Alhamdulillah, awal pagi dah hujan. Biasanya aktiviti bergerak perlahan ketika hari hujan kan.. Memandu pun lebih hati-hati. Letih sikit hari ni, sebab aktiviti semalam. Sebab sebelum puasa mula, biasanya aku upah orang bersihkan seluruh rumah dan tahun ini pun ingat nak upah orang juga kemaskan seluruh rumah. Tapi semalam hati ada sikit senang untuk buat sendiri he3.. Letih tau buat sorang-sorang adoiaiii.. Walaupun bukan seluruh rumah dapat dibersihkan tapi dapatlah buat yang terdaya dulu. Ingat nak bersihkan sikit-sikitlah sampai siap he3.. Moga laratlah.. Maklumlah hari-hari biasa setakat buat yang rasa perlu saja..
Selepas Zohor ke rumah Abah. Sejak Mak dah tak berapa sihat ni, aku seboleh mungkin balik rumah Abah waktu tak kerja. Itu pun lepas Adam balik dari kelas Fardhu-Ain. Hari ni pulak tak ada kelas. Seharian di rumah Abah saja dan selepas Isya' balik ke rumah.
Keperluan untuk esok perlu disiapsediakan malam supaya tak timbul masalah lewat dan tertinggal.. Dan hari ini menikmati baki keletihan semalam yang dalam masa yang sama harus kerja... Moga hari ini urusan berjalan lancar, Amin.
No comments:
Post a Comment