Monday, June 27, 2011

Black Garlic

Bawang putih hitam atau black garlic.. Pertama kali mendengar dan mengetahuinya dari Abah dan Wak Leman.. Wak Leman adalah bapa saudara mokcik yang merupakan Abang kepada Abah mokcik.. Mendengarnya biasa saja seperti mokcik berhadapan dengan pengamal 'direct selling' atau 'MLM' atau agen produk tertentu yang biasanya akan 'membaguskan' khasiat sesuatu produk by air lioq pastinya ermmm.. Mokcik tak fokus pada 'perniagaan' yang dijalankan..
Yang mengundang perhatian mokcik ialah khasiat bawang putih hitam tersebut.. Mokcik ni kategori penggemar bawang putih.. Jadi bila dimaklumkan ada 'bawang putih yang hitam'.. mokcik google untuk mencari kepastian setiap persoalan yang menerjah fikiran sendiri..
Andai kalian berhajat mengetahuinya lebih lanjut layari  Black Garlic ni.. atau Wikipedia.. Untuk makluman.. mokcik bukan pengedar tegar bawang tersebut.. pemunya blog ini pun tak suruh mokcik promote bawang dia.. dan lagi mokcik tak dapat apa-apa bayaran pun untuk melakukan post mengenai bawang ni.. Tiada tuduhan atau salah faham hendaknya ye..


Black Garlic blog




Google

Mokcik sudah mulai suka.. Mokcik makan terus pun tekak ini boleh terima heheh.. Mokcik ni 'antoo bawang putih' jadi senang nak layannn hik3.. Semalam untuk sarapan mokcik buat Nasi Goreng dan guna bawang putih hitam ni tanpa bawang lain.. Macam takde beza rasanya.. Rasanya macam bawang putih biasa juga.. bezanya cuma warna dan harga.. tapi.. tak murah laaa.. sehingga bila poket mokcik boleh bertahan dengan harganya tak tau laa kui3..

Abah


 Jumaat lalu balik kampung untuk Abah dan 'Bawang Putih Hitam'.. Bawang mokcik cerita kemudian yerk..
Mokcik rasa lapang hati, gembira dan bersyukur tengok Abah.. Abah sudah kembali 'seperti dulu' dari perubahan setelah kembalinya Mak ke rahmatullah.. Abah sudah kurang menyendiri.. Abah sudah kembali berbual sambil 'loyar buruk' hi3.. Abah juga sudah kembali sibuk dengan 'program' bersama kawan-kawannya.. Rancangan meraikan Abah untuk sambutan Hari Bapa juga perlu ditangguhkan kerana program Abah full.. 
Bila Abah maklumkan "Abah nak pergi ngeteh..".. menambah kelegaan mokcik berkenaan emosi Abah.. Sukar mokcik nak terangkan bagaimana.. yang pasti mokcik lega sangat.. Alhamdulillah.

*psssttt! 'Ngeteh' perkataan sinonim bagi minum teh heheh..