan kesungguhan kita, insya'ALLAH.

Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.

SMS

SMS Oh Oeya dengan Cik Azna sejurus selesai perlawanan malam tadi..

Oh Oeya:   "Meski kecewa dengan keputusan Harimau Malaya sebentar tadi.. Kebanggaan
                    tertinggi atas kesungguhan skuad Harimau Malaya.. huk! huk!

Cik Azna:   "Tulah drama minggu ini terlalu banyak hehe, wever player 22 tetap dihati... :)

Oh Oeya:   "Degupan jantung tak keruan seawal pagi hanya kerana game malam ni dengan\
                    harapan menepati ramalan.. huh! gilosss!!

Cik Azna:   Tulah sama.. nak menang.. nak menang.. haha.. but at last.. huk! huk!"

Google

Di hati Cik Azna..



Kebanggaan kami dan negara seluruhnya..