Thursday, July 29, 2010

Sahabat Blogger

~gambar profile the secret medicine~

Kali terakhir pada Mei tahun ini blog yang aku ikuti the secret medicines tak ada new post.. Tertanya-tanya juga hati ini kenapa eik?!!.. Masih bermasalah dengan 'Jalur Lebar Tanpa Wayar' nya ker saudara tu.. Blog ini la antara yang menyedarkan aku banyak perkara. Aku suggest korang layari blog ni dari awal. Memang blog ni mempengaruhi aku tukar banyak benda di dapur he3.. Yang baik kita ikut bagus kan.. Bila aku derhakakan (words CMG) yakni gunakan semula keperluan dapur seperti asal... nahhhhhh!! Kadar timbang berat badan 'naik' tak agak-agak waaaaaa... dah satu keje lagi pulak nak abiskan stok yang sediada sebelum ikut semula dan turunkan berat badan huk3.. Ni namanya 'sendiri cari pasal' hik3.. Eksperimen kunun..
Apa-apa pun aku doakan sahabat blog ini berada dalam keadaan sihat dan boleh terus meng'post' yang dapat kita kongsikan sama-sama, Amin.

Penjagaan Tumit Kaki

~gambar dari google~


1) Rendam kaki dengan air suam
2) Guna 'batu pumis' untuk melicinkan kulit kasar
3) Keringkan kaki dengan tuala bersih
4) Sapu krim rawatan intensif tumit rekah seluruh kaki kecuali antara jari-jari kaki
5) Setelah krim sudah meresap pakai stoking sebelum tidur

Aku dapat cara-cara ni dari sebuah majalah tapi lupa majalah apa dan keluaran bila. Tapi aku tak pakai krim yang dimaksudkan dalam majalah tu kerana aku ni pun bukan rajin sangat nak menggilap kaki sendiri he3.. Aku tukar dengan toner yang dikhaskan untuk membersih muka ha3.. Kalau dah memang malas cam aku ni gini la kui3.. Kekadang bila ada kelapangan dan rezeki lebih aku gi saloon je modal RM30.00 untuk cuci kaki.. Lagi senang, tinggal duduk je he3..

Harusss bertatarias..

- gambar dari kazee hair studio -
Sudah masuk bulan ke 4 tak repair rambut he3.. Pergi ke Hair Saloon pun utk cuci dan treatment saja.. Awal bulan Ogos ni rasanya kena jugalah dekorasi sikit rambut nih. Fesyen?!! Ermmm.. taklah.. repair biasa saja.. Aku selalunya akan ke kazee hair studio
Aku suka ke sini sebab selalu perkhidmatannya memuaskan hati aku.. Orang lain tak taulah kan.. Boss saloon ni sangat muda, Kelvin namanya. Dia punya kesungguhan memang mengagumkan aku. Yelah.. kalau tengok umur dan saiz dia cam tak sepadan dengan kejayaan di saloon dia.. Macam aku selalu cakap "tak sepadan badan".. Bagus kalau lebih ramai anak-anak muda macam dia..
Baru-baru ni dia ke Melbourne, Australia menghadiri Revlon Professional Artistic Members Training di Ozdare Academy. Haaaaaa... tu diaaa.. Bagus kan Kelvin ni. Assistant dia pun tak menyentapkan jiwa.. Aku suka juga pada Yuriko.. Cantik dan bijak..
Sebenarnya dia tak tau pun aku tulis ala ala promote dia kat blog aku ni.. Kalau dia ada hati nak buka blog aku ni pun, lom tentu dia faham apa yang aku dok 'up' dia he3.. Aku pasti ke sana..

Monday, July 26, 2010

Ini hari..

Alhamdulillah, awal pagi dah hujan. Biasanya aktiviti bergerak perlahan ketika hari hujan kan.. Memandu pun lebih hati-hati. Letih sikit hari ni, sebab aktiviti semalam. Sebab sebelum puasa mula, biasanya aku upah orang bersihkan seluruh rumah dan tahun ini pun ingat nak upah orang juga kemaskan seluruh rumah. Tapi semalam hati ada sikit senang untuk buat sendiri he3..  Letih tau buat sorang-sorang adoiaiii.. Walaupun bukan seluruh rumah dapat dibersihkan tapi dapatlah buat yang terdaya dulu. Ingat nak bersihkan sikit-sikitlah sampai siap he3.. Moga laratlah.. Maklumlah hari-hari biasa setakat buat yang rasa perlu saja..
Selepas Zohor ke rumah Abah. Sejak Mak dah tak berapa sihat ni, aku seboleh mungkin balik rumah Abah waktu tak kerja. Itu pun lepas Adam balik dari kelas Fardhu-Ain. Hari ni pulak tak ada kelas. Seharian di rumah Abah saja dan selepas Isya' balik ke rumah.
Keperluan untuk esok perlu disiapsediakan malam supaya tak timbul masalah lewat dan tertinggal.. Dan hari ini menikmati baki keletihan semalam yang dalam masa yang sama harus kerja... Moga hari ini urusan berjalan lancar, Amin.

Tuesday, July 13, 2010

Julai ini..


Usia sudah genap 34 tahun pada 4 Julai lalu. Baru ini hari dapat meluah kegembiraan. Kesibukan bekerja tidak mengizinkan.

Celebrate birthday bersama anak tunggal tersayang Muhammad Adam Lutfi pastinya yang paling menyentuh hati dan amat membahagiakan. Adam pilih Lavender kali ini. Actually Adam nak celebrate di Sushi King tapi aku menolak hehehe.. Sian anak Mama. Lunch hour tak berapa nak selera la makan di situ sayang Mama. Mama saaaaaayang Adam. Brilliant boy.



Jam 3.30 petang Azna Rizan dan Hazeriana bersama anak gadisnya Farah datang ke rumah dan aku sediakan menu ringkas 'Sandwich' dan 'Macaroni Udang' untuk mereka. Kami ni kalau dah jumpa lupa masa hehehe.. Maklum la bukan selalu dapat jumpa. Masa terus berlalu dan pukul 7 petang teman-teman minta diri untuk pulang. Terima kasih awak.

Ketika itu, lebih kurang pukul 5 petang, adik-adik iaitu Mummy dan Adik menghubungi aku dengan asyik bertanyakan pukul berapa sampai rumah Abah. Aku sebenarnya dapat agak akan ada surprise dari adik-adik ni hehehehe... Yesssss!!! Memang surprise!!! Kek coklat hadiah dari adik iparku Ila bersama 'Soto Nasi' dan 'Nugget' untuk celebrate di rumah Abah. Whole family celebrate sama. Happy!! Happy!! Happy!! Aduhhhhh!! Semakin tersentuh hati ini.. Actually memang Mummy dan Adik tiap-tiap tahun buat surprise untuk Mama.. Thanks my beloved sisters. Love you all so much..
Mewah rezeki tahun ini.. Alhamdulillah.

Saturday, July 3, 2010

Happy




Alhamdullillah. 
Pagi ni dapat 'Birthday Allowances'!! Hoooorayyyyy!! Lalalalalalalalalalalalalalala...
 
Meski amount nye tidak berubah selama ini, yakni tahun ke-15 berkhidmat pada company, ia cukup membuatkan aku gembira..
 
Thank you Boss!!
 
Pagi ini juga dapat satu bungkusan berbentuk 'hadiah' yang juga membuatkan aku bertambah-tambah gembira.. Tapi condition nyer mesti dibuka selepas 12.00 tengah malam ini kerana tarikh 4 July adalah esok hari..
 
Wahh!! Hari yang indah..