Monday, November 22, 2010

Bertemu sahabat blogger..

Memenuhi undangan niat aku waktu ini.. bertemu.. bersapa.. yang dikenali.. memilih untuk bersama sahabat-sahabat lama.. dan bersama dengan 'seorang ini'.. perbualan berterusan hingga selesai menikmati hidangan.. kenyataan demi kenyataan yang dituturkannya membuatkan aku 'catch' sesuatu.. dan terlintas tiba-tiba aku ini waktu itu.. adakah beliau ini dihadapan aku ini dari Kertih, Terengganu?.. adakah  beliau seorang blogger?.. panggilannya mirip blogger yang aku kenali.. aku tak mahu tunggu lagi.. soalan yang berlegar-legar difikiran aku luahkan pada beliau.. nahhhhhh... jawapan yang pasti.. pertemuan yang tidak dirancang.. tidak datang difikiran akan bertemu sahabat blogger.. beliau yang aku maksudkan pemunya blog aeinisugar.blogspot.com


Jumpa lagi Aeini..

Kenal takkk kami?!!

Memenuhi undangan adek Sha pada 21 November lalu.. Sha ni kreatif.. 'sentuhan' solekan dan andaman beliau.. wahhh semakin maju.. sukar ditafsirkan.. tapi aku faham kerjaya beliau cukup meletihkan.. hampir selesai majlis ketika aku sampai.. syukur juga dapat memenuhi undangan orang.. masih diingati akak ni ye dek.. terima kasih buat adek Sha atas jemputan.. dapat juge bertemu.. bersembang.. bercerita.. dan macam-macam 'ber' lagi lah kitaorang ni.. besttt!!.. kalau tak datang sure tak jumpa diaorang.. dapat juge abadikan kenangan..


Ada antara mereka yang anda kenal?! Adik beradik ker.. isteri ker.. suami ker.. saudara mara ker.. kawan sekolah lama ker.. jiran ker.. walau siapa pun mereka pada anda.. mereka adalah sahabat-sahabat lama Oeya.. semuanya sudah tidak lagi tinggal di kampung halaman..

Jumpa lagi semua!

Maman & Ana.. bertunang..

Ke Air Tawar 1, 21 November lalu.. Sepupu aku ni bertunang.. hubungan diaorang yang dijalin dari alam persekolahan membawa kepada rasminya pertunangan mereka hari ini.. pada usia mereka 24 dan 25 tahun.. lama kannn!.. hujan rahmat mengiringi rombongan kami ke Lock Heng..

 








Semoga ikatan pertunangan kalian berkekalan hingga kejinjang pelamin, Amin.