Wednesday, June 29, 2011

Genius Extra Mind & Soul

Mokcik dihulurkan keratan ini semalam..


Fokus mokcik pada keratan tersebut pada bahagian ni..

  
Mokcik bulatkan merah tu sebab ayat tersebut mengundang perhatian mokcik sungguh heheh.. 


 
Choooppp!!! Jangan fikir mokcik tolong promosi ok.. Sorry lima lori..

Macam-macam ada..

Meh jengah blog ni

Carrot Curly Noodle

Berorganic kita ye kali ni heheh.. mokcik sediakan semangkuk Sup Carrot Curly Noodle untuk hidangan berbuka disamping Agar-agar roti.. Meh jengah image Carrot Curly Noodle yang belum dimasak.. dalamnya diasing kepada empat keping.. panggil keping kerr hik3.. bolehlahhh..


Bahan-bahan: Carrot Curly Noodle (sekeping), cendawan, lobak merah, daun sup, air, bawang hijau/India, bawang putih, garam dan minyak masak untuk menumis.

Cara-cara: Tumis bawang hijau/India dengan bawang putih hingga kekuningan. Masukan air dan didihkan. Kemudian masukan noodle, cendawan dan lobak merah. Akhir sekali masukan daun sup dan garam. Sedia dihidang.






Terlebih minyak masak la pulakkk kui3.. Ketara ketidakcukupan skill bersilat di dapur heheh.. Sib baik sendiri maken hik3.. Sup bening pun tak lepas mokcik ni weiii.. erkkk!!

"Neng zhe duo lao"

Psssttt!! Boss.. "Neng zhe duo lao" kemudian senyum dan beredar..

Sebaris ayat dari anak tunggal mokcik Muhammad Adam Lutfi kepada Boss mokcik, ketika dia memerhati Boss yang sedang beri tumpuan membaca 'manual'.. Diikuti senyuman Boss yang melirik pada mokcik..

Bila mokcik tanya apa dia cakap.. Boss panggil mokcik google translate sendiri setelah dia tuliskan "Neng zhe duo lao" .. huh!..

Yes!! dapat.. "Able person should do more work" or "Able men are always busy".. tu diaaa.. 

Jujurnya kekadang mokcik tak pasti dari mana Adam dapat sebaris ayat atau perkataan yang ringkas dengan maksud yang cukup jelas.. Bacaan buku.. Info internet.. boleh jadi..

Sebagai ibu.. mokcik sedaya upaya tidak memperkecilkan seorang anak yang hanya berunur 10 tahun.. walaupun kadang-kadang terasa yang mokcik kurang membaca dan pengetahuan heheh..

Nasi Goreng


Harapnya tak boring laa sesiapa yang menjengah blog mokcik ni.. kalau boring maaflah.. mokcik tak berdaya lebih dari ini.. ye laa.. mokcik ni ringkas.. iyelahhh separa bujang.. kreativiti pun limit.. jadinya yang ringkas macam menu ni saja laa yang boleh didapati dari blog mokcik heheh.. ni skrip beli kesian ehhh!! hik3..


Bahan-bahan: Nasi (ecobrown rice), cendawan, kacang buncis, lobak merah, udang, bawang hijau/India, bawang putih, garam dan minyak masak untuk menumis.

Cara-cara: Tumis bawang hingga kekuningan. Masukan udang diikuti sayur dan kacau. Kemudian masukan nasi diikuti garam secukupnya.

Agar-agar roti

Mokcik dapatkan rujukan resepi Agar-agar Roti ni dari blog Kak Ummi dan dinyatakan dalam post tersebut, beliau dapatkan resepi ini dari blog Hana.. Mereka berdua ni tidak perlu dipertikai skill memasaknya.. Menelan air lioq kala mokcik jengah blog mereka.. Resepi-resepi mereka juga boleh didapati di majalah popular tanahair seperti Jelita.. Seperti juga blog milik C'Mat Gebu..
Resepi asal rujuk di sini ye.. Meh jengah hasil kerjatangan mokcik yang ala-ala resepi asal heheh.. Jamu mata pon ok ye dakkk..


Mokcik guna susu segar juga.. Oleh kerana tiada dalam simpanan apa-apa stok Syrup.. mokcik tuangkan susu cair aje.. Manisss Agar-agar Roti ni.. 


Mudah menghasilkannya.. enak menikmatinya apatah lagi mokcik nikmati ketika berbuka.. Cuaca pun boleh tahan panas.. jadinya cukup melegakan.. Kalian cubalah ye..