Thursday, March 17, 2011

Cengginilah Adam..

Gembira dan bangga dengan kebolehan sendiri anak ku ini.. cengginilah gelagat Adam bila dapat hasilkan coklat ni.. siap bawak ke tuition centre pagi ini.. iyolah nak.. nak amik order katanya kui3.. tak boleh ktawa kuat-kuat.. nanti kecik ati dia hik3.. pujian mau melambung nih..








tak brape nak kemas.. tapi biarlah.. aku jack aje kata "ok maaa 1st project.." ki3..

Layan diri..

Santai saja.. layan diri..

Ali Yakubov bayi istimewa..

ALLAH hu akbar.. berulang-ulang aku lafazkan.. setelah mengetahui mengenai bayi istimewa bernama Ali Yakubov.. Lama sudah berita ini.. Aku sekadar mengingatinya semula dan kongsikan di sini.. juga di sini

by Google

Gentel coklat pulak dah..

Tak tertahan gelak Mak Dik bila aku MMS gambar coklat nih.. gentel coklat pulakkk dahh!!.. tak terpikir dak ni yang aku boleh hasilkannya.. heheh.. jangan tak caya.. sebenarnya aku pong cam tak percaya je kui3.. iyelah.. aku ni emang jenis tangan keras kekong hik3.. Pertama kali nih aku try.. wat cikit je dulu heheh.. bolehlah kan.. nampak la jugak imej coklat nyerr.. ingat bertukar jadi beruang ker kalau tak jadik hahahaha.. aku kerjakan malam tadi.. Adam biase le.. dia assistant terbaek.. Meh la sesuker jamu mata.. tak shukerr takpe.. Mokcik shukerrr ahaksss!!..


 
 
Mari! Mari! Mari beli! Murah! Murah!

Yang namanya 'ORANG'

Masuk kedai orang.. Kalau pon tak berhajat nak membeli.. apatah lagi memuji.. Usahlah ditanya.. "Ok ker barang-barang ni?!!"..
Gadis belasan tahun yang bengang membalas.. "Boleh try bang.. sini ade tester.." iyelah kan.. dah si gadis hanya seorang pekerja..
Di suspect pulak kualiti tester sebelom disuap ke mulut.. "mesti lemau.." tiada ungkapan dapat diluah si gadis.. Ditambah lagi.. "Saya pon ade jual kuih-kuih.. Singapore pon saya hantar.." ALLAH... ape saje le mau nyer.. ermmm.. 
Sebelom berlalu pergi.. "Ok lah eaaa.." Si gadis heran.. laaa gitu je?!!.. ermmm.. Iye lah.. Tahniah dan moga berjayalah bang..
Itulah kan.. yang namanya 'orang'.. ade hati.. ade perasaan.. ade otak.. takde fikiran.. mahap cakaplah eikk..
Suker aku ingatkan diri sendiri dan kalian.. rezeki kita ni dari-NYA.. riak takan kemana.. bukan ape.. kecewa dengan insan sebangsa lagi seagama..

Tuesday, March 15, 2011

Friday, February 18, 2011

E-mail dari Jordan..

Semalam terima e-mail dari anak saudara di Jordan.. Dari Izyan Saleha binti Ibrahim yang aku panggil Adek.. Bakal Doktor anak ini.. Mengirim dokumen untuk permohonannya menjalani posting elektif di sebuah hospital di Malaysia.. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu.. Adek sudah tahun ke lima di Jordan University of Science & Technology.. Aku tumpang gembira dan bahagia.. Kali terakhir kami jumpa pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan sempat mengabadikan kenangan bersama.. Tika bercuti dan balik ke Malaysia, Adek tak pernah lupa memberikan cenderahati untuk aku dan Adam anak ku.. Begitulah Adek.. Doa untuk Adek agar terus berjaya dalam pelajaran dan karier, Amin.

Semangat yang tidak pudar..

Salam. Di pagi Jumaat yang mulia.. Kekal sihat aku pagi ini.. Doaku kalian juga begitu.. Senyuman hadiah untuk diri sendiri terlebih dahulu.. Perlu bagi aku memotivasi diri.. Kesibukan yang membangunkan semangat.. Sungguh aku bersemangat pagi ini.. Semangat aku yang tidak pudar.. Aku mohon dipermudahkan urusan sepanjang hari.. Mudah-mudahan hari ini juga lebih baik dari semalam.. Mohon kebaikan sepanjang hari yang ku lalui..

Sunday, February 13, 2011

Oeya belajar buat Cup Cake?!!!

Hah?!!!.. Choooppp!!!.. boleh ker?!!!.. tangan keras kekonggg boleh jadi ker?!!.. soalan yang aku takde jawapan!!!.. tapi hati kuat mau lakukan.. mencari jalan untuk memulakan.. percubaan yang tidak boleh mengganggu urusan dan kewajipan harian.. bila aku tidak menguji kebolehan sendiri.. harinya hampir pasti.. moga dipermudahkan usaha ku, Amin.

Ape kaki-kaki nih?!

'Dua kaki' lebih baik dari 'Empat kaki'
'Satu kaki' lebih baik dari 'Dua kaki'
'Tiada kaki' lebih baik dari 'Satu kaki' 

Ape saje laa dak Oeya ni kan.. dah lama tak menge'post'.. 'kaki' pulak disajikan heheh.. berkongsi pengetahuan saja niat aku ni.. disampaikan dari seorang rakan..

Katanya dalam amalan pengambilan makanan..
* sekiranya  merancang untuk memilih haiwan berkaki empat.. lebih baik memilih haiwan berkaki dua.. 
* sekiranya  merancang untuk memilih haiwan berkaki dua.. lebih baik memilih sayuran berkaki satu.. 
* sekiranya  merancang untuk memilih sayuran berkaki satu.. lebih baik memilih yang tiada kaki..

Lebih jelas aku tafsirkan begini..
~ kalau aku nak makan daging kambing, lebih baik aku pilih daging ayam..
~ kalau aku nak makan daging ayam, lebih baik aku pilih cendawan..
~ kalau aku nak makan cendawan, lebih baik aku pilih ikan..


Salam..



Lama menyepi bukan bererti melupai.. rindu pada semua.. kesibukan menghalang.. moga masih diingati.. terima kasih pada yang masih sudi menjengah.. sayang semua..

Wednesday, December 15, 2010

Award! Award! Award!


Terima kasih aibaks.. Creative gak awak ye semenjak become 'dad' ni.. Kita memang perlu menggunakan otak di sebelah kiri jugakan.. Mokcik berbesar hati taw ni.. Maaf laaa.. kebelakangan ni mokcik sibuk sangat.. Nak 'post' pon tak berkesempatan.. jengah blog sahabat-sahabat pon kurang.. Maaf ye.. Bukan sengaja ye.. terima kasih sekali lagi aibaks :)

Mokcik nak share dengan..

tagged pada tiga sahabat blog yang lain ye!..

Sunday, November 28, 2010

Jumpa Cikgu Norarzila Abdullah..

Tika baru sampai di Tesco Jalan Kota Tinggi.. aku terserempak Cikgu Norarzila Abdullah.. Sahabat ku semasa di Sek Dato' Jaafar Johor Bahru.. kini beliau mengajar di Sek Permas Jaya.. membawa anak-anak beliau berjalan-jalan di sini sempena cuti sekolah katanya.. wahhh! Cikgu cuti lama kannn.. ada sebulan lagi.. syok nyerrr jadi Cikgu.. aku biasa dengan panggilan Zila saja dengan beliau.. Zila bersama dua orang rakannya.. bertanya khabar tentu sekali.. ringkas perbualan kami kerana aku sedang punya urusan.. aku berterusterang dengan Zila yang aku punya urusan.. dia faham.. kami saling berharap akan bertemu lagi..

Ada kerja hari ni..

Selepas menyediakan sarapan.. aku bersiap.. ada kerja perlu dilakukan hari ini.. timbul pertanyaan dari Adam.. "Today Sunday maa.. going to work meh?!".. jawapan ringkas.. mudah dari aku.. "I got work to do".. "Ok.. carefull aaa.." Jam 9 pagi aku mulakan kerja.. sambungan semalam.. semangat bekerja datang tanpa diundang.. kerja yang aku telah mulakan setahun lalu.. beberapa perkara aku tumpukan hari ini.. jam 2 petang.. terasa letih.. tika ini aku ingatkan diri.. memulakan bukan mudah.. menghasilkan juga tidak mudah.. Jam 3.05 petang.. keluar mendapatkan roti sapuan margerin+kaya steam dan teh-C panas.. selesai.. ke Tesco Jalan Kota Tinggi.. Hari ini kali pertama aku jejakan kaki di Tesco ni.. bukan untuk bershopping.. aku ada urusan kerja juga di sini.. Moga dipermudahkan urusanku.. Amin Ya ALLAH..

Mi Tanpa Goreng..

Hidangan yang mudah untuk disediakan.. masa penyediaannya pun singkat.. aku kala keletihan pon pilih masak ni aje.. bahan-bahan lain yang boleh membantu kesedapan menu ni terpulang nak ditambahkan appa saje ye..





Bahan-bahan
  • Mi tanpa goreng
  • Kucai
  • Lobak Merah
  • Udang
  • Sesame oil
  • Kicap soya pekat
  • Bawang besar hijau / bawang India
  • Bawang putih
  • Garam


Cara-cara
  • Celur mi. Sebelum tos celupkan dalam air sejuk biasa seketika dan asingkan.
  • Goreng udang. Tos dan asingkan.
  • Tumis bawang.
  • Masukan kucai dan lobak merah.
  • Masukan mi diikuti udang, sesame oil, kicap soya pekat dan garam.
* Memandangkan mi ni tak pedas, boleh dimakan dengan sambal tumis atau apa saya yang sedap yang boleh dijadikan 'lawan'