Sunday, October 16, 2011

Peria dan Kucai

Assalamualaikum.. Selamat berhari minggu.. Semoga semua sihat sejahtera dan bahagia.. Meh tengok apa yang saya masak untuk makan malam semalam..


Baki sebiji lagi peria saya jodohkan dengan telur.. Saya tak berapa suka dicampurkan dengan telur sebenarnya.. Memandangkan tarikh 'guna sebelum' yang tertera pada bekas telur sudah hampir, saya ikhtiarkanlah juga untuk tidak membazir.. Ingatan Adam saya tak lupa.. "Jangan membazir Mama.. sahabat syaitan".. Pandai anak Mama..

Bahan-bahan: Peria, telur, bawang kuning/Holland, bawang putih, garam, minyak untuk menumis.

Cara-cara: Tumis bawang hingga kekuningan. Masukan telur. Kemudian masukan peria dan kacau. Tambahkan garam secukupnya.


Oleh kerana anak saya Adam belum boleh terima rasa peria, saya masakan kucai untuknya. Ringkas saja saya ini kan hihi..


Bahan-bahan: Kucai, lobak merah, fish cake, bawang kuning/Holland, bawang putih, garam, minyak untuk menumis.

Cara-cara: Goreng fish cake, tos dan asingkan. Tumis bawang hingga kekuningan. Masukan kucai dan carrot, kacau. Masukan fish cake dan tambahkan garam.

No comments:

Post a Comment