Tu diaaa.. Serabut nampaknya gambar yang diambil terus dari kuali :D
Assalamualaikum. Semoga semua sihat sejahtera.. Sengaja mahu tayang hasil tangan tersangat sederhana.. Minggu lalu sangatlah sibuk dengan kerja.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan bertambah rezeki saya, Amin. Sarapan pagi minggu semalam bihun goreng.
Al-kisah nak berkongsi cerita.. Saya sebenarnya nak masak Nasi Goreng Kampung kerana malamnya masak nasi lebih sikit konon nak buatlah pagi minggu semalam. Tanpa tengok dulu periuk nasi, saya siapkanlah bahan, apakan daya baki nasi yang tinggal terlalu sedikit.. makanya berubahlah menu tapi kekallah bahan yang sedia ada..
Saya ni dah tak cukup memberi tumpuan ker..?, tanya sendiri.. Sampai perkara yang perlu di buat dulu diabai dan sibuk tumpu perkara kemudian..?
Saya ni beginilah.. Kalau sesuatu yang kecil begini saya tersedar, saya akan cepat bertanya sendiri dan mencari punca.. Kemudian sematkan dalam hati dan ingatan agar tak berulang.. Lecehkan saya ni heheh.. Ini perkara kecil, tapi besar pada diri saya..
Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun
Sawi
Carrot
Taugeh
Cili padi*
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Ikan Bilis*
Garam
Minyak Masak
Air
:: Bahan bertanda * ditumbuk bersama
Cara-cara: Celurkan bihun hingga lembut, tos dan asingkan. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukan bihun diikuti sawi, carrot dan taugeh. Masukan garam dan kacau hingga sebati dan sedia dihidang.
Baru mau ngap..! Anak saya Adam mau saya sediakan dua biji telur goreng hancur.. Alasannya kerana bihun goreng saya tiada seafood.. Sebenarnya saya sengaja tak masukan bahan-bahan lain selain sayur kerana untuk menu makan tengahari saya sudah rancang nak masak kupang :)
*pssttt! Jangan pertikai kenapa bihun saya tak menampakan adanya cili padi meski dalam senarai bahan-bahan tertera 'cili padi' ya.. Kerana saya hanya letak 2 biji hik3.. Jadi taulah kannn! Nasi Goreng Kampung saya kalau jadi pun tak semengah pedasnya kui3.. lalalalalalalala
No comments:
Post a Comment