Saya diperkenalkan dengan Instagram oleh seorang kenalan. Saya bukanlah seorang yang arif tentang dunia kamera dan photo. Menghadiri kelas khas untuknya juga tidak pernah. Tapi saya suka. Suka ambil gambar. Mengikut kesukaan saya.
Beberapa orang mulai memperkatakan tentang Instagram milik saya. Tentang gambar-gambar yang saya upload. Setakat hari ini, saya upload gambar-gambar yang saya ambil daripada kamera dan handphone saya.
Terdapat gambar yang saya terus upload (tanpa editing) atau setelah editing mengikut kesukaan saya. Hasilnya begitulah yang dapat dilihat pada Instagram tersebut.
Kebanyakan gambar pemandangan adalah disekitar Taman Mount Austin, Taman Desa Tebrau dan Taman Johor Jaya di Johor Bahru. Selainnya tempat-tempat yang saya kunjungi. Itu sahaja. Pemandangan indah dan alam semulajadi akan segera menarik minat dan tumpuan saya.
Kebelakangan ini, saya kurang gunakan kamera Canon dan lebih menggunakan kamera di handphone Samsung sahaja. Saya tidak pernah memiliki kamera Nikon canggih berharga beribu-ribu meski ingin sekali memilikinya.
peace no war!
ReplyDeleteSeri Kandi Tanah Jauhar ~ Yes!! :)
ReplyDeleteCantik.. Nur takde lagi akaun Instagram.
ReplyDeleteNur-nba ~ Terima kasih.. Oeya pun setelah kenalan perkenalkan.. Boleh cuba buka akaun ya Nur :)
ReplyDelete