Official Wordless Wednesday --> Wordless Wednesday Malaysia
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, November 1, 2011
SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011
Kenapa nak join??
Sebab saya suka blog ni..
Sebab saya suka blog ni..
Sebab saya suka blog ni..
Jom join :)
Mi Sanggul Tanpa Goreng
Kaedah memasak sepaling ringkas.. Saya selesa dan anak selera.. Ini yang penting.. Minggu ini awal sikit sampai di rumah sebab Sek Agama ada peperiksaan Akhir Tahun.. Jadi minggu ni lebih sedikit jaga emosinya.. Kebetulan kesibukan saya tidak seperti minggu lalu.. Kalau tidak saya bimbang tak larat menemankan anak.. Semalam masak yang ringkas juga mengikut pilihan anak saya Adam..
Bahan-bahan: Mi sanggul, sawi, carrot, udang, bawang putih, minyak bijan, air, garam dan minyak masak.
Cara-cara: Celur mi hingga lembut, tos dan asingkan. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan udang diikuti sawi dan carrot, kacau. Kemudian masukan mi dan kacau hingga rata. Tambahkan sedikit air agar mi tidak terlalu kering. Akhir sekali masukan garam secukupnya dan sedikit minyak bijan. Sedia dihidang.
Resepi ni sangat tidak sesuai dihidang ketika mertua datang hihihihihihihi ;-)
Al-kisah Tak Faham
"Lu pakai apa kereta?"
"Oh! Wa punya pasat"
"Wa tau apa kereta lu pakai memang lu punya pasat. Wa mau tau saja ma lu pakai apa kereta.."
"Aiyo! Wa punya pasat ma.."
Tak puas hati dengan geram di hati.
"Macamlah wa nak sangat kereta lu sampai wa tak boleh tau huh!"
"Lu apa hal? Wa punya pasat! Pasat la! Aiyo!"
"Oh! Wa punya pasat"
"Wa tau apa kereta lu pakai memang lu punya pasat. Wa mau tau saja ma lu pakai apa kereta.."
"Aiyo! Wa punya pasat ma.."
Tak puas hati dengan geram di hati.
"Macamlah wa nak sangat kereta lu sampai wa tak boleh tau huh!"
"Lu apa hal? Wa punya pasat! Pasat la! Aiyo!"
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Oh! Passat!!
Bubur Jagung dengan Sago/Sagu
'Gembira rasa di hati.. Bila kau datang kepada ku..' Eh! Eh! menyanyi bagai.. hik.. hik.. hik.. Ni lah kannn.. Buat julung-julung kalinya saya berjaya menghasilkan Bubur Jagung dengan Sago/Sagu ni.. lalalalalalalalalalalalalalalalalala..
Pernah terjadi kejadian tak diingini u, bila buat tapi tak jadi macam ni.. Lama juga ya saya memendam rasa untuk mencuba kali kedua hihihi.. Saya buat Ahad lalu.. Kalian boleh rujuk resepi dari blogger masakan tersohor Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home untuk resepi asli..
Pernah terjadi kejadian tak diingini u, bila buat tapi tak jadi macam ni.. Lama juga ya saya memendam rasa untuk mencuba kali kedua hihihi.. Saya buat Ahad lalu.. Kalian boleh rujuk resepi dari blogger masakan tersohor Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home untuk resepi asli..
Bahan-bahan: Frozen jagung manis, sagu, susu cair, gula, garam dan air.
Cara-cara: Rebuskan jagung hingga lembut. Tambahkan gula. Kemudian masukan susu cair diikuti sagu yang telah dicuci dan ditos. Tambahkan sedikit garam dan masak hingga sagu berubah jernih.
Manisssssssssssssssssss!!!
Monday, October 31, 2011
Bunga Kucai dengan Kupang
Juga menu makan tengahari hari minggu semalam. Kupang pemberian adik saya Mummy.. Sangat-sangat segar.. Mummy beri yang segar dan Abah tolong rebus untuk saya hik3.. Maaflah.. Saya tak pernah mengendalikan kupang.. Lepas ni bolehlah saya cuba heheh..
Saya gandingkan kupang dengan bunga kucai.. Biasanya saya masak bunga kucai ni dengan udang.. Kali ni ubah selera.. Saya masak awal kerana anak saya Adam mau bermain badminton lepas Zohor. Kalau kekenyangan macam mana nak main kan..
Gambar bunga kucai sebelum dimasak seperti di bawah ini dari blog Sis-Lin..
Bahan-bahan: Kupang (yang telah direbus), bunga kucai, bawang kuning/Holland, bawang putih*, halia*, cili padi*, air panas, garam dan minyak masak.
:: Bahan bertanda * ditumbuk.
:: Bunga kucai dibahagikan kepada 2 iaitu dari pangkal hingga ke tengah (separuh) dan sebahagian lagi dari tengah hingga ke hujung.
Uuuiii berasap-asap..!! Tirrrgudaaaa takkk..!! :D
Cara-cara: Rendamkan bahagian yang dari pangkal hingga ke tengah dengan air panas dan tepikan. Bahagian ini saya rendam dahulu kerana ia lebih keras dan lama sedikit dimasak untuk melembutkannya. Jadi ia juga cara saya mengelakan bahan-bahan lain dimasak terlebih lama. Tumis bahan yang ditumbuk, diikuti bawang kuning/Holland. Kemudian masukan bahagian bunga kucai yang direndam dan kacau. Masukan pula baki setengah bahagian bunga kucai tadi bersama kupang. Ketika ini kupang akan mengeluarkan airnya sendiri dan tambahkan garam. Kacau dan sedia dihidang.
*pssttt! Maknanya sehari ini saja sudah empat biji cili padi melengkapi menu kami heheh ;-)
Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun
Tu diaaa.. Serabut nampaknya gambar yang diambil terus dari kuali :D
Assalamualaikum. Semoga semua sihat sejahtera.. Sengaja mahu tayang hasil tangan tersangat sederhana.. Minggu lalu sangatlah sibuk dengan kerja.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan bertambah rezeki saya, Amin. Sarapan pagi minggu semalam bihun goreng.
Al-kisah nak berkongsi cerita.. Saya sebenarnya nak masak Nasi Goreng Kampung kerana malamnya masak nasi lebih sikit konon nak buatlah pagi minggu semalam. Tanpa tengok dulu periuk nasi, saya siapkanlah bahan, apakan daya baki nasi yang tinggal terlalu sedikit.. makanya berubahlah menu tapi kekallah bahan yang sedia ada..
Saya ni dah tak cukup memberi tumpuan ker..?, tanya sendiri.. Sampai perkara yang perlu di buat dulu diabai dan sibuk tumpu perkara kemudian..?
Saya ni beginilah.. Kalau sesuatu yang kecil begini saya tersedar, saya akan cepat bertanya sendiri dan mencari punca.. Kemudian sematkan dalam hati dan ingatan agar tak berulang.. Lecehkan saya ni heheh.. Ini perkara kecil, tapi besar pada diri saya..
Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun
Sawi
Carrot
Taugeh
Cili padi*
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Ikan Bilis*
Garam
Minyak Masak
Air
:: Bahan bertanda * ditumbuk bersama
Cara-cara: Celurkan bihun hingga lembut, tos dan asingkan. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukan bihun diikuti sawi, carrot dan taugeh. Masukan garam dan kacau hingga sebati dan sedia dihidang.
Baru mau ngap..! Anak saya Adam mau saya sediakan dua biji telur goreng hancur.. Alasannya kerana bihun goreng saya tiada seafood.. Sebenarnya saya sengaja tak masukan bahan-bahan lain selain sayur kerana untuk menu makan tengahari saya sudah rancang nak masak kupang :)
*pssttt! Jangan pertikai kenapa bihun saya tak menampakan adanya cili padi meski dalam senarai bahan-bahan tertera 'cili padi' ya.. Kerana saya hanya letak 2 biji hik3.. Jadi taulah kannn! Nasi Goreng Kampung saya kalau jadi pun tak semengah pedasnya kui3.. lalalalalalalala
Sunday, October 23, 2011
Kek Batik
Layan kek batik dari saya. Saya rujuk dari dapur Kak Ummi ~ Home Sweet Home.. Saya copy paste seluruhnya dari Kak Ummi untuk rujukan kalian yang ingin mencuba ya..
KEK MARIE BATIK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan-bahan:
- 600 gm biskut marie - patah 4
- 250 gm mentega
- 4 biji telor gred A - pukul sikit
- 3/4 tin kecil susu pekat manis (boleh juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
- 1/3 cawan serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
- 1/3 cawan air
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
- Griskan loyang 9 x 9 x 3 inci dengan mentega rata-rata, ketepikan.
- Campurkan kesemua bahan kecuali biskut ke dalam kuali.
- Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
- Kemudian tuangkan/cedukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan rata dengan sudip atau penekan kek lapis.
- Masukkan dalam fridge lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru lembut dipotong. SELAMAT MENCUBA...
Usah banding ya hasil skill Kak Ummi dengan saya hihi.. Tentunya 'jauh panggang dari api'.. Tapi kan.. Manyak sedap wo! Mau jari yang biasa tak diendah, dijilat penuh nikmat lalalalalalala.. :-)
Friday, October 21, 2011
Jemput-jemput Ikan Bilis
Assalamualaikum. Selamat pagi.. Salam sejahtera.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Jamu mata dengan jemput-jemput saya ini.. Jemput-jemput macam ini pun nak tayang..?. Maaflah kalau post saya ini menimbulkan jelak.
Untuk jemput-jemput kali ini saya guna tepung gandum, ikan bilis, daun bawang, daun sup, bawang kuning/Holland, garam, air dan minyak untuk menggoreng.
Tuesday, October 18, 2011
Cinta Hati Terbaru... Encik Ahmad! Encik Ahmad!
Bila hati sudah suka.. Saya cari juga sampai jumpa.. Dulu masa mengidam, tidak pula begini mengada-ngada.. hihi.. Saya ini beginilahlah lakunya. Mengetahui teh ini kala sering mengunjungi blog indah Kak Jun empunya blog Cupcakekasih.. Kalau ada agreement, Kak Jun pasti sudah dapat percent.. Iklankan berbayar hihi..
Kemudian ingin benar mengenali teh yang menjadi teman pagi empunya blog tersebut. Bagusnya sekarang ini kita boleh mencari apa yang dihajati dengan mengoogle saja.. Saya temui Ahmad Teas.
Terdapat banyak pilihan.. Antara yang saya boleh nampak tersusun di rak selain Lemon & Lime ialah Manggo, Strawberry dan Green Tea..
Saya cari yang sama dengan pilihan Kak Jun 'English Breakfast Tea', tapi tiada.. Tak mengapalah.. Saya cuba Lemon & Lime ini dahulu.. Kalian pun boleh cuba ya dan saya beli di Jusco Aeon Tebrau Johor Bahru..
![]() |
| Dari web Ahmad Teas |
*pssttt! Sari... Kak Zuwaidah.. Oh Oeya sudah ketemu Cinta Hati Terbaru.. huhuuuuu :)
Monday, October 17, 2011
Nasi Goreng Daging
Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Semoga kita semua sihat sejahtera dan bahagia.. Nak share juga Nasi Goreng Daging pagi minggu semalam di sini.. Boleh juga jadi idea untuk sarapan esok pagi kalian heheh.. Anak saya Adam sedikit kais-kais pagi sebab tak gemarkan daging lembu tersebut.. Alahai anak Mama yang pandai..
Bahan-bahan: Nasi, daging (rebus dahulu dengan halia, bawang putih dan garam), kucai, carrot, bawang kuning/Holland, bawang putih, lada sulah, garam dan minyak untuk menumis.
Cara-cara: Tumis bawang hingga kekuningan. Kemudian masukan daging (bersama sedikit air rebusan) dan kacau. Masukan nasi diikuti kucai dan carrot bersama lada sulah, kacau sebati dan tambahkan garam.
Semudah A B C nak buat nasi goreng.. Cuma adakalanya Encik Malas kuat sungguh pengaruhnya pada badan dan minda :D
Sunday, October 16, 2011
Daging masak halia
Saya jarang sangat masak daging lembu.. Anak saya Adam memang rasa terpaksa betul kalau saya suruh makan daging lembu.. Kalau ayam tak pernah menolak.. Tak payah pelawa pun dia ngappp!.. Puas juga saya pujuk Adam rasa masakan saya ni.. Tapi kalau dah dia tak suka, penat saya pujuk entertain sikit je dia..
Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris kecil dan nipis)
Halia*
Bawang kuning/Holland
Bawang putih*
Lada hitam* (Saya guna serbuk)
Daun bawang
Kicap soya pekat
Sos cili
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis
*dibahagi dua iaitu sebahagian ditumbuk dan bakinya dihiris kecuali lada hitam.
Cara-cara: Perap daging dengan bahan yang ditumbuk iaitu halia, bawang putih dan lada hitam (Saya perap 1 jam). Panaskan minyak dan goreng daging (hingga lembut/empuk). Tambah sedikir air dan masak hingga sedikit kering dan pekat. Kemudian masukan halia, bawang besar, bawang putih, lada hitam (optional, kalau rasa dah mencukupi tak perlu tambah), kicap soya pekat, sos cili, garam dan gula. Kacau sebati. Akhir sekali masukan daun bawang.
Peria dan Kucai
Assalamualaikum.. Selamat berhari minggu.. Semoga semua sihat sejahtera dan bahagia.. Meh tengok apa yang saya masak untuk makan malam semalam..
Baki sebiji lagi peria saya jodohkan dengan telur.. Saya tak berapa suka dicampurkan dengan telur sebenarnya.. Memandangkan tarikh 'guna sebelum' yang tertera pada bekas telur sudah hampir, saya ikhtiarkanlah juga untuk tidak membazir.. Ingatan Adam saya tak lupa.. "Jangan membazir Mama.. sahabat syaitan".. Pandai anak Mama..
Bahan-bahan: Peria, telur, bawang kuning/Holland, bawang putih, garam, minyak untuk menumis.
Cara-cara: Tumis bawang hingga kekuningan. Masukan telur. Kemudian masukan peria dan kacau. Tambahkan garam secukupnya.
Oleh kerana anak saya Adam belum boleh terima rasa peria, saya masakan kucai untuknya. Ringkas saja saya ini kan hihi..
Bahan-bahan: Kucai, lobak merah, fish cake, bawang kuning/Holland, bawang putih, garam, minyak untuk menumis.
Cara-cara: Goreng fish cake, tos dan asingkan. Tumis bawang hingga kekuningan. Masukan kucai dan carrot, kacau. Masukan fish cake dan tambahkan garam.
Subscribe to:
Posts (Atom)




