Friday, November 12, 2010

Tahniah anak!!

Tahniah untuk semua anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang UPSR semalam.. Mokcik tumpang gembira.. Tahniah juga kepada semua ibubapa yang pastinya pendorong utama kejayaan anak-anak.. Syabas semua.. Semoga kejayaan lebih besar akan terus dikecapi kalian atas setiap usaha dan kesungguhan, Amin.

Tahniah!

Mari ber'sanggul'





Bahan-bahan 
  • Mi sanggul
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Udang
  • Bawang putih
  • Garam
  • Sesame oil
  • Minyak
  • Air
Cara-cara
Celurkan mi sanggul. Angkat dan asingkan. Bilas dengan air sejuk sebelum ditos. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan sayur diikuti udang. Tambahkan sesame oil. Masukan mi dan garam.

Suka sejukkk macam ni?

Bahan-bahan
  • White fungus / cendawan putih (kering)
  • Lotus seeds / biji teratai (basah)
  • Red dates / kurma kering (tanpa biji)
  • Goji
  • Longan kering
  • Yellow Lump sugar / gula batu (kuning)
  • Air
  • Ais

Cara-cara
Rendam semua bahan hingga kembang dan lembut. Rebuskan white fungus, lotus seeds, red dates dan longan kering dalam 30 minit atau hingga lotus seeds lembut. Kemudian masukan goji. Selepas 10 minit dan pasti goji lembut, masukan gula batu mengikut manis yang disukai. Sejukan. Hidang bersama ketulan ais dan sedia dinikmati.

Se'bening' senang nihhh!

'Bening'.. 'Tumis air'.. Lauk yang amat  'sinonim' dengan aku.. ada Oeya" ada bening!.. ahaksss.. tak sukerrr?.. takpe.. mokcik sukerrr bangettt..

Bahan-bahan
  • Kentang
  • Soo hoon
  • Goji
  • Daun sup
  • Bawang hijau / bawang India
  • Bawang putih
  • Garam
  • Minyak untuk tumis
  • Air

Cara-cara
Rendam goji terlebih dahulu. Tumis bawang putih dan kemudian bawang hijau. Tambahkan air secukupnya. Masukan kentang. Setelah empuk masukan goji. Diikuti soo hoon dan daun sup. Sedia dihidang.

    Tempe wowww!

    Jom layan tempe goreng.. Takde name commercial lain la eik tempe nih heheh.. Kalau nak ikutkan.. Dah biasa sangat kita ni kan dengan yang namanya 'tempe' nih.. Tapi bila dah capture.. Di upload pulak dalam blog nih.. Fuhh!!.. Nampak terlampau pulak 'aksinya' kannn.. Wowww!!!


    Takde la dapat aku nak huraikan macamana hasil kejadian tempe ni.. Pssssttttt!! Aku dulu penah jadi anak seorang penjual tempe taw.. haaaaaa jangan tak tau.. Tapi yang di atas ni aku beli je..
    Aku layan tempe ni dengan 'Sambal Kicap' (dalam mangkuk) yang aku import dari rumah Abah wakakaka.. 
    Yang satu lagi tu lain sikit.. Itu 'Sambal Kicap Adam' diberi nama..


    Bahan-bahan 'Sambal Kicap'
    • Bawang putih
    • Cili padi
    • Gula
    • Kicap
    Cara-cara : Tumbuk semua bahan dan akhir sekali tuangkan kicap.


    Bahan-bahan 'Sambal Kicap Adam'
    • Sos cili
    • Kicap soya
    Cara-cara : Campurkan sos cili dengan kicap dan kacau.

    "Mudah untuk dicuba"

    Luahan..

    Sihat hendaknya semua pagi ini.. Senyum di pagi hari.. Minum sebelum memulakan tugasan.. Nikmati santapan pagi yang membantu semangat..
    Jumaat pagi yang nyaman.. Tenang rasanya hari ini.. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam.. Kesibukan tidak mampu menyembunyikan rasa rindu.. Rindu untuk bersama.. Bersama sahabat..
    Panggilan dari sahabat lama petang semalam.. 'Haniza Misran'.. Lebih 15 tahun lamanya tak jumpa.. Aku sayang ko Nis.. Perbualan yang singkat.. Janjitemu bakal dirancang Aidiladha nanti.. Moga dipermudahkan urusan untuk pertemuan kami..
    Malam.. aku bertanya khabar sahabat lama 'Fizwani Sharqawi'.. Kali terakhir bertemu pada 1 Mei lalu.. Beliau sangat sibuk ketika ini.. Sebagai penanda kertas jawapan PMR.. Airmata mengalir jua tika meluah rindu pada Noni.. Aku pendekkan perbualan kami.. Emosi..

    Wednesday, November 10, 2010

    Minggu yang sibuk

    Kesibukan bekerja menghalang aku untuk buat new post.. tapi aku sangat bersyukur.. mewah rezeki hendaknya.. Deepavali lalu cuti 3 hari.. Balik jumpa Abah aja.. takde program menarik.. last day cuti sekadar 'Foot Massage'.. Adam join sekali..
    Sibuk juga memenuhi aktiviti anak aku Adam.. walaupun cuti hujung tahun hampir sudah.. ni kerana latihannya hingga petang untuk 'Musical Theater' yang bakal dipentaskan tak lama lagi.. Lebih satu tugasan jadinya..
    Alhamdulillah.. dapat aku bereskan semuanya tanpa kesulitan.. Setiap pagi aku 'mohon' hari ini akan lebih baik dari semalam..

    Saturday, November 6, 2010

    40 Hari

    Hari ke-40
    Allahyarhamah Norrani Binti Koming

    Al-Fatihah


    Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
    Amin

    Tuesday, November 2, 2010

    Jemput minum..

    Meh layannn Jus Epal lagi.. Masih malas lagi aku ni nak mencapai juicer.. ermmm.. bila nak rajinnn?!!.. esok kottt!! Ok ni antara jus epal yang jadi pilihan.. Dan pastinya pilihan aku yang tertera 'NO PRESERVATIVES' dan 'NO ADDED SUGAR'


    Sarapan camni boleh?!!


    Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

    ecoBrown's Vermicelli


    Foto google
    Goji


    Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
    Fried Vegetarin ecoBrown's Vermicelli


    Bahan-bahan
    • Ecobrown's Vermicelli
    • Sawi
    • Lobak Merah
    • Goji
    • Telur
    • Bawang besar (Hijau) / Bawang India
    • Bawang putih
    • Sesame oil
    • Garam
    • Minyak
    • Air
    • Daun sup (hiasan)

    Cara-cara
    Rendam mihun. Tumis bawang putih.Masukan bawang besar setelah bawang putih kekuningan. Tambahkan sesame oil. Masukan telur. Kemudian masukan lobak merah dan kemudian sawi. Diikuti goji. Kemudian barulah masukan mihun dengan sedikit air dan tambahkan garam secukupnya. Sebelum dinikmati hiaskan dengan daun sup.
    Boleh juga dihiriskan cili padi yang dituangkan kicap cair dan dimakan bersama mihun ini..

      Saturday, October 30, 2010

      Kalau korang nak pilih maner?!!

      Berkenaan BOLA SEPAK le ape lagiii..
      Man United pilihan utama atau Tottenham jadi pilihan pukul 12.30 tengah malam  ni?
      Negeri Sembilan atau Kelantan jadi pilihan?
      Kenapa la gaknye korang pilih pasukan tersebut eik?

      Adeiii..

      Adeiii.. Lewat ari ni msuk ofis.. Customer kena tunggu aku bukak pintu heheh.. Nape lewat?!!.. Lepas antar Adam untuk practice Theater Musical kat sekolah, aku pegi breakfast tapi terlajak dek bace paper tentang Berbatov dengan Piala Malaysia..
      Psssstttt Man United vs Tottenham malam ni hehe.. lagiii.. Negeri Sembilan vs Kelantan pon malam nih hehe..
      Tengah bersilat dengan plan nih.. Pepagi customer antar document untuk double storey shophouse di Taman Puteri Wangsa.. First day ni kena pakai AutoCAD 2011.. adehhh.. harap-harap tak terkedu dengan software baru nih.. Takde halangan hendaknya siapkan keje ari ni, Amin. Meski hati asyik ingat BOLA SEPAK kui3..

      Friday, October 29, 2010

      Terasa Rindu?!.. Meh ubatinya..

      "Siakap Kukus Rindu Terasa" aku beri nama untuk masakan kali ni.. ahaksss.. Masa masak ni tengah rindu sangat dengan kawan-kawan.. rindu nak jumpa gader-gader.. tu jadi namanya begini hik3.. iye la kan.. orang sedang menanggung rindu.. Lagi makin tak jadi laa nak kurangkan berat badan eiii..


      Bahan-bahan
      • Seekor ikan siakap
      • Tomato
      • Capsicum Hijau / Lada Bengala
      • Capsicum Merah / Lada Bengala
      • Bawang besar (Hijau) / Bawang India
      • Bawang putih
      • Kicap soya pekat
      • Jus Lemon
      • Sos cili
      • Garam
      • Olive butter
      • Air

      Cara-cara
      • Kukus ikan. Toskan jus ikan (air yang keluar dari ikan semasa kukus). Jus ikan diasing (jangan dibuang).
      • Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter.
      • Kemudian masukan bawang besar dan tumis lagi.
      • Masukan tomato.
      • Kemudian masukan sos cili dan kicap soya pekat. Tambah sikit air.
      • Akhir sekali masukan capsicum dan kacau.
      • Tuangkan jus ikan dan jus lemon.
      • Tambahkan garam secukup rasa.
      • Kemudian tuangkan kesemua bahan ke atas ikan.
      "Mari dengan hati yang rindu menikmatinya"

        Wednesday, October 27, 2010

        Mari minum teh bunga..

        Selamat pagi.. Bahagia hendaknya jiwa hari ni.. Semangat hendaknya memulakan kerja hari ni.. Dah minum?.. Ok ok berenti menanya yang takde.. Mari berkenalan dengan Teh Bunga Matahari.. Pepagi nampak bunga-bungaan kan sejukkk ati ye tak..

        Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
        Menikmatinya semasa masih hangat.. Sedap juga dinikmati sejuk.. Terpulang ye..

        Jemput minum..

        Wahhh!! C'Mat Gebu lagi! Mari! Mari tengok!

        Hasil tangan CMG di Jelita lagiii.. Keluaran November 2010



        Semua foto dari Majalah Jelita November 2010
        Kali ketiga ni aku post tentang CMG di majalah Jelita .. Tumpang bangga hik3.. Tahniah C'Mat.. Mudah-mudahan bertambah mewah rezeki awak.. Aku kagum dengan kreativiti C'Mat.. Beliau ikhlas berkongsi ilmu.. Tidak lokek bila kawan-kawan bertanyakan sesuatu..

        Tahniah C'Mat Gebu