Friday, November 16, 2012

KueteowKasih

Bahan-bahan: Kueteow, kucai, taugeh, fish cake, sotong, bawang putih, kicap pekat, garam, gula, minyak bijan, minyak masak.

Cara-cara: Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan fish cake diikuti sotong, kucai dan taugeh, kacau. Kemudian garam dan gula. Masukan kueteow dengan kicap pekat, kacau sebati. Kemudian titiskan minyak bijan sebelum tutup api.

Resepi ini mengikut kesukaan saya dan anak sahaja. Ubahan dan tambahan kepada yang ingin mencuba, terpulang kepada kesukaan masing-masing. Padankanlah juga dengan kesukaan seperti sambal tumis ikan bilis, atau sambal kerang, cili jeruk dan sebagainya. Asal sahaja enak menikmatinya :-)

Thursday, November 15, 2012

Instagram ku

Saya diperkenalkan dengan Instagram oleh seorang kenalan. Saya bukanlah seorang yang arif tentang dunia kamera dan photo. Menghadiri kelas khas untuknya juga tidak pernah. Tapi saya suka. Suka ambil gambar. Mengikut kesukaan saya.

Beberapa orang mulai memperkatakan tentang Instagram milik saya. Tentang gambar-gambar yang saya upload. Setakat hari ini, saya upload gambar-gambar yang saya ambil daripada kamera dan handphone saya.

Terdapat gambar yang saya terus upload (tanpa editing) atau setelah editing mengikut kesukaan saya. Hasilnya begitulah yang dapat dilihat pada Instagram tersebut.

Kebanyakan gambar pemandangan adalah disekitar Taman Mount Austin, Taman Desa Tebrau dan Taman Johor Jaya di Johor Bahru. Selainnya tempat-tempat yang saya kunjungi. Itu sahaja. Pemandangan indah dan alam semulajadi akan segera menarik minat dan tumpuan saya.

Kebelakangan ini, saya kurang gunakan kamera Canon dan lebih menggunakan kamera di handphone Samsung sahaja. Saya tidak pernah memiliki kamera Nikon canggih berharga beribu-ribu meski ingin sekali memilikinya.

Akaun Instagram saya

Gambar-gambar tersebut adalah kesukaan saya. Saya hanya kongsikannya di Instagram tersebut. :-)

Peace..

Nasi goreng daging

Nasi goreng daging

Bahan-bahan: Nasi, daging lembu*, bawang holand, bawang putih, minyak masak dan garam. 
*Rebus daging lembu dengan halia dan sedikit garam hingga empuk dan hiris. 

Cara-cara: Tumis bawang putih hingga kekuningan diikuti bawang holand. Masukan daging dan kacau. Kemudian masukan nasi dan tambahkan garam secukupnya, kacau sebati.

Telur masak hancur
Bahan-bahan: Telur, bawang holand, serbuk lada sulah, garam dan minyak masak.

Cara-cara: Satukan dan kacau semua bahan. Goreng.

Padanan telur masak hancur permintaan anakku, Adam. Idea nasi goreng mudah dan sedia dihidang :-)

1 Muharram 1434H

 Salam Maal Hijrah
1 Muharram 1434 Hijrah

Monday, April 16, 2012

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua.. Semoga sedang diulit kebahagiaan kita semua.. Pagi Isnin yang cerah tempat saya ini.. Semalam saya buat julung kalinya mencuba Oreo Cheese Cake (Resepi II) dari Kak Ummi Kuantan empunya blog Home Sweet Home.
Lama saya peram resepi ni.. Bukan resepi ini saja, banyak resepi sebenarnya saya peram.. hihi.. Sebagai percubaan pertama, saya hanya buat separuh dari bahan-bahan di bawah (tulisan berwarna merah) kerana bimbang tak menjadi.. Setelah mencuba, beginilah hasilnya.. Alhamdulillah. Untuk melihat hasil yang lebih baik, kalian rujuklah blog Home Sweet Home ya..
Saya kongsi di sini resepi berserta cara membuatnya yang saya copy paste sepenuhnya dari blog beliau di sini..


OREO CHEESECAKE - RESEPI II
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)

" Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan"

Sangat sedap :-))

Friday, April 13, 2012

Karipap kentang K.E.J.A.Y.A.A.N.

Kenapa ya?.. Kenapa namaya Karipap inti kentang K.E.J.A.Y.A.A.N. ? Saya bangga dengan diri saya yang cekal.. Meski sebelum ini dua kali gagal.. Saya nak juga buat  dan rasa sendiri karipap hasil tangan saya.. Saya ulang 'ia tidak seberapa pada orang lain, tapi besar bagi saya'.. Ini cubaan kali ketiga saya menghasilkan karipap.. Alhamdulillah menjadi.. Saya juga kagum dengan kesabaran anak saya Adam memberi semangat.. Terima kasih sayang :-)



Seluruhnya saya copy paste dari Rasa online

KARIPAP UBI KENTANG

BAHAN KULIT KARIPAP:
240gm tepung gandum
2 sudu makan mentega | dicairkan
Air secukupnya

BAHAN INTI:
4 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan rempah kari
Daun kari secukupnya
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kulit karipap, satukan bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli sehingga sebati. Adun doh mengikut saiz yang dikehendaki. Ketepikan.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serbuk kari sehingga
naik bau.
3. Kemudian masukkan air dan ubi kentang. Perasakan dan biarkan ubi kentang menjadi
empuk.
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
5. Setelah itu, ambil inti secukupnya dan letakkan di tengah doh tadi. Lipat dua dan
kelimkan karipap dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
6. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng karipap sehingga berwarna kuning
keemasan. Angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dimakan.



Sarapan

Pilihan sarapan saya pagi tadi..


Ringkas, sedap dan kenyang..


Teh C, garlic bread dan roti margerin kaya

Thursday, April 5, 2012

Mi Goreng Bayam

:: Yang senang-senang saja.. Yang penting kita bahagia..  ::


Bahan-bahannya: Mi kuning, bayam, lobak merah, bebola ikan, telur, bawang putih, garam, minyak masak, minyak bijan dan sedikit air.

Cara-caranya: Cuci mi, tos dan asingkan. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukan telur. Tuangkan sedikit air dan kacau. Kemudian masukan mi diikuti bebola ikan, lobak merah dan bayam. Tambahkan garam dan minyak bijan. Kacau hingga masak dan sedia dihidang.


:: 3S Senang Segera Sedap ::

Wednesday, March 28, 2012

Saturday, March 24, 2012

Salun

Salun rambut pilihan saya dan anak yang selesa..


Kali ini Jie Jie Michele dipertanggungjawabkan memenuhi kehendak Adam..


Disebelahnya Ke Ke Ah Wai.. Hanya dua orang ini menjadi pilihan saya dan Adam..


Kami rela keluar semula dari salun dari menerima service orang lain hihi.. Art Coiffure..

Friday, March 23, 2012

Karipap Roti Inti Kentang


Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Semoga semua sihat sejahtera dan bahagia..
Cubaan pertama saya hasil google :-)


Bahan kulit: Roti dan telur

Bahan Inti: Kentang (potong dadu), serbuk kari, bawang besar, bawang putih, garam, gula, minyak masak dan air.

Caranya
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukan serbuk kari dan tumis lagi. Masukan kentang diikuti air dan tambahkan garam dan gula. Kacau sebati hingga air kering dan kentang empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Ambil sekeping roti dan letakan di pencetak karipap. Kemudian masukan inti yang telah sejuk. (Sama kaedah membuat karipap biasa).
Celupkan karipap roti ke dalam telur dan goreng. Saya tak letak garam pada telur kerana diletakan inti pada roti tersebut.

Hahaha..!! Ain dan Huda

Huda :     "Mak ada tinggalkan 'kain' untuk Alang."

Ain :        "Kain?!.. Kain apa?!."

Huda :     "Kain untuk dilipat."

Ain :        "Hahaha..! Ingatkan kain apa tadi.. Ingatkan kain pasang    
                 kerr.. hahaha..!"

Hahaha!! Hahaha!! Hahaha!! Huda.. Huda.. Spontan betul kamu :D

Monday, March 19, 2012

Tauhu Bakar

Nampak sedappp kannn..!! Kecurrr..!!


Dengan harga RM5.00.. Taugeh aje..
Tanpa kangkung celur dan timun..

Pilihan MDik dan hasilnya dia tak gemar :D
Rezeki kali ni MDik.. Bersyukurlah..



lalalalalalalalalalalalalalalalalalalala..




Thursday, March 8, 2012

Kacang Buncis Tumis Udang

Cerita makan sajalah kita.. Ada beberapa menu harian saya yang belum diketengahkan di sini.. Saya bukan arif memasak ya.. Yang saya post sekadar memadai selera saya dan anak.. Saya tidak sama sekali pernah memaksa sesiapa menyukainya.. Tapi tidak juga menghalang sesiapa mencuba masakan ringkas dan sedap begini hihi..

Tiba-tiba je interframe..

Bahan-bahannya: Kacang buncis, lobak merah, tomato, udang, bawang putih, garam dan minyak masak. 

Cara-caranya: Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukan tomato dan tumis hingga tomato hancur menjadi sos/cair. Kemudian masukan udang dan kacau sebentar. Diikuti kacang buncis dan lobak merah. Masukan garam dan kacau hingga masak yang diingini dan sedia dihidang.

Masakan yang nampak berwarna warni begini mengundang selera anak saya.. Bahagia rasa hati bila masakan kita anak suka kan.. :)

Spontaneous Thursday #12

"Tutuplah macam mana pun.. Mata tu tetap gak sepet"



Official web --->Spontaneous Thursday

Wednesday, March 7, 2012

Sup ikan merah

 
Bahan-bahannya: Ikan merah, daun sup, lada sulah*, halia*, bawang besar/Holland*, bawang putih*, garam, minyak masak dan air. (*ditumbuk)

Cara-caranya: Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian tuangkan air dan kacau. Bila air dah mendidih, masukan ikan merah dan tambahkan garam. Masak sebentar. Masukan daun sup ketika menghidang.



Untuk anda, ini bukan resepi dan kaedah terbaik masak sup ikan merah hihi..

Mi sup bayam


Bahan-bahannya: Mi kuning, bayam, lobak merah, bebola ikan, isi ketam, tauhu pok, bawang besar/Holland, bawang putih, garam, minyak masak dan air.

Cara-caranya: Celur mi dengan air didih, tos dan asingkan. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan diikuti bawang besar. Tuangkan air dan kacau hingga mendidih. Kemudian masukan tauhu pok, bebola ikan, isi ketam, lobak merah dan akhir sekali bayam. Kacau dan tambahkan garam. Masak sebentar dan sedia dihidang bersama mi tadi.


Mi sup segera siap dan sedap :)

Tuesday, March 6, 2012

Karipap Rapuh Inti Keledek

Wahhh!! Terkecur!! Ter!! Ter!! hihi.. Sejak dilahirkan tahun 1976 hinggalah 3 hb Mac 2012, Sabtu lalu, saya buat julung kalinya menghasilkan Karipap Rapuh Inti Keledek, nama macam tak agak-agak kan.. heheh.. Saya tak ubah sedikit pun nama tersebut kerana saya ikut sepenuhnya seperti resepi yang didapati dari dapur blogger masakan terkemuka, Masam Manis.. Sangat molek hasil karipap Kak Ita di blognya, itulah kononnya saya ni nak mencuba dari yang tersohor hihi..

Aduhai nak dikesahkan.. Saya menguji diri sebenarnya.. Kebetulan juga ada kelapangan kerana anak saya Adam tiada Kelas Fardhu Ain petang tersebut.

Saya buat inti dulu Jumaat malam sebelumnya.. Sungguh-sungguh ni.. Baunya sedap betul.. Imejnya pun nampaklah macam inti hihi.. Nampak menjadi.. Cewah! Perasan!.. Kita sorang je yang tau hihi..

Keledek baru dimasukan

 

Inti keledek siap

Hari menguli tepung pula.. Untuk doh atau kulit karipap.. Lebih bersemangat ni hihi.. Seterusnya bermulalah kaedah menghasilkan doh ya tuan-tuan dan puan-puan.. Disukat.. Ditimbang.. Dikacau.. Diuli.. Nah.. Permukaan doh dah nampak licin.. Nampak menjadi juga nih.. Arererere!.. Senggih sendiri.. Tiada yang mengetahui lalalalalala.. kata hati..

Sekarang mencanai pula.. Canai-canai.. Melekat!.. Canai-canai lagi.. Tepungnya tak bersatu.. Canai-canai lagi.. Tak mau juga.. Teringat Arwah Mak dulu ada tabur sikit tepung waktu mencanai, untuk apa saya tak ambil peduli waktu itu ermmm.. Akak pun buatlah dek walaupun Kak Ita tak pula tulis hihi.. Eh! Ok juga ni.. Teruskan mencanai.. Dapat 5 keping yang sendiri agak-agak boleh sumbat inti.. Teraplah dengan cetak karipap.. Nak menangis tepung tu akak kerjakan hihi.. 

Dah ada 'rupa' macam karipap, sepantasnya saya goreng (yang 5 keping tu je).. Oleh kerana saya tak tahu tahap 'minyak betul-betul panas dan api tidak terlalu besar', saya pandai-pandai sendiri.. Ikut suhu 180'C (Ini pun teringat goreng Dindings Tempura Chicken Nuggets) hihi.. Hasil kesabaran dan ketekunan saya, nah...


Hancur berderai ketika dibalik-balikan.. Hanya ini yang masih berbentuk.. Yang boleh di angkat.. Bila dimakan.. Aduhhh! Tak nyaman.. Memang berlaku kesilapan menghasilkannya.. Imejnya begitulah.. Tak semenggah.. Saya tak teruskan mencanai.. Rasa inti tak enak setelah semalaman dan potongan dadu yang sebesar-besar saiz dadu Ketua Penyamun hihi.. Saya guna sudu yang terbesar sekali di dapur comel saya kerana lupa sendiri ada sudu sukatan.. Jadi lebihlah margerin.. Sukat minyak pun begitu juga.. Dengan adik saya, Mummy dan kawan-kawan lain saya cerita, tanya dan segala-galanyalah..

 
Tengok betapa molek hasil Kak Ita.. Sangat mengecurkan.. Persembahan dah tentulah kan..

Saya akan buat lagi.. Hingga menjadi Karipap Rapuh Inti Keledak sebenar. Usah putus asa.. Teruskan usaha.. Pasti kejayaan bersama kita :)))

Saturday, March 3, 2012

Insiden Bukkk!! Bukkk!!.. Dushhh!!!

Pagi ni seperti pagi-pagi biasa, saya memandu untuk ke tempat sarapan kegemaran.. Saya peminum Teh C tegar hihi.. Susuk juga sudah segebu roti haha.. Saya sihat dan sangat happy walaupun pasti BMI sudah tidak normal lagi huhuuu..
Nak cerita kesah dua orang lelaki.. Kenderaan perlahan kerana lampu trafik bertukar merah.. Depan saya sebuah kereta kelisa yang dipandu seorang lelaki.. Kami di laluan kedua (tengah-tengah).. Dalam keadaaan majoriti kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba kereta Kelisa tersebut mahu menukar arah ke laluan kiri kami.. Eh?!!.. Sabo je la?!!.. Bayangkan.. Cari pasal kan!.. Dalam masa yang sama, sebuah motorsikal juga ditunggang seorang lelaki, lalu disebelahnya.. Dan.. Hah!!.. Tangan si penunggang terhimpit.. Dikibas-kibas tangannya.. Sakit! Tangannya sakit!.. Hampir saja penunggang tersebut terjatuh.. Ape lagi.. Kereta Kelisa kembali ke laluan asal dan konon takde masalah la kan.. Oh! Tidak.. Sangat salah pemikiranmu itu hai pemandu.. Penunggang yang nampak cool berhenti,  ditongkat motosikalnya betul-betul sebelah pemandu.. Cermin kereta Kelisa yang comel diketuk.. Si pemandu akur, cermin kereta diturunkan.. Sangat bekerjasama pemandu ini kata hati ku hihi.. Dan.. Bukkk!! Sekali.. Bukkk!! Kali kedua..  Dushhh!!! Tumbukan padu terakhir si pemandu terima.. Dan.. Penunggang tersebut dengan coolnya juga.. beredar.. Pemandu?!!.. 
Errrrkkkkkk!!! Fuhhh!! Gilerrr sungguh sarapan mata saya pagi ini.. Menikmati sarapan pagi dengan Teh C dan roti gandum penuh dengan margerin dan kaya, sambil imaginasi menerawang berulang-ulang insiden ini.. Berhati-hati memandu semua.. Fikirkan jugalah pengguna jalanraya yang lain ya :)))

Thursday, March 1, 2012

Pertemuan




Terlewat saya berkongsi di sini.. Pertemuan dengan dua orang blogger dikenali.. Meski singkat, saya pulang dengan senyum lebar yang memanjang.. Kedua mereka telah meluah rasa sebelum saya..

Ayu pemilik blog Citarasa Rinduan lebih dahulu bercerita tentang pertemuan kami ini di Kita cerita tentang mini gathering dulu.. Ayu ni comel sangat pada saya.. Ingin lagi bertemu dengan Ayu.. Terima kasih juga kerana sudi menjemput saya Ayu :)

Saya dan Sari Yusa merancang datang bersama.. Sari juga telah berkongsi di blog beliau Terima kasih CR. Lerailah rindu saya pada Sari.. Baru kini hamba mendapat.. Cerita gluppp!!.. Surprise yang saya rancang untuknya Januari lalu tidak menjadi hihi.. Bahagia sungguh saya pada hari tersebut :)

Hubungan dari perkenalan begini antara yang membuatkan saya bahagia.. Tiada dalam pasaran.. Tidak dapat dibeli.. Saya mau belaga-laga pipi dengan kalian berdua lagi.. Muah kanan! Muah kiri! Happy!!!

Spontaneous Thursday #11

 "Hishhh!!! Meraba-raba!!"


Official web --->Spontaneous Thursday

Friday, February 17, 2012

Pemula hari

Tentunya sarapan yang membawa emosi nyaman sebelum memulakan tugas..


Teh C, roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya serta yam cake..


Mulakan segala perkara dengan بسم الله الرحمن الرحم

Thursday, February 16, 2012

Pagi tadi

Sarapan pagi saya hari ini.. Boleh juga untuk menu minum petang..


Teh C, roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya serta chee cheong fun..


Makan chee cheong fun yang ditaburi bijan dengan sweetened soy sauce.. 
Saya tak gemar tuang sos di atasnya kemudian gaul sebelum makan.. Manisss..
Saya makan kaedah cicah saja.. Sekadar saya kongsikan di sini :-)

Friday, February 10, 2012

Solat Jumaat

Pergilah bersiap untuk Solat Jumaat wahai kaum Adam..

Pagi yang bahagia

Sarapan pagi saya yang membahagiakan..


Teh C, roti kosong stim dan roti gandum penuh bakar dengan marjerin dan kaya..

Tuesday, January 31, 2012

Milikku kini..

 
Akhirnya..
 
Abang baru??!!!.. eh!.. Oven baru Sari.. hihi

Monday, January 30, 2012

Semangat! Semangat!

Assalamualaikum. Selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera dan bahagia. Hari pertama bekerja setelah bercuti seminggu.
Hendaknya semangat kerja bersungguh-sungguh. Segar bugar. Tidak dipengaruhi hati dan diri dari malas dek rehat yang panjang. Tersusun sudah kerja-kerja yang patut diuruskan kerana waktu sedang bercuti juga panggilan saya jawab untuk tidak terlepas job hihi.. Rezeki..
Doanya hari pertama sekolah untuk anak-anak juga semangat. Kembali dengan tanggungjawab, tumpuan dan kesungguhan yang tinggi. Semoga dipermudahkan menerima ilmu di sekolah serta cemerlang dalam pelajaran anak-anak kita semua, Amin.

Thursday, January 19, 2012

Spontaneous Thursday #10

"Usia bukanlah bilangan waktu, tetapi bilangan kesedaran"

~ As-Syahid Syed Qutb ~

Official web ---> Spontananeous Thursday 

Tuesday, January 17, 2012

Makan apa hari ini..

Macam ni boleh?


Atau yang ini?


Ni ker?


Atau?


Oh! Semua pun sedap kannn..