Friday, April 13, 2012

Karipap kentang K.E.J.A.Y.A.A.N.

Kenapa ya?.. Kenapa namaya Karipap inti kentang K.E.J.A.Y.A.A.N. ? Saya bangga dengan diri saya yang cekal.. Meski sebelum ini dua kali gagal.. Saya nak juga buat  dan rasa sendiri karipap hasil tangan saya.. Saya ulang 'ia tidak seberapa pada orang lain, tapi besar bagi saya'.. Ini cubaan kali ketiga saya menghasilkan karipap.. Alhamdulillah menjadi.. Saya juga kagum dengan kesabaran anak saya Adam memberi semangat.. Terima kasih sayang :-)



Seluruhnya saya copy paste dari Rasa online

KARIPAP UBI KENTANG

BAHAN KULIT KARIPAP:
240gm tepung gandum
2 sudu makan mentega | dicairkan
Air secukupnya

BAHAN INTI:
4 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan rempah kari
Daun kari secukupnya
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kulit karipap, satukan bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli sehingga sebati. Adun doh mengikut saiz yang dikehendaki. Ketepikan.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serbuk kari sehingga
naik bau.
3. Kemudian masukkan air dan ubi kentang. Perasakan dan biarkan ubi kentang menjadi
empuk.
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
5. Setelah itu, ambil inti secukupnya dan letakkan di tengah doh tadi. Lipat dua dan
kelimkan karipap dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
6. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng karipap sehingga berwarna kuning
keemasan. Angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dimakan.



8 comments:

  1. adoiiiiiiiii... saya sudah kecurrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga kejayaan.

    Tahniah akhirnya berjaya! :-)

    ReplyDelete
  3. Sari Yusa Ibrahim ~ Betul ni?! Betul saya dah buat awak kecurrrr?! Aduhhh.. besarnya hati saya.. hik3 :D

    ReplyDelete
  4. Mrs Lurve ~ hoyeahh! hoyeahhh!! ngeee ;-)

    ReplyDelete
  5. logorithm ~ Ya betul. Terima kasih u :-)

    ReplyDelete
  6. Wow....suka mkn karipap....thanks for the receipe....

    ReplyDelete
  7. Davnes ~ Hi.. Thank you for drop by my blog :-)
    I pun suka juga.. Most welcome.. Try ya :-)
    (I just copy paste from Rasa Online)

    ReplyDelete